webnovel

Bab 7

selepas melepasi sempadan utara dan selatan, DK mengeluarkan sayapnya lagi terbang laju ke depan, Hermin Jr mengikuti DK dengan berlari, selepas beberapa minit berlari, Hermin Jr melihat dari jauh, terdapat sebuah istana besar yang terlihat seperti melekat di puncak gunung berbatu pada arahnya berlari.

"Wuooooh, ada istana"Hermin Jr memperlahankan lariannya.

Sampai di kaki bukit, DK sudah menunggunya.

"Dah sampai ke?"

"Ya"DK berjalan perlahan.

"Nak lalu mana ni?, bukan dekat atas tu ke?"Hermin Jr mengikuti DK yang berjalan melepasi kaki gunung itu.

DK terus berjalan, sehingga terlihat satu gua kecil yang berada tidak jauh kaki bukit itu.

"Heh!, bukan yang tu, yang ni?, hahaha, tertipu aku, tapi biar betul la ni ke tempat persembunyian kau"

"Kita sudah sampai"DK berdiri di depan gua itu.

"Ha ha ha, haaaaaaa"Hermin Jr melihat ke dalam gua itu.

'Pet mendapat status: rest', muncul di monitor Hermin Jr.

"Ha?. . ."Hermin Jr melihat DK.

"Aku hendak beristirahat, jangan ganggu aku" badan DK mengeluarkan cahaya kemudian dia berubah menjadi bebola cahaya berwarna merah dan memasuki perut Hermin Jr.

"Oi, apa kau buat? Kenapa kau masuk perut aku? Aku tak nak mengandung, oi."

'Pet: rest' muncul di monitor Hermin Jr

"Boleh macam tu ke?, rehat dalam badan tuan dia, hahaha, terus berkurang MP aku, . . . .jadi, apa tujuan dia bawa aku pergi sini, hmmmm. . ."

"Mungkin status 'rest' akan muncul dengan syarat-syarat tertentu, . . ."Hermin Jr mengusap perutnya.

"Errk!,. . . hahaha, masuk akal juga, aku ingatkan semuanya akan mudah."Hermin Jr melihat perutnya dan dia perasan bahawa seluruh badannnya hanya tulang diselaputi kulit.

"Daripada bayi terus ke dewasa, jadi aku perlukan nutrisi untuk menambah daging aku dan status aku tak ada kaitan dengan pembesaran badan aku,. . ."

"Cakap pasal status, ada tiga status yang boleh berkurangan. . . ."Hermin duduk di atas seketul batu yang berada di sebelah gua itu.

"HP, MP dan SP, jadi tiga status ni merupakan status utama, HP, hit point, SP pula stamina point, tapi, MP ni apa benda?. . .hmmm. . . ."

"Magic point ke?, ha!, magic la, tadi masa duel dengan DK aku ada dapat sihir. . . ."

"Tapi kenapa MP aku dah berkurang sikit, bila masa aku guna magic?, sebelum DK 'rest' aku dah perasan MP aku berkurang. . . .lantak lah"

"Bawah status utama pula ada status kecil yang tak boleh berkurangan, bawah HP ada. . . ."

'Hp-

Kekuatan-. . .

Pertahanan-. . .

Ketangkasan-. . .

Ketahanan-. . .'

"Bawah MP ada. . ."

'MP- 999914564

Kekuatan- 100

Kepantasan- 100'

"Bawah SP pula ada. . ."

'SP- 999999981637

Ketahanan- 100'

"Mungkin status kecil ni akan bertambah dari masa ke semasa. . ."

"Hmmm, aku nak tahu juga 1 kekuatan bersamaan dengan berapa kilo."Hermin Jr melihat sekeliling, terdapat bebatu besar yang berlonggok di kaki gunung itu.

Dia bangun dan berjalan menuju ke batu yang paling terbesar di situ. Sampai di depan batu itu, Hermin Jr mendongak ke atas, batu itu sangat besar berbentuk seperti segi empat sama dan silinder digabungkan, memerlukan empat orang untuk memeluk keseluruhan batu itu dan keberadaan Hermin Jr tidak dapat dilihat jika batu itu dipandang dari sudut yang lain.

"Huh."Hermin Jr menikam batu itu menggunakan jari kelingking kanannya.

"Tak mustahil untuk angkat batu ni guna jari kelingking dengan kekuatan aku yang sekarang."

'Hp- 1000000000

Kekuatan- 1000000000 < 100000

. . . . .'

Hermin Jr menukar status kekuatannya, dia cuba mengangkat lagi batu itu dengan menggunakan jari kelingking yang masih menikam batu itu.

"Masih boleh angkat lagi. . ."

'Kekuatan- 100000 < 1000'

"Heh!, biar betul, masih boleh angkat lagi, tapi beratnya dah terasa. . ."

'Kekuatan- 1000< 1'

"Mestilah tak boleh angkat dengan angka 1"Hermin Jr mencabut jari kelingkingnya dari batu itu.

Hermin Jr kemudian melihat seketul batu yang lebih kecil sebesar segenggam buku lima beberapa meter di sebelah kanan dari batu besar di depannya, dia berjalan menuju ke batu itu dan cuba untuk mengangkatnya, dia pun membongkok, tetapi dalam sekelip mata dia jatuh menyembah bumi kerana dihempap batu besar yang jatuh dari atas gunung itu.

"Uih,. . .aku tak boleh gerak. . ."

'Kekuatan- 1 >100000'

"Ah. . ."Hermin Jr bergerak perlahan untuk mengalihkan batu besar yang menghempapnya.

"Bahaya betul, nasib baik pertahanan aku tinggi, kalau tak, penyek aku, hahaha"

"Aku takkan ubah pertahanan aku sampai bila-bila, hahaha. . ."

Hermin Jr mendongak ke atas melihat istana usang yang berada di atas gunung itu. Dia melihat satu kelibat hitam bergerak pada tingkap kaca di dalam istana itu.

"Hantu?. . ."

Hermin Jr mula berjalan mendaki gunung itu. Habis dataran yang boleh dipijak, tinggal dinding yang hanya boleh dipanjat, dia menghentam tapak kaki kanan bergantian dengan kaki kiri ke dinding itu sehingga menenggelamkannya ke paras buku lali kemudian meneruskan pendakiannya, Hermin Jr seakan-akan tercucuk pada gunung itu jika dilihat dari jauh.

Sampai di puncak gunung, istana yang berwarna hitam jika dilihat dari jauh itu sebenarnya berwarna putih, dindingnya sudah kotor akibat debu yang melekat di dinding kerana ditinggal begitu lama, terdapat menara di empat penjuru istana. Tiada kawasan rata yang boleh didarati, Hermin Jr memecah masuk melalui jendela kaca besar yang masih utuh, menderaikan kaca itu. Dia memasuki ruang dapur tingkat paling bawah,kelibat yang dilihatnya berada di tingkat dua.

Di dalam ruang dapur itu, lantainya bersepah dengan habuk dan serpihan kaca, terdapat juga beberapa buah periuk dan pinggan mangkuk bertumpuk di atas lantai, ada juga meja dan kabinet yang telah dijajah oleh debu dan kotoran. Hermin Jr berjalan memijak kaca jendela yang dipecahkannya tadi, kaca itu hancur dan tidak melukai kakinya, dia keluar dari ruang dapur cuba mencari tangga untuk ke tigkat dua, cahaya matahari yang terang menyinari dalam istana itu dihalang oleh awan gelap yang tebal.

"Gelap betul, nak ribut ke ni?"Hermin Jr  menjengukkan kepalanya keluar melalui jendela di sebelahnya.

'Kraaaaak' terdengar bunyi seperti pintu di buka di tingkat atas, Hermin Jr memasukkan semula kepalanya,

"Bunyi apa tu?, ada orang ke dalam ni"dia berjalan ke ruang yang lebih luas, tiba di ruang atrium, terdapat tangga di penjuru kanan dan kiri, bunyi seperti pintu dibuka dan ditutup itu semakin kuat, Hermin Jr mendongak ke atas, istana itu mempunyai empat lantai, dia menaiki tangga yang berada di penjuru kiri untuk ke lantai kedua, tinggal beberapa lagi anak tangga yang perlu dinaiki, pintu yang berbunyi itu terlihat, tetapi seperti ada tangan yang membuka dan menutup pintu itu, Hermin Jr teruskan menaiki anak tangga itu.

Selepas melepasi anak tangga yang terakhir, pintu yang terbuka dan tertutup dengan sendiri itu terbuka sepenuhnya, memperlihatkan satu susuk tubuh yang mengerikan di sebalik pintu itu, mempunyai dua kaki, dua tangan dan dua kepala, kulitnya berwarna hitam, mengelupas seperti kulit pokok yang sudah kering, makhluk itu tersenyum kepada Hermin Jr.

"Hai."Hermin Jr membalas senyuman makhluk itu dan mengangkat tangan kanannya.

Next chapter