webnovel

Persahabatan

RAQUEL masuk ke dalam kelab bola keranjang. Di dalam kelab itu ada Eden yang bersama-sama dengan Charles dan Jared.

Tiga orang lelaki itu menoleh ke arah Raquel bila mereka sedar ada orang masuk ke dalam kelab itu.

Raquel, yang sedang mengunyah gula-gula getah itu, berhenti di depan pintu lalu dia memandang sekeliling kelab itu. "Wuu, begini kah pula kelab basketball.. Baru saya tahu. Ini first time saya masuk sini."

"Kenapa kau datang ke sini, Raquel?" tanya Eden.

"Raquel?" tanya Jared. Dia mengecilkan matanya memandang ke arah Raquel.

Raquel menoleh ke arah Jared. "Ya, saya... Sayalah Raquel, kau tidak percaya?" soal Raquel pula.

"Kenapa kau potong rambut kau? Kenapa kau pakai macam tu?" tanya Jared lagi sambil memandang Raquel dari atas ke bawah. Dia tidak percaya kalau Raquel sudah berubah.

Baru berapa lama tidak nampak Raquel, dia sudah berubah begini?

Raquel mengusap rambutnya dengan tangan kiri. "Apa?? Kenapa pula kalau rambut saya macam ni?"

Jared tidak lagi bercakap malah dia hanya memandang ke arah Raquel dengan mulut terlopong. Dia tidak percaya kalau Raquel sudah berubah seratus peratus. Mana Raquel yang seksi dulu??

Raquel mendekati Eden yang sedang duduk di sebelah Charles lalu dia meletakkan sekeping sampul surat yang besar di atas meja, sebelah Eden. "Nah, saya sudah dapat semua bukti yang kita perlukan."

"Bukti? Bukti apa??" tanya Charles.

Eden tidak menjawab malah dia segera mengambil sampul surat itu. Dia mengeluarkan semua isi itu. Charles dan Jared terus mendekati Eden.

Raquel berdiri bersandar di sebuah rak sambil berpeluk tubuh. Mulutnya tidak berhenti daripada mengunyah gula-gula getah. Matanya hanya merenung saja reaksi tiga orang lelaki itu.

"Apa ni??" tanya Charles. Dia mengangkat sekeping gambar sambil menunjukkan gambar itu ke arah Raquel.

Gambar itu menunjukkan seorang perempuan berbaju hitam sedang berada di sebuah kedai fotostat.

"Itu ialah pelajar yang bertanggungjawab menyebarkan semua gambar pasal Kenzie dan Ashley di sekolah ni... Saya sudah suruh orang-orang saya cari maklumat ni... Bukti ni cukup untuk kita tolong Ashley."

"Tolong Ashley??" Jared yang masih bingung itu terus memandang ke arah Eden. "Eden, kau nak tolong Ashley?"

Eden tidak menjawab malah dia hanya memeriksa semua gambar itu. Raut wajahnya sangat serius menunjukkan yang dia sedang fokus dengan kerjanya sekarang.

"Eden, kau pun percaya yang bukan Ashley yang sebarkan khabar angin tu... Dan juga gambar-gambar tu pasal dia dan Kenzie?" tanya Charles pada Eden.

"Mestilah bukan Ashley yang buat. Kenapalah dia nak buat perkara macam tu?" kata Raquel pula, sengaja memerli Charles.

"Yang kau ni tiba-tiba nak tolong Ashley kenapa pula? Bukan dulu kau tu musuh dia kah?" kata Jared pula.

"Ya, memang dulu kami musuh. Tapi sekarang mana ada lagi. Kalau ada orang yang nak buli Ashley tu... Mestilah cuma saya saja yang boleh. Orang lain mana boleh," balas Raquel. Dia hanya memeriksa saja kukunya tanpa memandang ke arah Jared.

Terdiam tiga orang lelaki itu melihat Raquel. Mereka pun tidak tahu hendak berkata apa lagi pada Raquel bila mendengar dia berkata begitu.

"Sofia?? Sofia yang buat semua ni?" tanya Eden pula. Dia menunjukkan sekeping gambar dengan wajah seorang perempuan ke arah Raquel.

Raquel hanya menjungkitkan bahunya. "Entahlah.. Saya mana periksa semuanya. Saya cuma kumpul data berdasarkan orang-orang yang saya suruh. Hanya ada satu data saja yang saya belum dapat..."

"Apa dia?" tanya Eden.

"Rakaman CCTV semasa semua gambar tentang Kenzie dan Ashley itu tersebar. Saya yakin yang bukan Sofia saja yang buat kerja ni. Dia upah orang lain untuk lekatkan gambar itu di seluruh kawasan sekolah."

"Maksud kau, orang yang dia upah itu adalah pelajar di sekolah sini juga?" tanya Charles.

Raquel hanya mengangguk.

Eden mengangguk. "Okey, bagus Raquel... Semua maklumat ni cukup untuk kita tolong selamatkan Ashley... Dan juga Kenzie.... Yang sebahagiannya lagi, biar dorang yang tentukan.."

"Apa maksud kau, sebahagiannya lagi biar dorang yang tentukan?" tanya Jared, bingung.

"Hubungan Kenzie, Bryend dan Ashley jadi buruk gara-gara masalah ini. Kalau kita serahkan gambar ni pada guru disiplin, tentulah pelaku sebenar akan terbongkar. Tapi kita tidak boleh tolong dorang bertiga untuk saling berbaik. Terserah dengan dorang bertiga nak buat apa lepas tu," kata Eden, menerangkan dengan panjang lebar kepada dua orang kawannya itu.

"Betul tu... Lepas semua masalah ini selesai, kita hanya perlu biarkan saja dorang bertiga selesaikan masalah dorang sendiri. Kita hanya mampu tolong sampai di sini," kata Raquel pula.

Jared hanya diam sambil dia memegang sekeping gambar. Lama dia memerhati gambar itu.

"Kenapa, Jared? Kau nampak ada masalah saja?" tanya Charles.

"Tak ada... Saya cuma rasa bersalah dengan Ashley... Sebab saya sudah tuduh dia yang buat benda ni. Rupanya, dia kena fitnah pula..." Jared menggeleng-geleng kecil.

"Lepas semua masalah ni selesai, kau boleh minta maaf dengan dia. Yang penting sekarang, kita kena tolong Ashley," balas Eden pula.

Charles hanya mengangguk sambil dia menepuk bahu Jared. Walaupun Charles tidak pernah menuduh Ashley buat benda seperti ini, tapi dia juga merasa bersalah kerana mengabaikan Ashley. Hanya Eden saja yang berusaha untuk menolong Ashley.

"So, kita sudah ada bukti. Lepas ni kita nak buat macam mana?" tanya Raquel.

"Saya akan serahkan semua ini kepada guru disiplin. Lebih cepat lebih baik. Kita hanya perlu pastikan yang Sofia dan kawan-kawan dia tu tidak dapat membalas semua ni," kata Eden pula.

"Itu... Biar saya yang urus. Saya tahu nak buat apa dengan Sofia," kata Raquel pula.

"Biar saya tolong," balas Charles. Dia memandang ke arah Raquel. Raquel juga memandang ke arah Charles lalu mereka saling berbalas senyuman.

"Jadi, saya nak tolong siapa?" tanya Jared pula.

"Kau tolong diam pun boleh," kata Eden pula.

Mendengar itu, wajah Jared berubah menjadi merah. "Isshh, tak guna kau, Eden!!"

===

===

ASHLEY baru mahu keluar dari tandas bila dia terserempak dengan Diani di depan tandas.

"Apa yang saya cakap, dorang akan abaikan kau, kan?" kata Diani.

Kata-kata itu membuatkan Ashley berhenti di tempat dia berdiri dan Ashley memandang ke arah Diani dengan wajah yang tidak menunjukkan apa-apa perasaan.

Diani mengurangkan jarak diantara badan mereka. "Saya sudah banyak kali bagi tahu kau yang dorang akan abaikan kau, kan? Dorang abaikan kau macam dorang abaikan saya dulu. Sekarang kau rasalah apa yang saya rasa selama ini. Kau ingat jadi assistant dorang tu seronok sangat?"

Ashley hanya merenung Diani. Tiba-tiba, Ashley teringat akan sekeping kertas yang pernah dia terima dulu. Jadi kertas itu dari Diani?

"Tapi kau yang lagi teruk dari saya pula. Berani juga kau bagi tahu Kenzie pasal feeling kau pada dia? Saya ingat selama kau dengan dorang, kau akan faham Kenzie tu macam mana... Rupanya, kau sama saja macam semua peminat dia yang lain..."

"Jangan samakan saya dengan orang lain, Diani. Dan jangan samakan saya dengan kau. Kau tidak tahu apa-apa jadi jangan nak berlagak macam kau tahu semuanya," balas Ashley dengan suara yang tidak mesra.

Diani terdiam sekejap. Dia tidak menyangka yang Ashley akan membalas kata-katanya. Senyuman sinis terus terukir di bibirnya. "Oh, jadi maksud kau.. Kau tahu apa yang berlaku sebenarnya?"

Ashley tidak menjawab malah dia hanya memberikan Diani sebuah jelingan tajam.

"Kau mungkin boleh bersikap kuat seperti ini sekarang, Ashley. Tapi sedarlah... Tiada yang boleh lindungi kau sekarang.... Sedangkan Kenzie pun abaikan kau semenjak khabar angin itu tersebar...."

"..... Oh, lupa... Bestfriend kau pun tidak tolong kau lagi kan? Oh, kesiannya kau. Tak guna betullah ada kawan begitu, ya tak?? Betulkan apa saya cakap??" bisik Diani pada Ashley. Walaupun dia berbisik, Ashley masih dapat mendengar kata-kata Diani.

Ashley tidak lagi berkata apa-apa. Dia hanya terus berjalan meninggalkan Diani di sana. Melihat Ashley yang tidak menjawab apa-apa itu, membuatkan Diani hanya tersenyum sinis.

===

===

EDEN pun menghantar semua bukti yang Raquel bagi kepada guru disiplin. Melihat semua bukti itu, sekali lagi Kenzie dan Ashley dipanggil ke bilik disiplin.

Kali ini Sofia juga dipanggil ke bilik disiplin. Memandangkan Raquel sudah memberikan 'ugutan keras' kepada Sofia, Sofia pun terpaksa memberitahu perkara yang sebenar.

Tentunya, Kenzie ialah orang yang paling terkejut.

Mellisa juga tidak terlepas daripada dipanggil ke bilik disiplin kerana dia juga bekerjasama dengan Sofia.

Setelah semuanya selesai, mereka dibenarkan untuk kembali ke kelas mereka.

Ashley segera keluar dari bilik disiplin dan dia terus mengejar Mellisa yang berjalan lebih dulu dari mereka.

"Mellisa?" panggil Ashley.

Mellisa tidak mendengar malah dia semakin mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu bersemuka dengan Ashley. Mellisa sangat marah kerana rancangannya gagal. Marahnya sampai Mellisa tidak mahu berjumpa dengan Ashley lagi.

"Mellisa??"

Ashley terus menarik tangan Mellisa agar Mellisa berhenti. Mellisa terus menarik tangannya dengan kasar sehingga membuatkan Ashley terundur ke belakang. Hampir saja Ashley jatuh tadi.

Ashley memandang ke arah Mellisa yang memasang muka bengis. "Saya mahu bercakap dengan kau."

"Cakap apa lagi? Kau masih tidak puas hati lagi lepas kau sudah gagalkan rancangan saya?" bentak Mellisa.

Ashley tersentak dengan kata-kata Mellisa. Dia terdiam sekejap tapi matanya masih memandang Mellisa.

"Kenapa kau boleh berubah begini, Mellisa? Saya tidak kisah kalau kau suka Kenzie.. Saya tidak kisah kalau kau mahu dia jadi orang yang kau sayang... Tapi, saya kisah kalau kau berubah sebab saya.... Kau bestfriend saya Mellisa... Of course saya peduli dengan kau," kata Ashley.

Giliran Mellisa terdiam. Tiba-tiba, dia ketawa pula. "Kau... Kau jangan nak berlagak kau ni baik sangat Ashley. Lepas ni, kau nak balas dendam dengan saya lagi, kan?? Lepas apa yang saya buat pada kau, mesti kau nak balas dendam, kan?" kata Mellisa pula.

"Kita sudah lama jadi bestfriend, Mel... Takkan kau masih tidak kenal dengan saya? Saya tidak akan buat macam tu pada kau," kata Ashley lagi.

"Diamlah, Ashley....!!!"

Ashley terus menutup mulutnya. Hanya matanya saja memandang Mellisa.

"Kalau kau minta maaf dengan saya---"

Mellisa tersenyum sinis. "Maaf? Kau nak saya minta maaf dengan kau?? Kau tahu tak saya benci kau. Saya benci kau sebab banyak orang yang suka dengan kau.."

"Jadi, kalau dorang suka saya, saya ada peduli?? Kau bestfriend saya, Mellisa. Apa orang lain cakap saya tidak peduli," balas Ashley pula.

"Sudahlah, Ashley... Saya tidak percaya dengan kau lagi. Saya tahu kau nak jadi kawan saya lagi sebab kau mahu membalas dendam dengan saya, kan?? Lepas apa yang terjadi ni, lebih baik kita stay sebagai musuh..." Selepas Mellisa berkata begitu, dia terus berjalan meninggalkan Ashley.

"Apa yang saya nak cakap, saya maafkan kau... Sebelum saya pindah."

Langkah kaki Mellisa terhenti... tapi dia tidak menoleh ke arah Ashley.

Ashley menelan air liurnya, terasa pahit di kerongkong. Matanya mula merasa panas. "Saya masih nak berfikir sama ada saya perlu stay atau tidak, Mellisa. Saya masih fikir pasal persahabatan kita. Of course, bila saya bilang saya maafkan kau, I mean it...."

"..... Tapi kalau kau mahu kita jadi musuh... Tak apa, saya faham..."

Mellisa memusingkan badannya ke arah Ashley. "So, kalau kau nak pindah, pindah sajalah... Kenapa kau nak bagi tahu saya? Saya tidak kisah kau nak pindah sampai ke Australia kah... Atau ke Kutub Utara sana... Ke hujung dunia pun, kau pergilah pindah sana..... Saya tak kisah!!!"

Mellisa terus berjalan meninggalkan Ashley tanpa berpaling ke arah Ashley lagi. Diamlah Ashley di sana, memandang Mellisa yang sudah jauh berjalan.

Mulanya, Ashley berfikir yang dia mahu tinggal saja di sini kerana dia masih lagi memikirkan persahabatan dia dengan Mellisa tapi.....

Ashley mengeluh. Dia menundukkan kepalanya dan jari-jemarinya digenggam erat.

Hah, apa dia? Part ni macam tak masuk akal sebab terlalu fast forward??

Sorry, guys...

Bukan apa... Masih ada part romance lain.

Tunggu saja episode akan datang.

Sorry ya, readers kalau terlalu fast forward.

bbeatyybrrcreators' thoughts
Next chapter