webnovel

Aku ingin kenal CINTA!❤️

Maziah Hazimah seorang pelajar perempuan yang tidak pernah terjebak dengan 'cinta monyet'.Perlawanan bola tampar di peringkat daerah sudah semakin hampir tetapi apa yang mengejutkan ialah apabila peserta-peserta Tingkatan tiga yang memasuki pasukan sekolah dikehendaki lulus dalam semua matapelajaran ketika ujian penilaian 1. Tetapi,apa yang paling menyakitkan hati Hazimah ialah apabila dia diminta oleh guru untuk menolong seorang budak lelaki yang merupakan ahli pasukan bola tampar sekolah supaya dia dapat membantu pelajar lelaki tersebut lulus di dalam ujian. Hazimah:Cikgu,kenapa saya mesti tolong dia? Cikgu:Sebab kamu murid kelas Rancangan Khas.Hazimah,kamu seorang yang pandai. Hazimah:Tetapi cikgu saya tidak suka bercampur dengan budak lelaki.Tidak boleh ke cikgu minta pelajar lelaki? Cikgu:Memang cikgu mahu minta pelajar lelaki tetapi bila difikirkan semula lebih baik dia belajar dengan kamu. Hazimah: Kenapa cikgu? Cikgu:Supaya dia ada tarikan untuk belajar ? Hazimah:?

aca_ira · Teen
Not enough ratings
10 Chs

Lawak Hazimah Lawak Hazimah...?

"Hah Dhiya',mana ada aiskrim habis.Banyak lagi ini."Haih kau ini kan Hazimah tidak serik-serik lagikan.Asyik buat aku sakit hati saja.Dhiya' mengeluh dalam hatinya sambil melihat gelagat sepupunya yang seorang itu.Haih bilalah dia hendak berubah.

"Baiklah, sekarang kita mempersilakan pasangan pengantin dan kedua-dua keluarga pengantin untuk majlis makan beradab.Nampaknya sungguh sedap ya,hidangan,jamuan yang disediakan oleh syarikat katering Che' Man.Ada ketam bersup dan kita boleh lihat ya,betapa menariknya buah tembikai yang berada di atas meja untuk sang raja dan permaisurinya bersantap.Potongan stail bunga mawar ya.Wah, sungguh enak sekali!"Abang Mail sebagai 'DJ' bagi majlis ini berbicara sebelum membacakan doa makan.

"Puff!" Dhiya' memandang sepupunya dengan dahi yang berkerut.Dia pelik melihat sepupunya yang kelihatan seperti hendak ketawa tetapi tidak lepas.Apa yang lawak sangat sampai di Hazimah ni pon ketawa tidak berbunyi.Hanya ekspresi mukanya yang ketawa sahaja kelihatan."Hoi,hang ni okey tak?Ni pasai po yang lawak sangat ni?"

"Hahaha...ha,ha.Wey,tolong!Aku Tak boleh berhenti ketawa...hahaha..."

"Alamak sepupu aku yang seorang ni sudah kena rasuk,ke?" Dhiya' bermonolog dalam hatinya dan mengambil keputusan untuk bertanya sekali lagi supaya ketawa atau gelak Hazimah yang 'qawiy' ni tidak berlanjutan."Hazimah,sayang-sayangku...pasai po hang gelak ni? Teruk betuilah hang ni!"

Akhirnya berhenti juga gelak tawa si gadis Hazimah ni. "Hish, kau ni. Takkan kau tidak dengar 'DJ' tu cakap apa?"

"Jadi, dia cakap apa?" Jawab Dhiya' dengan malasnya kerana dia tidak mahu main meneka-neka lagi. Hazimah menjeling ke arah wajah sepupunya lalu dia berkelakuan seperti lagak seorang 'DJ'.

"Wau, nampaknya sungguh sedap YA hidangan jamuan.....dan kita boleh lihat YA...YA,YA,YA,YA,YA,....Hehe..hahaaa😂🤣" Hazimah tidak boleh berhenti ketawa apabila dia sendiri yang melakonkan aksi 'DJ' tersebut. Dhiya' yang tadi tidak berminat untuk melayan sepupunya itu pun hampir tergelak kuat disebabkan lagak aksi sepupunya yang sungguh kelakar. Adoii...Hazimah,Hazimah,kau ni memang selalu buat orang naik darah + tak pernah,tak kering gusi bila sentiasa dengan kau..Aduh..😂😆. Dhiya' berkata dalam hatinya.