Bahagian yang paling bahaya bagi kemahiran <Rasuk > adalah kebolehannya untuk mengawal pemain. Pemain-pemain yang telah dikawal oleh bos akan lebih bahaya daripada bos sendiri. Oleh itu, Zhang Yang dan ahli pasukannya menyimpan HP mereka sehingga ke paras bahaya iaitu sebanyak 10% untuk tidak dirasuk oleh bos.
Bagi pemain-pemain normal, walaupun jika bos tidak mempunyai kemahiran <Rasuk >, <Perangkap Bayang> dan <Cincin Bayang> sudah sangat sukar untuk diuruskan. Sementara mereka menangkis salah satu daripada serangan itu, mereka mungkin diserang oleh serangan yang lain. Setiap serangan boleh menghasilkan sekitar 300,000 kerosakan ke 400,000 kerosakan! Jadi, betapa ramainya pemain dalam permainan ini mampu untuk mengekalkan kerosakan yang banyak dari semasa ke semasa?
Namun, bagi pemain-pemain peringkat Tinggi, bos akan mudah untuk dibunuh jika bos tidak mempunyai kemahiran <Rasuk >.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com