1 Perkahwinan Kak Ngah

Kepak,kepak,kebom,kebom.Kepak,kepak,kebom,kebom.

Bunyi paluan kompang bergema menandakan kehadiran raja sehari yang kelihatan tidak ubah seperti pinang dibelah dua.Para tetamu kelihatan gembira dan tidak pernah tidak melekat telefon pintar ditangan mereka untuk mengambil gambar pengantin.Seluruh majlis bertambah meriah apabila persembahan kumpulan nasyid terkenal, Badiu'zzaman bermula.Irama harmoni yang begitu merdu dan vokal solo yang terlalu mantap membuatkan ramai hati tetamu di dalam dewan tersentuh dengan bait-bait lirik lagu yang disampaikan.Lagu yang berjodol 'Kasihmu' ini mendapat 10 juta tontonan di YouTube selepas lima hari disiarkan. Meskipun suasana kelihatan begitu ceria, hati seorang gadis yang begitu sedih dan pilu ini tidak kelihatan diraut wajahnya kerana Kak Ngahnya. Ya, gadis ini bersendirian dari orang ramai kerana hatinya yang terasa bagaikan dihiris sembilu.

"Hazimah,oh, Hazimah,mana engkau ni! Penatlah aku kehulur-kelihir cari engkau.Boleh patah kaki aku dibuatnya sebab cari engkau." Dhiya' bermonolog sendirian di luar bangunan dewan orang ramai kerana ingin mencari sepupunya Maziah Hazimah yang menglihang tidak kelihatan seperti kegelapan yang membawa bayang-bayang sepupunya.

"Hah,itu pun kau! Kau ni memangkan, asyik menyusahkan aku jer. Ni,apasal kau duduk dekat tepi longkang ni,busuklah!Ha,ha"Tercungap-cungap dibuatnya Dhiya' disebabkan leterannya yang panjang berjela."Kau ni bisinglah.Siapa suruh cari aku?Aku ni nak cari ketenangan tahu?"Hazimah membalas dengan perasaan marah kerana mengganggunya .Dhiya' mengambil tempat duduk disebelah sepupunya itu walaupun terpaksa menahan bau longkang yang baunya yang teramat menusuk qalbu.

Dhiya' memandang wajah sepupunya yang kelihatan kemerah-merahan akibat cuaca yang amat panas.Dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada diri sepupunya itu."Kau ni kenapa, sedih semacam.Tak eloklah buat perangai macam ini.Hari ni kan Kak Ngah kahwin,jadi tidak manislah kalau adik sepupu kesayangannya merajuk."Hazimah masih diam membisu dan kelihatan tidak berminat untuk berbual pada waktu begini.

"Okey lah,suka hati kaulah hendak buat apa.Aku pergi dulu ya.Kalau kau tidak mahu menyusahkan Kak Ngah dan aku, sebenarnya especially akulah kan,baik kau ikut aku daripada duduk sini dapat free burned face."Dhiya' meninggikan suaranya sedikit pada bahagian 'free burned face'.Biar tersentap sedikit sepupunya itu."Hish,geram betul aku dengan budak seorang ni.Kalau tidak letak ayat sentap tidak boleh ke?"Hazimah berbisik kecil di dalam hatinya dengan penuh perasaan geram.Kalau hendak diikutkan hati,mahu sahaja dia berteriak di situ,tetapi sebagai seorang gadis yang solehah bak kata ibunya,"Wanita yang solehah sentiasa menjaga adabnya"terpaksalah dia berteriak dalam hati.

"Heh,yela-yela!Aku ikut kau tetapi aku buat ni sebab Kak Ngah ye,bukan engkau,okey."Dhiya' memandang Hazimah dengan malasnya lalu menjawab,"Yela Hazimah.Aku tidak minta pon kau buat ni sebab aku.Cuma aku minta,jangan lah menyusahkan orang lain.Aku yang hendak makan aiskrim tadi pon terpaksa lepaskan, sebab apa?Sebab semata-mata hendak cari engkau.Sudahlah ramai budak beratur hendak ambil aiskrim,entah-entah sekarang sudah habis aiskrimnya."Habis semua leteran dilepaskan secara percuma keatas Hazimah gara-gara kerana membuatkan sepupunya itu hampir meletup.Hazimah,Hazimah,apalah nasibmu hari ini ...

avataravatar
Next chapter