webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Author: Flying Alone
Games
Completed · 806.9K Views
  • 856 Chs
    Content
  • 4.8
    18 ratings
  • NO.200+
    SUPPORT
Synopsis

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Chapter 1Mati Bersama

8 Mac 2039. Malam. Dalam sebuah suit mewah di tingkat 19, Hotel Grand Pavilion Tian Lun.

Walaupun keinginannya telah lama lenyap namun dia masih nekad untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Zhang Yang duduk di atas katil tanpa sehelai pakaian membaluti bahagian atas tubuhnya sambil merenung bantal yang kosong, hatinya penuh rasa tidak percaya atas apa yang berlaku.

Dia hadir sebagai tetamu… tidak… mungkin dalam kata lain… sebenarnya kehadiran dia di situ sebagai langkah terakhir untuk menghalang perkahwinan kekasihnya. Hanya kerana satu sebab yang kukuh… kerana dia bukan pengantin lelaki!

Zhang Yang dan Lin Yu mula mengenali satu sama lain melalui satu permainan video atas talian iaitu 'Keajaiban Tuhan'. Mereka bermusuhan pada mulanya, namun semakin hari semakin erat dan lama-kelamaan perasaan sayang mula berputik dalam hati masing-masing. Namun, latar belakang keluarga Lin Yu jauh berbeza dengan Zhang Yang. Keluarga Lin Yu berada di tahap kaya-raya di mana nilai aset mereka melangkaui billion! Kenyataannya, mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan anak perempuan kesayangan mereka kepada seorang lelaki yang tidak dikenali sepertinya.

Namun begitu, Zhang Yang juga bukan orang sembarangan yang tiada harta benda dan duit. Dia memiliki sebuah kediaman mewah, beberapa buah kenderaan berjenama dan ratusan ribu dalam akaun bank miliknya. Pada pandangan mata seorang wanita biasa, dia boleh dikatakan seorang lelaki yang sangat sempurna. Tetapi, bila dibanding dengan Keluarga Lin, wujud jurang yang terlalu besar antara mereka.

Walaupun dia berusaha keras, ahli-ahli Keluarga Lin tetap melayannya dengan dingin. Malah, mereka hampir mengusirnya keluar dari rumah! Satu-satunya perkara yang Lin Yu boleh lakukan ialah mengalirkan air mata untuk Zhang Yang. Lin Yu tidak sanggup menolak rancangan perkahwinan yang telah diatur oleh keluarganya untuk bersama dengan Zhang Yang. Akhirnya Lin Yu terdesak sehingga membuat keputusan supaya Zhang Yang tidak berjumpa dengannya lagi.

Zhang Yang tahu Lin Yu seorang gadis yang taat dan sangat menghormati orang tuanya. Ibunya telah mengugut untuk membunuh diri sekiranya Lin Yu tidak mahu memenuhi permintaan mereka. Ia menjadi satu sebab yang kukuh untuk Lin Yu bersetuju mengahwini satu-satunya anak lelaki Keluarga Liu yang juga kaya-raya seperti keluarganya, Liu Wei! Majlis perkahwinan mereka sepatutnya telah diadakan 3 atau 4 tahun yang lalu. Perkahwinan ini tertangguh kerana Lin Yu bersusah payah menolak rancangan tersebut. Kini, usahanya sia-sia.

Zhang Yang beredar dengan senyap dari majlis perkahwinan Lin Yu dan pulang ke bilik hotel. Hatinya remuk memikirkan gadis yang dicintainya akan menjadi isteri kepada lelaki lain. Dia minum berseorangan sebelum kembali ke biliknya dalam keadaan mabuk. Tiba-tiba, dia menerima satu panggilan. Dia tidak pasti apa yang dia kata kerana tidak lama selepas itu, seorang wanita datang dan terus baring di atas katil.

Pada masa itu, Zhang Yang terlalu mabuk untuk menyedari apa yang berlaku lantas dia terus melakukan 'aksi' tersebut setelah mereka berdua saling berpelukan. Ketika hampir klimaks, Zhang Yang mulai sedar dari mabuk dan mula menyedari dia mengenali wanita di hadapannya ini. Wanita itu ialah orang yang mengajar subjek Pengajian Bahasa Cina ketika di universiti dulu, Cik Yu Li!

Pada masa yang sama, Yu Li juga mengenali Zhang Yang. Aksi mereka juga berakhir apabila masing-masing mula berasa terlalu malu. Yu Li lebih berasa malu berbanding Zhang Yang. Dia tidak sangka akan bertemu bekas pelajarnya ketika dia bekerja sebagai seorang pelacur. Yu Li tidak dapat menahan perasaan malunya dan terus meluru keluar dari bilik itu tanpa meminta bayaran dari Zhang Yang.

Apabila melihat kesan ciuman yang ditinggal oleh Yu Li di dadanya, Zhang Yang menggeleng kuat kepalanya supaya peristiwa malam itu lenyap dari mindanya.

Tapi, mengapa Yu Li berhenti menjadi guru dan menjual dirinya di hotel sebagai seorang pelacur? Seperti dia ada sebab tertentu mengapa dia berbuat begitu. Mungkin gaji sebagai seorang guru tidak mencukupi, atau mungkin dia tidak bernasib baik dalam hubungan cinta dan dipaksa oleh teman lelaki ataupun suaminya untuk melakukan kerja tersebut. Ataupun dia mungkin memerlukan bantuan kewangan bagi merawat penyakit kedua ibu bapanya.

Zhang Yang tidak ada masa untuk berfikir tentang Yu Li kerana sekarang, sementara dia telah sedar, dia sedang diseksa oleh kesakitan dalam hatinya. Dalam fikirannya, hanya ada seseorang yang dia fikirkan, Lin Yu.

'Bang!'

Kedengaran bunyi pintu dipecahkan apabila dua lelaki bertubuh sasa berpakaian sut lengkap berkaca mata gelap merempuh masuk ke dalam bilik. Riak dingin di wajah mereka dan susuk tubuh mereka seakan membawa niat kuat untuk membunuh.

Mengekori di belakang mereka, kelihatan satu tubuh biasa, seorang lelaki berjalan masuk dengan berpakaian sut formal berwarna putih dan sepasang cermin mata berbingkai emas. Rupa parasnya tampan untuk seorang anak muda, wajahnya juga dihiasi satu senyuman kecil yang menunjukkan dirinya seorang lelaki budiman.

"Liu Wei!" Zhang Yang serta-merta mengenali lelaki muda itu sambil mengetap giginya.

Salah seorang lelaki bertubuh sasa itu menarik kerusi dan Liu Wei terus duduk di atasnya. Dia menyilang kakinya lalu berkata, "Kau mesti tertanya-tanya kenapa aku sanggup tinggalkan isteri yang baru aku baru kahwin semata-mata untuk ke sini di tengah malam."

"Hmph, berhenti mengarut!" tutur Zhang Yang dengan dingin sambil merenung tajam 'lawannya' itu. Zhang Yang dan Lin Yu tahu Liu Wei bertekad mahu mengahwini Lin Yu. Hakikatnya, bukan kerana atas perasaan cinta kepada Lin Yu, tetapi kerana kekayaan dimiliki Keluarga Lin. Kedua - dua Keluarga Lin dan Liu merupakan peneraju utama dalam dunia perniagaan. Jika mereka disatu melalui ikatan perkahwinan, mereka bersama-sama mampu menguasai pasaran secara meluas.

Liu Wei ketawa tetapi riak wajahnya tidak menunjukkan sebarang tanda lucu. Dia berkata, "Mana-mana perempuan milik aku tidak sepatutnya ada lelaki lain dalam fikiran mereka. Dan sekiranya mereka ada, aku hanya benarkan mereka mengingati seorang lelaki yang telah mati! Kau faham, Zhang Yang?"

Zhang Yang tergamam. Dia tahu lelaki ini, satu-satunya anak lelaki Keluarga Liu akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Tapi ini hotel, tempat awam. Ini mengarut!

"Tak perlu rasa terkejut! Kawasan Ji di bawah pengaruh keluarga aku. Kalau aku buat langit berlubang, akan ada orang yang menampalnya untuk aku." Liu Wei ketawa dingin sebelum menyambung kata-katanya, "Perempuan tak guna itu telah tangguh perkahwinan ini selama 4 tahun disebabkan kau! Hmph! Selepas selesai urusan aku dengan kau, aku akan kembali dan menjaganya dengan baik."

Zhang Yang mula berang, lantas bingkas bangun dari katilnya dan menjerit, "Kalau kau berani sentuh dia, walau sehelai rambut pun, aku akan bunuh kau!"

"Haha, bukan setakat sehelai rambut aku akan sentuh, aku rosakkan dia, malah rosakkan dengan sangat teruk! Perempuan tak guna itu dah banyak kali tidur dengan kau, bukan? Perempuan jalang itu yang buat aku jadi jahat! Wajah tampan Liu Wei mula hilang.

"Tak guna!" Jerit Zhang Yang lantas menerpa ke arah Liu Wei.

Liu Wei ketawa sinis dan mengarahkan dua lelaki bertubuh sasa itu, "Campak dia keluar dari beranda!"

"Baik, bos!" Jawab mereka dengan pantas dan terus mengikut arahan.

Liu Wei sangat yakin dengan pengawal peribadinya yang berpengalaman dan dengan tenang berkata, "Seorang lelaki kecewa kerana putus cinta, telah membunuh diri dengan terjun dari beranda. Menarik bunyinya kalau dijadikan tajuk utama surat khabar esok. Aku nak tengok apa reaksi perempuan itu dengan berita ini. Reaksi mukanya mesti sangat kelakar!"

Namun, Zhang Yang tidak menunjukkan rasa takut langsung. Sejak kecil lagi, dia telah kehilangan kedua-dua orang tuanya dan sejak dari itu dia mula memberontak. Kemudian, tiada siapa yang mengambil kisah tentang salah lakunya dan secara tidak langsung dia menjadi samseng kecil tempatan. Namun, perlahan-lahan dia berubah sejak melangkah ke alam universiti. Dia berhenti dari terlibat dalam pergaduhan, malah dia melibatkan diri dalam persatuan seni mempertahankan diri dan menyertai perlawanan yang sah.

Dia mempunyai tubuh badan yang kuat dan fleksibel sejak lahir. Setelah hampir dua tahun menyertai persatuan itu, dia telah menewaskan jurulatih Juara Pertandingan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan yang ke-9. Tahun berganti tahun, dia tidak pernah berhenti berlatih dan membawa kepada tahap kekuatan yang tiada tolok tandingnya.

Dua lelaki ini semestinya mempunyai tahap kemahiran tertentu untuk menjadi pengawal peribadi Liu Wei. Namun, di mata Zhang Yang, mereka bukan sesiapa.

'Bang! Bang! Bang! Bang!'

Tumbukan Zhang Yang terlalu pantas ibarat arus elektrik yang mengalir laju. Kakinya bergerak seperti ular dan dengan jurus 'Tumbukan Kacau Bilau Silap Langkah', dia menyerang mereka berdua sehingga mereka tidak berpeluang untuk memberi serangan balas.

Liu Wei berasa terkejut dan marah. Dia tidak pernah tahu Zhang Yang memiliki keupayaan yang luar biasa. Tanpa berfikir panjang, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah Zhang Yang.

Zhang Yang tidak hairan jika keluarga berpengaruh seperti Keluarga Liu memiliki senjata api. Malahan, dia lebih terkejut apabila Liu Wei akan melepaskan tembakan di tempat awam! Sementara itu, matanya melihat lubang hitam pada muncung pistol milik Liu Wei, serta-merta dia mengalihkan tangannya dan menembak salah seorang pengawal peribadi yang berjalan terhuyung-hayang di hadapannya, sambil menghalang bahagian hadapannya.

'Pa!'

Apabila bunyi tembakan yang kuat semakin menghilang, kelihatan tompokan darah merah segar pada jaket pengawal peribadi tersebut. Lelaki itu rebah ke tanah sebelum sempat meraung kesakitan.

Liu Wei tidak berhenti setakat itu, walaupun dia tergamam seketika, dia kembali mengangkat pistolnya dan mengacukan pistol tersebut ke arah Zhang Yang.

Zhang Yang, seorang yang tidak mudah gentar akan pihak lawan menerpa ke arah seorang lagi pengawal peribadi itu. Dia menjadikan lelaki tersebut sebagai perisai hidup dan terus menuju ke arah Liu Wei.

Lelaki itu nampak Liu Wei sedang mengacukan pistol tepat ke arahnya. Dalam ketakutan, peluh dingin mula membasahi lelaki itu lalu dia menjerit, "Tolong Boss Liu, jangan tembak! Jangan tembaa- "

'Pa! Pa! Pa! Pa! Pa! Pa!'

Dalam keadaan hanya mementingkan dirinya dan tidak menghiraukan apa pun, mustahil untuk Liu Wei mendengar rintihan orang bawahannya sendiri. Dia menarik picu pistol berkali-kali, melepaskan 6 das tembakan sekaligus menghabiskan kesemua pelurunya.

Di sebalik asap, kesan luka tembakan jelas kelihatan di badan, dada dan kepala pengawal peribadi tersebut. Dia mati sebelum ajal sempat menjemputnya. Zhang Yang menolak badan itu ke tepi dan segera menuju ke hadapan menolak Liu Wei semasa Liu Wei sedang mengisi semula pelurunya.

Sepantas kilat, Zhang Yang muncul dari sebalik tubuh mayat lelaki tersebut. Dia melepaskan tumbukan padunya sekuat hati dan menumbuk tepat pada muka Liu Wei.

Tumbukan yang berbisa itu menyebabkan cermin mata berbingkai emas milik Liu Wei terpelanting jauh. Darah pekat mengalir laju dari kesan luka yang baru diterimanya.

Zhang Yang mengheret Liu Wei keluar dari bawah mayat lelaki itu dan sepantasnya, diikuti dengan satu lagi tumbukan.

"Ah!"

Dia menjerit kesakitan berkali-kali. Liu Wei seorang lelaki yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya, dia tidak pernah dan tidak akan dapat menahan kesakitan seperti ini. Hakikatnya, dia masih seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Dengan renungan mata yang berniat jahat, dia merenung tajam Zhang Yang dan berteriak, "Bodoh. Berani kau serang aku! Kau akan mati! Bukan sahaja aku akan bunuh kau, malah aku akan cincang mayat kau dan bagi anjing makan!"

Sebaik mana pun seseorang itu mengawal kemarahannya, bila nyaris ditembak sebanyak 7 kali, dia tetap akan hilang akal. Kemarahan Zhang Yang semakin membuak-buak. Selepas mendengar kata-kata ejekan Liu Wei, kemarahannya tidak dapat dibendung lagi lalu melepaskan satu lagi tumbukan. Terdengar sorotan bunyi 'Pa!', wajah Liu Wei berlumuran darah dan 'Wa', dia meludah keluar 7 atau 8 batang giginya yang patah.

'Bos Liu! Bos Liu!' kedengaran beberapa suara yang bergema memenuhi ruang koridor dan beberapa orang pengawal peribadi bertubuh sasa masuk ke dalam bilik dengan pantas. Sebahagian daripada mereka kelihatan mempunyai bonjolan di pinggang mereka, menunjukkan mereka membawa beberapa senjata api. 

Liu Wei kembali sedar dan dengan suara yang nyaring dia menjerit, "Bunuh dia! Bunuh dia!"

'Qiang! Qiang! Qiang!'

Setelah menerima arahan, pengawal-pengawal peribadi itu menuju ke arah Zhang Yang. Sebahagian daripada mereka mula menarik keluar pisau mereka.

Darah Zhang Yang mula menitik keluar dari pinggangnya. Walaupun dia telah melindungi dirinya dengan badan mayat tersebut, badannya masih terkena tembakan. Beberapa minit kemudian, dia dapat merasakan tenaganya turun secara mendadak. Penglihatannya mula kabur dan dia tahu dia akan pengsan bila-bila masa sahaja.

Dalam situasi seperti ini, untuk dirinya kekal sedar pun sangat sukar, apatah lagi untuk berlawan dengan lelaki-lelaki bertubuh tegap itu.

Zhang Yang memberi renungan maut pada Liu Wei dan dengan suara yang perlahan dia berkata, "Adakah apa yang aku akan buat ini akan mengurangkan beban orang lain?"

Dalam tawa yang kuat, Zhang Yang merentap Liu Wei dan terus menerpa ke arah beranda. Seakan mendapat momentum yang tidak dapat dihentikan, kedua-dua mereka melayang di udara sebelum terjunam ke bawah dari tingkat 19 seperti dua tahi bintang.

You May Also Like
Table of Contents
Volume 1
Volume 2
Volume 3