webnovel

feelingless

Author: NAFaS
Fantasy
Ongoing · 44.2K Views
  • 16 Chs
    Content
  • ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

Dia merupakan watak utama dalam hidupnya yang lalu, disebabkan itu nyawanya berakhir tanpa mengenali dunia yang ingin dijelajah. Dia diberi peluang untuk hidup kembali, dia meminta untuk dilahirkan di dunia yang berbeza dan tidak mahu bersinar seperti sebelum ,apabila terlahir semula beberapa perasaan miliknya tidak bersama dengannya. bagaimanakah kehidupan yang akan dilaluinya tanpa perasaan-perasaan di dunia baru itu (rekaan semata-mata)

Tags
3 tags
Chapter 1Bab 1

Tempat yang tidak terikat dengan masa, di dalam kegelapan yang pekat, dengan tidak mengetahui sudah berapa lama berada di situ, fikirannya sudah lama melayang, perasaan yang mengawal segala ingatan, hanya tinggal sedikit kesedaran yang tersisa pada jiwa, sedaya upaya mengingat kembali apakah kesilapan yang di buat semasa kehidupannya yang lalu, adakah dia terlampau bersinar atau terlebih mengambil tahu urusan orang lain, rasa bersalah, menyesal, kecewa, takut, gementar, marah dirasainya dengan serentak, perasaan yang bercampur aduk itu menyatu, menjadi pudar bagai disejat sehingga kering, jiwanya pula mula memudar, tiba-tiba cahaya kecil seakan kelip-kelip berwarna biru mendekati,

"wahai jiwa yang kosong, adakah engkau mahu kembali terisi?"

Hanya mendiamkan diri sahaja, kelip-kelip berwarna biru itu bertanya lagi,

"Wahai jiwa yang kosong, adakah engkau mahu kehidupan yang lalu?"

Hanya mendiamkan diri sahaja, kelip-kelip berwarna biru itu bertanya lagi,

"Wahai jiwa yang kosong, adakah engkau mahu kehidupan yang baru, yang berbeza dari yang sebelum?"

Jiwa yang sudah memudar itu memekatkan cahayanya dan menjawab,

"Ya"

Kelip-kelip berwarna biru itu bertanya lagi,

"Kehidupan bagaimana yang engkau inginkan?"

Jiwa yang sudah pekat itu menjawab,

"Kehidupan yang aku boleh bersinar, tetapi aku boleh tutup sinaran itu"

Kelip-kelip berwarna biru yang semakin membesar sikit demi sedikit itu bertanya lagi,

"Adakah itu sahaja yang engkau inginkan?"..

Jiwa yang pekat itu mendiamkan diri sejenak,

". . . . . .monitor, aku menginginkan paparan monitor pada diri aku, supaya aku sentiasa dapat melihat status aku."

Kelip-kelip berwarna biru yang sudah membesar itu menjadi gerbang, gerbang itu mengeluarkan cahaya putih yang terang. Fikiran milik jiwa yang sudah pekat itu kembali, dia pun keluar dari kegelapan itu melalui gerbang di depannya,

"Silaunya. . ."

"Siapa tu? kenapa semua orang tengok aku. . ."

"Kenapa aku menangis?"

"Kecilnya tangan aku. . ."

"Ooh,. . .aku. . .baru lahir"

"Apa benda yang melayang tu?"

"Ooh,. . .paparan monitor, seperti yang aku minta"

"Ada status diri aku, hp 100, kekuatan 100, pertahanan 100, ketangkasan 100,"

"Jadi, 100 normal bagi bayi?"

"Apa benda yang melayang dekat sebelah kanan atas tu, ada huruf M dalam bulatan kecil"

"Macam mana nak tekan?"

'MODIFICATION'

"Ooh, aku boleh kawal dengan fikiran, tapi aku tak minta 'MODIFICATION' ni"

"Mungkin ini yang di maksudkan dengan bersinar tapi boleh di tutup sinarannya"

"Apa fungsi benda alah ni? "

"Mungkin boleh mengubah status aku,"

"Hmmmm, aku nak ubah apa?, sebagai bayi yang baru lahir, tubuh aku lemah, senang luka, jadi pertahanan yang perlu diubah"

"100 ke 1000"

"000"

"0"

"00"

"Dah berapa kosong dah,"

"Biar lah, aku cuma nak tengok sama ada boleh diubah atau tidak. . ."

". . . ."

"seperti yang aku agak, aku boleh ubah status aku. ."

"Aku ni lelaki ke perempuan?"

"Wow, berdiri tegak, kenapa boleh berdiri, bayi memang macam ni ke?"

"Lantak lah, yang penting jantina aku masih sama macam sebelum ni"

"Juaona, kita dapat anak lelaki"ujar seorang lelaki yang menggendongnya.

"Lelaki?, saya nak tengok"Juaona tersenyum melihat anak lelakinya.

"Nak beri nama apa?"lelaki yang menggendongnya itu bertanya lagi.

"Hermin Jr, Hermin Jr Steel, sama dengan nama abang"Juaona mengusap kepala anaknya.

"Hermin Jr Steel, jadi tu nama aku, Juna, jona, juaona, susah betul nak sebut, nama mak aku, Hermin steel pula nama ayah aku"

"Mereka ni orang kaya ke?, tapi melihat keadaan rumah yang diperbuat dari kayu ni mungkin orang biasa, tapi rumah kayu ni unik betul, berlingkar sana-sini"

"Kenapa aku tak berhenti menangis lagi tadi ni"

Rumah yang penuh dengan perasaan gembira dan syukur itu bertukar menjadi hambar apabila seorang lelaki merempuh masuk

"Ketua. . . .ada. . . .ada. . ."

"Ada apa Gin?"ujar Hermin, bapa kepada Hermin JR dan juga ketua kampung Raff kepada lelaki yang merepuh masuk rumahnya.

Kampung Raff adalah kampung tempat lahir Juaona, bapa Juaona, Raffael Raff merupakan bekas ketua kampung Raff. Sebelum kematian bapanya, Juaona sudah berkahwin dengan Hermin Steel, bapa Juaona menyerahkan jawatan ketua kampung kepada Hermin Steel selepas berkahwin dengan anak perempuannya, Juaona.

"Ada. . .na. . . .naga sedang menuju ke sini"ucapan Gin teresak-esak.

"Ni bukan lah kali pertama kita diserang naga, bunyikan gong amaran, arahkan Qashi untuk tumpaskan naga tu"

"Bukan, bukan,. . . .bukan naga biasa"Gin melutut dan memegang kepalanya menggunakan kedua tangan.

Hermin keluar dari rumah untuk melihat situasi, disebabkan cahaya bulan purnama yang terhalang awan, dia hanya dapat melihat bayang hitam di udara yang besar menuju ke arah kampungnya, Hermin kemudian menggunakan 'skill' miliknya untuk melihat jarak naga itu dari tempatnya berdiri.

"Eagle eye,"ujar Hermin

"Jarak 10km, kelajuan 1km/s"

Hermin terduduk selepas mengetahui jarak naga itu, naga yang sedang menuju ke kampungnya dari arah timur itu mempunyai saiz yang sangat besar, kepala seperti buaya, kulitnya berwarna merah dan menyinarkan cahaya pelangi, ekor seperti salamander, mempunyai kuku yang besar dan tajam, walaupun sangat jauh tetapi naga itu sudah terlihat sangat besar. Hermin masuk kedalam rumahnya, dia melihat ke arah Juaona dan menggelengkan kepalanya.

__________

Naga terbahagi kepada dua jenis, Rink dan Gink, naga jenis Rink mempunyai saiz yang kecil, saiz paling besar bagi naga jenis Rink ini adalah saiz dua manusia, mempunyai gigi dan kuku yang tajam, populasinya sedikit, tinggal berkelompok biasanya terdapat di kawasan pergunungan, naga jenis ini boleh dijinakkan, manusia menjinakkannya dan dijadikan kenderaan, manakala naga jenis Gink pula naga yang sangat besar mempunyai kemampuan dan kemahiran yang tertentu, dikatakan naga jenis ini hanyalah lagenda.

__________

Pada zaman dahulu kala, bumi merupakan tempat bagi naga jenis Gink diami, tetapi naga-naga itu hanya membuat kerosakan pada bumi membuatkan tiada kehidupan lain yang mampu untuk bertahan hidup, dewa yang melihat keadaan itu marah dan mengurung semua naga jenis Gink di dalam penjara dimensi, tetapi ada satu naga yang tidak ditangkap oleh dewa, naga itu mempunyai 'skill Gigarink' yang membolehkannya membesar dan mengecil, naga itu juga merupakan raja kepada naga jenis Gink, raja naga itu mengecilkan tubuhnya sehingga bersaiz nano dengan melepaskan semua tenaga membuatkan dewa tidak menyedarinya. Selepas semua naga Gink dikurung, barulah kehidupan-kehidupan yang lain mula membuat peradaban.

Raja naga jenis Gink yang sudah mengecilkan tubunya sehingga bersaiz nano itu mengumpulkan semula tenaganya selama 3000 tahun, semasa dalam proses mengumpulkan tenaga, raja naga itu dapat melihat manusia, haiwan dan makhluk lain membiak mengotori bumi yang dianggap miliknya, dia bertekad untuk menghapuskan semua makhluk di bumi dan menyelamatkan kaumnya selepas kekuatannya kembali pulih.

__________

Bidan yang membantu Juaona, pulang dalam keadaan panik, terdengar bunyi gong amaran dari luar rumah, semua orang di kampung berusaha untuk lari, Hermin, Juaona dan Hermin Jr hanya berpelukan, sudah pasrah dengan keadaan.

"Biar betullah, aku baru lahir, takkan dah nak mati lagi"ujar Hermin Jr yang dipeluk oleh ibu dan bapanya

"Tak boleh jadi ni, aku kena ubah status aku,"

'Hp- 1000000000

Kekuatan- 1000000000

Pertahanan- 100000000000

Ketangkasan- 1000000000'

"Dah cukup ke belum ni?,"

Tiba-tiba jeritan di luar rumah yang gegak gempita itu hilang selepas terdengar bunyi seperti hembusan nafas yang kuat. Hermin sudah mengetahui apa yang akan terjadi, dia memeluk erat Juaona dan Hermin Jr. Hermin dan Juaona membuat perlindungan menggunakan 'skill' masing-masing

"Wall of Steel"..

"Shield"..

You May Also Like

M.A.G.I.X [ MALAY ]

Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.

Ezakiel02 · Fantasy
Not enough ratings
17 Chs