Tang Rou tidak sibuk, jadi dia segera membantu Chen Guo.

'Glory', 'pengutip sisa', 'Deception'. 

Setelah mendapat maklumat yang dia mahu, dia membacanya dengan kuat.

Chen Guo dan Ye Xiu memberikan perhatian untuk mendengar. Malangnya, maklumat tersebut tidak berguna pun.

Seorang pemain yang bertindak bersendirian, pengutip sisa yang ganas. Ini sahaja maklumat tentang Deception.

Maklumat ini disertakan dengan pelbagai komen dan cemuhan dari para pemain yang kelengkapan senjatanya telah dicuri oleh Deception. Selain itu, ada juga pemain yang menganggap Deception adalah seseorang yang begitu menarik dan menulis cerita fiksyen romantik tentangnya! Belum sempat pun Tang Rou menghabiskan perenggan pertama, Chen Guo menghentikannya.

"Ini semua mengarut!" kata Chen Guo.

"Ha ha, misteri sungguh dia ini!" ujar Ye Xiu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter