webnovel

an approximately bab 60 (Raja)

"Adakah anda yang menyelamatkan seluruh ibu kota ini. . ."

". . .terima kasih"

Seorang raja menundukkan kepalanya kepada Hermin Jr.

"Tuanku,! tidak perlu sampai menundukkan kepala, tuanku". . .

"haaa!, tuanku". . .

Para bawahannya terkejut dengan tindakan raja mereka.

"Wajar tindakan beta ini, sebagai wakil bagi seluruh rakyat yang berada di ibu kota, kepada penyelamat kita. . ."

"Mungkin tidak mencukupi, tetapi katakan saja apa permintaan kamu, akan saya tunaikan semampunya, pangkat, saya akan berikannya, khabarkan kepada seluruh penduduk siapa penyelamat mereka, harta juga. . ."

Hermin Jr yang mendiamkan diri mengangkat dagunya.

"Kurang ajar, . . .KURANG AJAR!. . ." Hermin Jr menengking.

"Beri harta?, khabarkan kepada penduduk?, ...BERI PANGKAT!!"Hermin Jr mengeluarkan aura pekat dan tajam, tersebar sehingga ke penjuru ibu kota.

Aura pekat dan tajam tersebut membuatkan seluruh penduduk hilang kesedaran dan bergelimpangan di jalanan, begitu juga dengan orang yang berada di istana, di ruang singgahsana, para petinggi masih mengekalkan kesedaran masing-masing, ada yang terduduk ada juga yang masih berdiri tetapi tidak mampu menggerakkan badannya. 'Raja' pula orang yang paling dekat dengan Hermin Jr, juga masih berdiri.

"(nak beri tahu penduduk?, kalau macam tu aku jadi watak utama nanti, no, no, no). . ."

"KAU FIKIR AKU SIAPA, BERANI KAU MENAWARKAN KEPADA AKU SEDEMIKIAN RUPA (power ayat aku, pengaruh DK la ni)" sambung Hermin Jr.

"AKU ADALAH. . ."Hermin Jr melihat susuk raja yang berada di depannya.

"AKU ADALAH SEORANG RAJA (raja!, biar betik, terlepas pulak, ah)"

"raja?, ne, ne, negara ma, mana" 'Raja' tersangkut-sangkut mengucapkan kata-katanya.

"negara?(alamak, negara mana,. . .ah, alang-alang dah terlanjur, aku lanjurkan lagi). . ."

"NEGARA!!!, HAAARRRRRR" Hermin Jr menguatkan lagi auranya.

Semua yang berada di dalam singgahsana hilang keseimbangan, 'Raja' masih berdiri, hampir terjatuh dia menahan dengan memegang lututnya.

"KAU FIKIR SEBUAH NEGARA SAJA MAMPU MENAFSIRKAN KEKUATAN AKU. . ."

"AKU ADALAH RAJA SELURUH LAUTAN DAN DARATAN (gila betullah aku ni)"

'slash'! bunyi libasan pedang terdengar. Hermin Jr menundukkan wajahnya, melihat sebilah pedang berada di rusuk kanannya.

"hh! ada yang masih boleh bergerak dalam aura aku?, menarik".

"Hermin, jika kau teruskan, seluruh ibu kota akan mati"DK bersuara terus ke fikiran Hermin Jr.

"uups"Hermin Jr melepaskan aura tajamnya.

sebaik sahaja aura pekat lagi tajam milik Hermin Jr dilepaskan, 'Raja' yang berada di depan Hermin Jr jatuh terduduk ke lantai melepaskan segala ketegangan yang diterima.

Lelaki yang menyerang Hermin Jr itu membuka langkahnya, menyerang bertubi-tubi dengan gaya yang elegan.

"ada juga yang boleh bergerak laju, dahsyat betul dia ni, mesti orang kuat raja ni, kalau macam tu aku bagi dia rasakan sedikit perlawanan ni." Hermin Jr yang melihat gerakan lelaki itu seakan-akan 'slow motion' mengelak dengan mudah libasan tersebut.

'Kekuatan- 1000

Pertahanan- 1000

Ketangkasan- 1000'

Hermin Jr mengurangkan status kekuatan, pertahanan dan ketangkasannya.

"hmm, pertahanan tinggikan lagi la, sakit pulak nanti, huhu."

'Pertahanan- 10000'

Selepas itu, perlawanan mereka menjadi sengit, Hermin Jr cuba sedaya upaya mengelak serangan lelaki itu, disebabkan kekurangan kepantasan, dia menerima beberapa kali libasan pedang serta serangan sihir. Walaupun begitu, tiada 'damage' yang Hermin Jr terima.

Setelah Hermin Jr terlihat sudah tidak lagi berdaya, lelaki itu membuka langkah seolah-olah ingin melakukan serangan terakhirnya.

"nasib baik tak sakit,. . ."

"dia nak guna serangan terakhir ke?,. . .ok, dah tiba masanya aku berhenti bermain."

Pedang yang di pegang lelaki itu mengeluarkan cahaya, cahaya itu terlihat seperti air yang mengalir di sekeliling pedangnya.

"ka. . .lah. . .kan dia. . . .master" seorang lelaki muda yang terbaring di pintu masuk ruang singgahsana berusaha untuk bangun tapi tidak berdaya.

"pertahanan- 10000 ke. .! laju!!, tak sempat nak tukar" belum sempat Hermin Jr mengubah statusnya, lelaki itu menyerangnya dengan kepantasan yang menandingi Hermin Jr.

"SAKITnya terasa, berapa HP aku berkurang,. . . .1?, not bad, over betullah. . ."

"ha!, DK macam mana dengan semua orang yang kena aura aku tadi."

"kebanyakannya masih tidak sedarkan diri."

"macam mana nak pulihkan mereka?, kesian pulak aku rasa, sakit ni."

"dengan memulihkan semula sihir mereka."

"tu je ke?. . ."

". . ."

"ok"

Serangan yang berjaya ditujukan kepada Hermin Jr itu membuatkan habuk bertebaran menghilangkan susuk tubuh Hermin Jr di dalamnya dan dari pandangan lelaki yang menyerangnya yang sudah mengambil jarak itu.

Lelaki muda yang memberi semangat kepada 'master' nya tadi, tersenyum selepas melihat serangan itu berjaya mengenai Hermin Jr.

Habuk yang berterbangan mula jatuh, bayang Hermin Jr yang masih berdiri dengan tegak terlihat, semua orang yang melihat perkara itu amat terkejut.

"ja. . .jangn ri. .sau, serangan ma. . .master belum habis lagi. . . tamatlah riwayat kau, master masih belum kalah." lelaki muda itu bersuara lagi sambil tersenyum.

"apa maksud kau?" Hermin Jr bertanya kepada lelaki muda itu.

"sesiapa yang master lukakan dengan menggunakan pedang tu, statusnya akan bertukar dengan master." balas lelaki muda itu.

"ek!!," lantas Hermin Jr menukar arah pandangannya kepada lelaki yang menyerangnya.

Hermin Jr melihat lelaki itu sedang menekan ibu jari tangan kirinya pada hujung pedang yang terdapat sedikit darahnya. Hermin Jr memegang perutnya, terdapat lubang kecil pada bajunya, manakala luka di perutnya sudah sembuh, dia cuba untuk menghalang perbuatan lelaki itu tetapi langkahnya terhenti setelah melihat semua statusnya berubah dengan sekelip mata.

"whaaaat!, nasib baik aku punya MODIFICATION tak hilang, . .tak guna, apa perasaan ni, rasa macam barang aku kena curi."

"kamu terlampau banyak berbicara, murid ku" lelaki itu memasukkan semula pedangnya.

Hermin Jr mengangkat tangan kanan, cahaya kuning berbentuk bulat muncul di atas tangannya, cahaya itu kemudian dilepaskan ditembak tinggi ke udara keluar dari istana kemudian ia berpecah, berpecah lagi selepas berpecah tersebar ke seluruh ibu kota dan mengenai semua orang termasuk semua yang berada di dalam istana kecuali 'Raja' seorang.semua yang terkena cahaya itu bangkit semula.

"apa maksudnya ini?" semua yang berada di ruang singgahsana itu berasa hairan dengan tindakan Hermin Jr.

"Tuanku?, macam mana dengan tuanku?". . .

"tolong bantu tuanku juga". . .

Kata-kata dengan nada risau oleh beberapa para petinggi dari jauh kerana takut untuk mendekati Hermin Jr.

Hermin Jr menoleh ke arah 'Raja' yang terduduk di depannya dengan wajah pucat dan nafas yang termengah-mengah.

"bangun, . . .bangun, tunjukkan perbezaan seorang raja dengan orang biasa, mampu untuk bangun sendiri tanpa dibantu, rampas semula situasi ini, rampas semula martabat seorang raja, bangun . . . dengan kaki sendiri." Hermin Jr bercakap dengan nada perlahan kepada 'Raja' di depannya.

Selepas mendengar kata-kata Hermin Jr itu, 'Raja' pun bangun dengan penuh karisma.

"AARRRRRRH, haaah, haaah." ruang singgahsana itu menjadi senyap bagaikan tiada sesiapa di dalamnya, semua pun terpaku dengannya.

"huh, meremang bulu roma aku" Hermin Jr tersenyum.

"sudah lepas kendali" DK memberi amaran kepada Hermin Jr.

"hmm, tau, dengan kapasiti sihir aku yang besar gila tu, memang la tak boleh kawal."

"jika tidak dihalang akan berlaku letupan."

"oh!, yang tu aku tak tahu, kau rasa berapa besar?"

"bukan sahaja seluruh ibu kota, separuh benua akan musnah"

"HAAAA!!aa. . . .eehem ehem" Hermin Jr mengeluarkan suara lantang, dengan latas dia cuba menutupnya.

Lelaki yang menyerang Hermin Jr itu hanya mendiamkan diri, tiba-tiba, seluruh badannya mengeluarkan cahaya, rambutnya yang berwarna hitam bertukar putih, kulitnya pula sedang meretak, keluar cahaya yang terang benderang dari celah retakan itu.

"ark arr krr" lelaki itu mengeluarkan bunyi seakan-akan sedang kesakitan.

Selepas menenangkan dirinya, Hermin Jr melompat dengan pantas ke arah lelaki itu, memegang lehernya dan melakukan kontrak 'Pet', muncul kalung rantai yang bersambung dengan tangan kanan Hermin Jr.

ada banyak 'kick' dalam bab ni, what do you think?

NAFaScreators' thoughts
Next chapter