webnovel

Bila Takdir Berkata Lain

Author: bbeatyybrr
Others
Ongoing · 257.4K Views
  • 85 Chs
    Content
  • ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

Tags
5 tags
Chapter 1Crush

Ashley atau lebih dikenali Ashley June Adham adalah seorang gadis berumur 15 tahun yang masih bersekolah di sekolah menengah.

Ashley adalah seorang gadis yang ceria dan sopan. Dia suka membuatkan orang di sekelilingnya gembira. Ashley juga seorang yang keras kepala dan tidak mudah menyerah kalah.

Pada suatu pagi yang indah, sesudah sarapan, Ashley mengayuh basikalnya yang berwarna biru terang itu keluar dari halaman rumahnya.

"Bye!" teriak Ashley kepada Mr. Adham yang sedang merenungnya dari pintu utama rumah mereka.

"Hati-hati di jalan raya nanti!!"

"Okey, bapa!"

Dia mengayuh basikal dengan wajah ceria menuju ke sekolah.

Ashley tiba di sebuah persimpangan dan dia berhenti untuk seketika. Dia memandang ke arah jam tangannya dan jam menunjukkan jam 6.30 pagi. Setelah itu, Ashley memandang pula ke kiri dan ke kanannya, seolah-olah dia sedang mencari seseorang.

Tidak lama kemudian, seorang gadis lain yang seusia Ashley datang dari arah kanan persimpangan datang menghampiri Ashley.

Dia ialah Melissa Sherly Mark, sahabat baik Ashley. Mereka saling mengenali antara satu sama lain sejak dari baru sekolah rendah lagi. Sampai sekarang pun mereka masih pergi ke sekolah yang sama.

Mellisa adalah seorang pelajar perempuan yang pandai di kelasnya dan juga ceria seperti Ashley. Namun, berbanding dengan Ashley, Mellisa selalu mendapat perhatian dari mana-mana pelajar di sekolah mereka. Mellisa juga sangat aktif dalam sukan dan sukan yang diminatinya ialah bola jaring.

"Morning, Ash... Sorry, lambat!" kata Mellisa sebaik saja dia berhenti di depan Ashley.

"Lambat, mana adalah.. Kau datang on time!" kata Ashley pula.

Mellisa hanya ketawa kecil. "So, sekarang ni.. Cuma nak tunggu---"

"Tu dia, sudah sampai! Senior Kenzie!" teriak Ashley dengan gembira sambil dia menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang memakai baju uniform sekolah yang sama dengan Ashley dan Mellisa.

Di antara pelajar lelaki itu, ada seorang lelaki yang sangat kelihatan sedang bergelak tawa dengan kawan-kawannya yang lain.

Semasa Ashley melihatnya, dia seolah-olah melihat seorang malaikat yang turun dari langit. Lelaki itu terlihat sangat bersinar-sinar malah lebih terang dari sinar matahari.

Lelaki itu sama seperti putera kacak yang selalu ada di kisah dongeng.

Melihat Ashley yang terpegun melihat lelaki itu, Mellisa terus menggoncangkan bahu Ashley dengan kuat.

"Wei, Ash... Kau mengelamun apa ni?? Senior Kenzie dah nak jalan tu! Marilah kejar dia cepat.."

Ashley terbangun dari khayalannya dengan wajah bingung. "Hah?"

"Senior Kenzie sudah jalan tu, marilah kita kejar," kata Mellisa pula.

Ashley menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Mellisa dan nampaknya lelaki itu sedang bergerak bersama kawan-kawannya dulu.

"Eh, senior!! Mel, cepat kita kejar!! Kita tak boleh kehilangan dia!!" teriak Ashley pula lalu dia pun mula mengayuh basikalnya.

"Saya sudah cakap tadi," kata Mellisa lalu dia juga terus mengejar Ashley dengan wajah penuh keluhan itu.

Ashley ni memang tergila-gilakan Kenzie betullah...

Kenzie, ya... Nama lelaki yang diminati oleh Ashley. Kenzie sangat terkenal di sekolah mereka, bahkan lebih terkenal dari seorang bintang pelakon.

Kenzie mempunyai raut wajah yang sangat kacak, ditambah lagi dengan gaya rambutnya yang menjadi idola. Tambahan pula, Kenzie memiliki tubuh yang tinggi dan sasa. Jika dia memakai pakaian yang ketat, terserlah lah enam biji packs di bahagian abdomennya.

Selain itu, Kenzie juga adalah seorang pemain bola keranjang yang hebat dan mempunyai akademik yang sangat baik.

Siapa yang tidak suka kalau macam tu, kan??

Dialah lelaki idaman bagi seluruh pelajar perempuan di sekolah mereka.

Namun, Kenzie adalah 1 tahun lebih tua dari Kenzie. Sekarang dia berumur 16 tahun.

Ashley dan Mellisa terus mengejar Kenzie dan kumpulannya sehinggalah mereka tiba di kawasan sekolah.

Kenzie segera menempatkan basikalnya di kawasan yang disediakan bersama kawan-kawannya.

Ashley juga cepat-cepat mencari tempat yang paling dekat dengan Kenzie. Dia melihat ada tempat yang kosong di sebelah Kenzie.

Ashley melonjak gembira dalam hati melihat tempat itu kosong namun belum sempat dia ke sana, ada seorang lelaki yang berkaca mata pula yang merebut tempat itu dari Ashley.

Ashley terus memandang lelaki itu dengan wajah terkejutnya. Noooo!!!

Pelajar lelaki itu memandang ke arah Ashley apabila sedar Ashley memandangnya tanpa berkelip. Dia hanya tersengih lebar saja menampakkan giginya yang berkawat itu.

Cehh, perasanlah tu kalau Ashley suka dengan dia! Padahal Ashley sudah pun menahan geram kerana lelaki itu sudah merebut tempatnya.

Melihat lelaki itu tersengih, Ashley terus menunjukkan muka gelinya lalu dia memandang ke arah lain. Dia pun mencari tempat baru untuk meletakkan basikalnya.

Mellisa yang sudah mendapatkan tempat itu melambaikan tangannya ke arah Ashley. "Ash, di sini! Sinii!!"

Mau tidak mau, terpaksa juga Ashley datang kepada Mellisa dan meletakkan basikalnya di sebelah Mellisa.

"Janganlah sedih, kawan.. Lain kali kau boleh letak di sebelah dia lagi," kata Mellisa selamba sambil turut menepuk bahu Ashley.

Ashley hanya mengeluh dan mengunci basikalnya.

Ashley menoleh ke arah Kenzie dan melihat lelaki itu sudah selesai mengunci basikalnya. Setelah itu, dia menunggu kawan-kawannya yang lain untuk selesai mengunci basikal masing-masing.

Beberapa orang pelajar perempuan melintasi Kenzie lalu mereka pun menyapa Kenzie.

Kenzie hanya menjawab dengan segaris senyuman dan anggukan.

Ashley pula memandang ke arah kumpulan pelajar yang menyapa Kenzie dengan wajah yang mengejek. Dia tidak sukalah kalau ada orang yang menegur Kenzie.

Setelah kawan-kawannya selesai, Kenzie dan mereka pun beredar dari kawasan itu menuju ke bangunan sekolah mereka.

Ashley terus berlari mengejar Mellisa. Mellisa pula termangu-mangu mahu mengikuti Ashley dari belakang.

"Hei, Ashley.. Tunggu sayalah!" Kurang asam punya kawan! Nampak crush kau, kau kasih tinggal-tinggal lah kan saya?

Ashley terus mengikuti Kenzie sehingga Kenzie naik ke tingkat atas, di mana kelas Kenzie berada.

Oleh kerana Kenzie tua setahun dari dia, kelas dia berada di tingkat atas kelas Ashley.

Ashley tidak mengikuti Kenzie sehingga ke tingkat atas malah dia berhenti di tangga dan terus memerhati Kenzie sehingga belakang lelaki itu pun tidak terlihat lagi.

Ashley mengeluh kecil. Alaa, saya pun nak ikut dia sampai ke tingkat atas....

Mellisa yang masih mengejar Ashley itu terus menepuk belakang Ashley. "Wei, Ash.. Sudah-sudahlah kau bejiwang di sini... Mari masuk kelas."

Ashley memandang Mellisa dengan wajah sedihnya.

Mellisa mencebik melihatnya lalu dia terus menarik tangan Ashley untuk pergi dari sana.

"Sudahlah, jom!"

Sesampainya mereka di kelas, mereka terus duduk di bangku mereka.

Belum sempat Mellisa membuka mulut tentang perkara yang dialaminya semalam, dua orang pelajar perempuan yang ada di depan mereka bercerita dengan suara yang boleh tahan kuatnya dan nama Kenzie ada terselit di dalam.

Seperti biasa, telinga lintah Ashley akan muncul kalau nama Kenzie disebut. Pantang betul kalau kena sebut nama lelaki tu, mesti Ashley akan pasang telinga mendengar...

"Saya dengar semalam ada pelajar perempuan confess pada Senior Kenzie..... Tapi tidak taulah kalau betul kah tidak tu gosip."

"Betul-betul bah kau ni?? Jangan kau tipu saya???"

"Ya bah.. Betul lah bah ni!"

"Bukan saya tidak mau percaya tapi kan, Senior Kenzie tu hots... Yang saya tau, dia jenis yang ulat buku, tau... Mana dia mau bercinta dulu tu!"

"Eee betullah apa yang saya cakap ni! Dorang cakap lagi nama tu pelajar Raquel... Sana kelas junior..."

"Mana ada lah... Dorang cakap-cakap saja, bukan betul itu... Senior Kenzie bukan type yang begitu. Dia lebih utamakan pelajaran. Sebab itu kenapa saya juga suka dengan Senior Kenzie, sebab dia masih single sama hensemm!"

"Issh, minta puji bah kau ni!!! Betullah saya cakap... Tapi tak taulah kalau senior terima atau tidak."

"Senior tidak akan terima dia tu! Senior lebih utamakan pelajaran daripada mau bercinta dulu."

"Ya itulah... Saya pun harap begitu!"

Mendengar gosip mereka mengatakan yang ada pelajar yang confess dengan Kenzie, Ashley terus tertanya-tanya.

Dia memandang ke arah Mellisa. "Raquel? Kau kenal dia tak?"

Mellisa hanya menjungkitkan bahunya, tidak tahu.

Ashley mengeluh kecil. Raquel?? Dia berani confess pada Kenzie. Oh My God, no... Jangan bilang Senior terima dia...

Ini tidak boleh jadi ni, saya kena siasat!

You May Also Like

Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey

Fantasy FairTania For Are Lost Journey mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Ryunosuke Nishimura yang merupakan seorang pemimpin academy FairyTaniah dan jugak calon raja di Kingdom Rull Magic. Namun pada malam Oktober, semua keindahan dan keindahan kerajaan Rull Magic musnah bersama Academy FairyTaniah atas serangan dari pihak musuh. Malam itu, dia kehilangan semuanya. Pangkat, kekayaan, kerajaan, academy, anggota pelajar, para rakyat, serta anggota keluarganya yang turut terkorban pada malam berdarah yang pada akhirnya hanya tinggal dia berdua bersama adik bongsunya yang masih bayi pada masa itu. Bukan itu sahaja, pada malam itu jugak sosok yang dikenali sebagai seorang yang dingin, tegas, percaya diri serta bertanggungjawab hilang bersama kematian para anggota keluarganya yang memilih berjuang bersama anggota pelajar sehingga akhir hayat mereka. Dia merasa malu, sedih dan kecewa kepada dirinya sendiri kerana pada malam itu dia tidak mampu melakukan apapun untuk menyelamatkan mereka. Malah saat akhir sebelum dia di pindahkan ke kerajaan lain mengunakan portal sihir. Air matanya gugur bila melihat satu persatu anggotanya gugur akibat melindunginya bersama para rakyat yang akan di bawa pergi. Kini sudah 10 tahun berlalu tapi ingatan tentang malam berdarah itu masih kekal dalam ingatannya. Dia meneruskan hidup bersama adik pompuannya tanpa menggunakan nama keluarganya. Sehingga suatu hari seorang wanita mengambil dia dan adiknya untuk dijadikan keluarga. Hidupnya aman dan damai bersama anggota keluarganya yang baru. Walaupun pada suatu hari hatinya kembali menangis pilu bila tanpa sengaja berjumpa seseorang yang cukup disayanginya. Tapi setelah itu dia kembali menjalani hidupnya tanpa dibayangi oleh sosok itu yang hingga ke hari ini masih tidak menerima keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka. Namun apakah daya! Dia tidak mampu melawan takdir. Mereka akhirkan kembali ditemukan di Academy WhiteFairy dengan status dan keadaan yang berbeda. Sosok itu merupakan seorang ketua pelajar yang disegani serta diminati oleh semua pelajar di academy. Manakala dirinya hanya orang biasa yang menumpang hidup. Kehidupan aman dan damainya bertukar berantakan bila gadis itu mengunakan kekuasaannya dalam menentukan sesuatu perkara yang berkaitan dengannya. Dan semestinya, semua itu dilakukan dengan maksud yang tersendiri dan dia sendiri sedar akan maksud gadisnya itu. Persoalannya mampukah dia bertahan dengan segala godaan dari sosok yang cukup menggilainya. Dan jugak dengan masa silamnya! Apakah dia akan selamanya jatuh dan merelakan kematiannya orang-orang yang dia sayangi tanpa niat menuntut keadilan untuk mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka?

AisukiShah · Others
Not enough ratings
31 Chs

THE PROTECTIVE MAFIA

⚠️SHORT STORY⚠️ THE PROTECTIVE MAFIA SINOPSIS **KARYA PERTAMA** Action & Romance -ARYAN FARAAZ- Seorang lelaki yang baran, tidak berhati perut dan pakar dalam senjata tajam iaitu pisau dan pedang. Sesiapa sahaja yang mencabar dia pasti dia akan membunuhnya sehingga hilang semua bukti. Akan tetapi ada satu nama yang paling dia benci & ingin MEMBUNUHNYA iaitu Dylan Hareez. DYLAN HAREEZ!!! You can't hide from me wherever you are I will kill you! ~ Aryan Faraaz -DYLAN HAREEZ- Seorang ketua mafia yang sangat melindungi orang yang paling ia sayang dan pakar dalam senjata api seperti pistol dan senapang. Kecederaan yang menimpa Dylan di badannya itu akibat terkena pedang sewaktu berhadapan dengan mafia lain itu membuatkan Dylan kehilangan banyak darah sehingga badannya lemah, Dylan membuat keputusan untuk bersembunyi di sebuah kedai yang agak jauh sedikit dari bandar. Hey young lady! Can you help me? Aku tak tahu nak kemana lagi and I really2 need help, PLEASE! ~Dylan Hareez -HANNA ZEANNISA- Seorang yang sangat pemurah dan suka menolong orang lain. Hanna bekerja di sebuah kedai milik mendiang keluarganya. Pada malam itu, semasa Hanna ingin menutup kedainya Hanna terkejut apabila melihat Dylan yang tidak sedarkan diri itu terbaring di belakang kedainya dengan penuh kesan darah di badan Dylan. Hanna membantu Dylan membersihkan luka yang ada di badannya sehingga bersih dan Hanna setia menunggu Dylan sehingga sedar. Encik? Encik okey ke ni? Encik nak saya bawak encik pergi hospital ke? Badan encik lemah ni banyak darah keluar.. ataupun encik tak kisah kalau saya sendiri yang tolong bersihkan luka kat badan encik ni? ~Hanna Zeannisa

OrchidFarhana1210_ · Others
Not enough ratings
21 Chs
Table of Contents
Volume 1 :Cinta Pertama
Volume 2 :Peluang Kedua