webnovel

Kalau Takdir Mengizinkan

KERANA masalahnya sudah selesai di sekolah, Ashley pun memutuskan untuk mengikuti bapa dia pindah ke Sabah. Dia juga tahu kalau dia ikut bapa dia ke Sabah, Ashley tidak akan pernah kembali ke sini lagi.

Tapi bagi Ashley, lebih baik jika dia ikut saja Mr. Adham balik ke Sabah. Lagipun, Ashley juga tidak mahu tinggal di sini lagi. Dia tidak mahu berjumpa dengan Mellisa...ataupun Kenzie.

Ashley tidak membenci Mellisa tapi kerana sifat Mellisa yang sudah berubah itu membuatkan Ashley tidak tahan ada di sini. Yalah, siapa yang mahu bercakap dengan kawan kalau kawan kau sendiri buat begitu?

Mr. Adham gembira kerana Ashley mahu mengikutinya pulang ke Sabah. Oleh itu, Mr. Adham berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang ada di sini supaya mereka boleh pindah dengan segera.

Momy tidak bercakap banyak dan dia hanya menyokong saja keputusan Ashley. Walau apapun yang Ashley putuskan, dia hanya menyokong.

Hari ini adalah hari terakhir Ashley ada di sekolah dan hari ini juga dia akan mengambil surat pindah sekolahnya.

Semua kawan Ashley sudah tahu yang Ashley akan pindah. Cuma, mereka tidak menyangka yang Ashley akan berpindah sekolah sebaik saja masalah dia di sekolah selesai.

Dia pindah sekolah bukan alang-alang. Jauhnya sampai negara sebelah.

Tiada yang menyangka yang Ashley akan pindah... ke Sabah.

Ashley keluar dari pejabat sekolah selepas dia mendapat surat pindah sekolah. Hari ini dia hanya memakai baju biasa saja: kemeja biasa warna putih dengan jaket berwarna hitam, dipasangkan dengan seluar denim berwarna hitam.

Ashley berhenti di depan pintu pejabat sambil dia memandang surat pindah sekolah itu dengan wajah yang suram. Walaupun dia sudah memutuskan untuk mengikuti bapanya pindah, jauh di sudut hatinya, Ashley masih mahu tinggal di si sini. Lagipun, di sinilah dia membesar.

Ah, jangan lupa... Crush dia masih ada di sini.

Ashley tersenyum pahit bila mindanya menyebut nama Kenzie.

Sejak perkara itu berlaku, Ashley tidak mempunyai kekuatan untuk bersemuka dengan Kenzie. Tidak tahu kenapa tapi Ashley tahu Kenzie juga tidak mahu berjumpa dengan dia sejak kejadian itu.

Walaupun semuanya bukan salah Ashley tapi Ashley masih tidak berani berjumpa dengan Kenzie.

Ashley mengeluh lagi. Kalau memang pun Ashley ada kesempatan mahu berjumpa lagi selepas ini, walaupun kesempatan itu hanya sekecil kuman, biarkan masa yang menentukan. Orang kata, kalau jodoh, tak akan ke mana.

"Pfft, apa yang saya fikir ni? Jodoh??" bisik Ashley sendirian.

Ashley terus berjalan meninggalkan kawasan itu. Memandangkan hari ini ialah hari terakhir dia di sekolah, Ashley mahu berjumpa dengan kawan-kawan terdekatnya yang sudah menolong dia sejak awal lagi.

Tapi Ashley takut pula mahu menganggu mereka. Yalah, sekarang waktu kelas. Mestilah mereka sedang belajar di kelas masing-masing.

Patutkah saya jalan saja...

Atau saya pergi ucapkan selamat tinggal pada dorang?

Lagipun, dorang sudah banyak tolong saya...

"ASHLEY!!!"

Mendengar namanya disebut oleh suara yang dikenalinya, Ashley segera menoleh.

Kelihatan Eden sedang berjalan dengan rentak yang laju menuju ke arah Ashley. Melihat kertas di tangan Ashley, Eden segera mengambil kertas itu dari tangan Ashley. Dengan sekali imbas, Eden membaca surat itu.

Eden terus memandang Ashley dengan wajah yang tidak senang. "So, betullah yang kau nak pindah?"

Ashley memandang Eden yang masih memegang surat itu. Dia mengeluh kecil: "Ya, saya akan pindah. Saya ikut bapa saya pindah."

"Ke mana?"

"Sabah."

Eden terdiam. Lama dia memandang Ashley.

Sabah? Bukankah itu terlalu jauh. Kalau Ashley hanya pindah ke kawasan lain atau sekolah lain, Eden tidak kisah...tapi bukankah di Sabah itu terlalu jauh. Macam mana Eden mahu melawat Ashley nanti??

"Sabah???? Kenapa Sabah?" tanya Eden.

Ashley mengeluh dengan soalan itu. "Sebab, di sanalah kampung halaman bapa saya."

Eden mengeluh lagi sambil dia memandang surat itu. "Ini... Ini..."

"Saya tahu, ini terlalu mengejutkan. Ya, kan???" kata Ashley pula.

"Masalah kau baru saja selesai, Ash. Tiada apa yang perlu kau risau lagi di sini.... Lagipun, semua orang sudah tahu ini bukan salah kau. Tapi kenapa kau nak pindah?" kata Eden, masih tidak percaya dengan keputusan Ashley untuk berpindah.

"Saya sudah buat keputusan ini, Eden. Saya mahu berterima kasih sebab sudah banyak tolong saya. Kau sentiasa tolong saya dan kau selalu percaya saya dari awal. Kalau bukan kau, saya mungkin tidak akan dapat lalui semua masalah saya di sekolah ini..."

"Bryend belum lagi minta maaf dengan kau. Kenzie juga masih belum bercakap dengan kau... Takkan kau mahu berpindah macam tu saja?" kata Eden tidak mahu mengalah.

"Saya tidak harap dorang untuk maafkan saya, Eden... Saya sudah maafkan dorang... Cuma, saya masih belum ada kekuatan untuk berjumpa dengan dorang. Saya juga tidak menyangka yang kami akan pindah dalam waktu yang terdekat ini."

Eden terus memandang Ashley.

Belum sempat mereka berkata apa-apa lagi, datang pula dua orang pelajar mendekati Ashley dengan suara cemas. Bila mereka sampai di dekat Ashley, terdengar nafas mereka kencang, mungkin mereka baru lepas berlari.

"Ashley.."

Ted hanya menyebut nama Ashley bila dia ditolak dengan kasar ke tepi. Hampir saja dia terjatuh ke lantai. Dengan perasaan geram, Ted memandang Raquel yang sudah menolaknya tadi.

"Wei, saya dengar kau nak pindah. Betul kah??" tanya Raquel pada Ashley.

Ashley yang melihat wajah kemerah-merahan milik Raquel kerana dia baru saja lepas berlari, Ashley tidak boleh berhenti, malah dia terus ketawa.

Giliran Ted pula menolak Raquel ke tepi. Raquel juga hampir terjatuh kerana Ted menolaknya. Dia mencebik meluat sambil melemparkan jelingan tajam pada Ted.

"Ash, kau biar betul??? Kenapa kau mahu pindah?? Kan semuanya sudah okey sekarang... Kenapa kau mahu risau pula?" kata Ted.

Raquel terus menendang pantat Ted kerana geram. "Isshhhh, kalau kau nak bercakap dengan dia tu, tunggu giliran lah!! Kau tidak nampak kah saya pun sedang bercakap dengan dia??"

"Kau yang tolak saya dulu!" balas Ted pula.

Raquel terus menampar belakang kepala Ted. Walaupun Ted itu tinggi dari Raquel, Raquel masih dapat memukul lelaki itu. Ted mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya.

Ted terus memandang Raquel dengan tajam. "Kau---"

Ashley yang melihat mereka itu terus ketawa kecil. Bila Ted dan Raquel memandang Ashley, Ashley hanya menutup mulutnya namun ketawa dia masih ada.

"Kenapa kau ketawa, Ashley? Apa yang lucu?" tanya Ted.

Ashley hanya menggeleng kecil. Tiba-tiba, dia teringat tentang sesuatu. "Oh, kalau korang ada di sini dan bukan di kelas, maknanya korang ponteng kelas lah ni, kan?"

Tiga orang kawannya itu saling berpandangan. Melihat mereka hanya diam, jadi betullah yang mereka ponteng kelas hanya untuk berjumpa dengan Ashley.

Ashley ketawa kecil. "Kalau di sekolah tidak boleh jumpa, di luar pun boleh. Saya masih ada masa sehari lagi esok dan kemudian, lusa baru kami akan pindah. Esok hari Sabtu, kalau korang nak... Kita boleh spend time..."

Raquel terus menumbuk lengan Ashley, tidak kuat dan tidak juga terlalu pelan. Cukup untuk buat Ashley mengadu sakit dan mengusap lengannya itu.

"Kau betul-betul mahu tinggalkan kami?" soal Raquel dengan suara yang perlahan tapi masih terdengar suara kasarnya.

Ashley terdiam. Dia tidak menyangka soalan itu akan keluar dari mulut Raquel. Dia hanya diam di sana dan memandang mereka.

"Saya baru saja nak buli kau... Tapi kau sudah nak pindah. Siapalah orang yang saya nak buli nanti?" kata Raquel lagi.

"Ingatkan kau tidak mahu buli orang lagi lepas kau berubah macam ni. Urgh!!---" Ted terus mengerang kesakitan bila Raquel menyiku perutnya. Ted menjeling Raquel lagi. Dia ni, ganas betul....

"Kita boleh stay in contact. Korang kan kawan saya juga. Saya tak akan lupakan korang lah," kata Ashley.

"Yalah tu... Kebanyakan orang yang pindah ke luar negara lupa akan kawan-kawan lama dia," kata Eden sambil dia berpeluk tubuh memandang Ashley.

Ashley tersenyum saja mendengarnya. Dia tahu tiga orang kawannya ini sedih sebab Ashley sudah nak pindah. Ashley juga sedih mahu berpisah dengan mereka. Dia baru saja kenal dengan mereka, tidak sampai setahun pun.

Mereka bercerita tentang beberapa hal lagi. Mereka berjanji akan berjumpa esok untuk meraikan perpisahan mereka. Setelah itu, masing-masing mengucapkan selamat tinggal.

Ashley pun kembali ke rumah setelah itu.

===

===

SEPERTI yang dijanjikan, mereka berkumpul di sebuah restoran yang tidak jauh dari tempat tinggal Ashley.

Ketika Ashley tiba di restoran itu, Ashley terkejut melihat ada Charles, Jared dan Herry di sana.

Charles dan Jared terus meminta maaf pada Ashley atas kejadian yang berlaku. Mereka sedar yang sepatutnya, mereka tidak boleh mengabaikan Ashley berkenaan dengan masalahnya.

Herry pula, pada mulanya teragak-agak kerana dia malu. Namun setelah dia mengucapkan kata maaf, lega pula hatinya. Apalagi bila Ashley bersedia untuk memaafkan dia.

"Kenzie dan Steven pun tidak datang?" tanya Ted.

Yang lain hanya menjungkitkan bahu mereka, tanda tidak tahu.

"Takkanlah Kenzie masih marah pada Ashley pasal hal tu? Perkara sebenar pun sudah terbongkar, kan? Saya dengar Sofia nak digantung sekolah tapi saya rasa dia akan pindah ke sekolah lain," kata Ted lagi.

"Baguslah kalau tu perempuan kena gantung sekolah. Kenapa Mellisa tidak kena gantung sekali??" kata Raquel sambil dia memasukkan biskut ke dalam mulutnya.

Ted terus menolak kepala Raquel dari belakang menyebabkan Raquel tersedak dengan biskut itu. Raquel terbatuk-batuk keras dan Ashley terus menyerahkan air untuk Raquel.

Sesudah keadaan Raquel membaik, Raquel menoleh ke arah Ted dengan wajah marah. Terus saja kepala Ted dipukul lagi.

"Argh!"

Yang lain hanya ketawa saja melihat Ted dipukul oleh Raquel.

"Macam mana dengan Bryend?? Dia masih tidak mahu bercakap dengan saya?" tanya Ashley pula.

Eden dan yang lain saling berpandangan. Sejak Bryend memisahkan diri dia dari yang lain, tiada sesiapa yang tahu tentang keadaan dia yang sebenar. Di sekolah pun, dia asyik mahu mengelak saja.

"Entahlah, Ash... Saya ada bagi tau dia pasal perjumpaan kita di sini.. Tapi dia tiada respon," balas Charles. "Jeremy pun masih lagi diam. Saya tidak pasti kalau dia nak jumpa kau sebelum kau jalan ataupun tidak."

Ashley mengeluh bila dia mendengar itu. Entah kenapa dia merasa sangat bersalah dengan Bryend. Mungkin sejak Ashley mengetahui yang sebenarnya Bryend menaruh perasaan padanya, membuatkan Ashley merasa bersalah. Lebih-lebih lagi bila Bryend tahu orang yang Ashley suka itu ialah kawan Bryend sendiri.

"Sudahlah, Ashley... Kalau dorang tahu dorang salah... Dan dorang nak minta maaf, dorang akan datang sendiri. Bukan kau yang perlu minta maaf. Sudah jelas-jelas semua ini bukan salah kau," kata Eden pula.

"Don't worry, Ash.. Kami akan ikut kau juga sampai ke lapangan terbang nanti," kata Raquel, masih memakan biskut dia.

Ashley tersenyum. Dengan senyuman hambar, dia menjawab, "Okey."

"Okey lah, mari kita sarapan dulu. Saya sudah lapar ni. Lepas ni, kita pergi ke taman tema, kan??" kata Charles pula.

Semua orang ketawa namun mereka tidak membuang masa. Mereka terus memesan sarapan mereka di restoran itu.

Di luar restoran itu, di sebalik kereta yang terparkir, sesusuk tubuh lelaki sedang berdiri di sebalik kereta itu. Memandangkan dinding restoran itu lutsinar, dia boleh melihat orang-orang di dalam restoran itu.

Dialah Bryend. Bryend tahu yang hari ini mereka akan berkumpul untuk merayakan hari terakhir Ashley di sini. Bryend mahu mengikuti mereka namun dia tidak sanggup. Dia tidak ada kekuatan untuk bertembung dengan Ashley.

Bryend merasa malu dan kecewa dengan diri dia sendiri. Kalaulah dia percaya dengan Ashley, sebagaimana Eden percaya dengan Ashley, mungkin sekarang ini, Bryend juga ada di sana dan ketawa dengan yang lain.

Kalaulah...masa boleh diundur...

===

===

KEESOKAN HARINYA, kawan-kawannya Ashley pun pergi ke lapangan terbang untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir untuk Ashley.

Ketika Ashley sudah mahu bergerak meninggalkan kawasan lapangan terbang, dia masih memandang sekeliling. Mahu mencari kelibat Bryend.

"Don't worry, Ash. Saya akan beritahu Bryend dan yang lain juga pasal ni. Kau janganlah risau pasal dorang lagi. Kau jaga diri kau baik-baik di sana," Eden memberikan nasihat terakhir kepada Ashley.

"Ashley, jangan lupa kami di sini, okey?" balas Jared.

"Kau assistant kami yang paling baik dan rajin. Kalau ada nasib, kita jumpa lagi," Charles juga tidak lupa mahu memberikan kata-kata terakhir dia kepada Ashley.

Raquel memeluk Ashley. Jelas terlihat kesedihan di matanya. "Goodbye, Ashley. Saya berharap yang kau boleh stay lebih lama... Tapi, apapun.... Saya doakan yang terbaik untuk kau di sana."

"Stay in contact, Ashley. Kami akan tunggu news dari kau kalau kau sampai di sana," kata Ted pula. Dia mengusap kepala Ashley untuk kali terakhir.

"Ashley, jangan lupa datang balik sini... Lawat kami kah apa.... Kalau kau ada masa la.." kata Herry pula.

Ashley tersenyum mendengar semua kata kawan-kawannya. Dia juga sedih untuk berpisah dengan mereka tapi apa boleh buat, sudah keputusan dia untuk ikut bapa dia pulang ke Sabah.

"Elley, jom pergi! Nanti kita lambat pula!" teriak Mr. Adham dari jauh. Sedari tadi dia hanya membiarkan saja Ashley bercakap dengan kawan-kawannya untuk kali terakhir.

"Okey, bapa!!"

"Saya dah nak jalan ni.... Okey, bye semua!!" Ashley memberikan pelukan terakhir kepada kawan-kawannya. Setelah itu dia kembali ke tempat bapanya berdiri.

"Bye, Ash...!!!"

"Bye-bye!!!"

"See you when we have a chance!!!"

Ketika Ashley sudah jauh dari pandangan kawan-kawannya, tiba-tiba nama dia dipanggil.

Ashley menoleh ke belakang dan melihat Bryend sedang berlari ke arahnya. Ashley terkejut lalu dia berhenti. "Bryend??"

"Kau tidak akan pergi sebelum saya ucapkan selamat tinggal, kan??" kata Bryend. Masih tercungap-cungap bila dia berhenti di dekat Ashley.

Jeremy muncul pula dari belakang Bryend. Dia hanya tersenyum kecil ke arah Ashley.

"Jeremy??"

"Nah, dari saya.. Jaga diri kau baik-baik di sana." Bryend menyerahkan satu bakul kertas berwarna merah kepada Ashley.

Ashley mengambil bakul kertas itu.

"Bye, Ashley. Kita jumpa lagi kalau ada nasib!" kata Jeremy. Dia mengusap kepala Ashley dengan senyuman kecil di bibirnya.

Ashley merasa terharu. Dia tidak menyangka yang dia dapat berjumpa dengan Bryend dan Jeremy untuk kali terakhir.

"Jangan risau tentang Kenzie, Ashley. Kami akan tolong jaga dia di sini," kata Bryend pula, tersengih memandang Ashley.

Terus saja wajah Ashley menjadi merah.

"Elley??"

"Saya dah nak pergi ni.... Thanks, Bryend, Jeremy..... Kalau ada masa, saya akan datang lawat korang di sini nanti!" kata Ashley.

Bryend dan Jeremy tersenyum lebar. "Sure, kami akan tunggu!" balas Jeremy.

Setelah mengucapkan kata selamat tinggal, Ashley terus menghampiri Mr. Adham dan Momy yang sedang menunggunya.

Ashley sempat melambai ke arah Bryend dan Jeremy sebelum dia pergi bersama keluarganya.

Bryend dan Jeremy saling berpandangan. Senyuman kecil muncul di bibir mereka. Mereka lega kerana dapat berjumpa dengan Ashley untuk kali terakhir.

Buat kali yang terakhir, Ashley memandang ke belakang, berharap dia dapat melihat Kenzie untuk kali terakhir.

Tapi dia tahu, Kenzie tidak mungkin akan datang untuk mengucapkan selamat tinggal padanya untuk kali terakhir.

Bye, Kenzie... Kalau takdir mengizinkan, kita pasti akan berjumpa lagi.....

Okey, bab baru keluar!!!

Saya rasa ramai yang teka Ashley akan pindah kan?

Dan, ya... Ashley sudah pindah.

Apa-apa pun, new life untuk Ashley di negeri Sabah. Hohohoho....

bbeatyybrrcreators' thoughts
Next chapter