webnovel

Empat : Penjelasan

Sejak peristiwa itu, hubungan antara Ad, Dodo, Sumire, dan Emma menjadi semakin akrab. Dodo juga sudah meminta maaf kepada Emma kerana melibatkan nama Emma dalam masalah mereka sebelum ini. Kini, Ad dan Emma tidak lagi berdua kemana-mana kerana Dodo dan Sumire selalu ikut bersama mereka. Kadang-kadang, mereka berempat pergi sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh Dodo, memandangkan Dodo sudah mempunyai lesen kereta.

Suatu hari, mereka berempat merancang untuk pergi ke Pantai Sunset di daerah sebelah. Pantai itu terkenal dengan keindahannya dan sering menjadi tempat orang melancong. Tanpa berbincang panjang, mereka semua setuju untuk pergi. Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Mereka semua bersiap-siap di rumah masing-masing. Ad dan Emma menunggu Dodo menjemput mereka di rumah Ad untuk menghemat waktu.

Tidak lama kemudian, Dodo dan Sumire tiba dan mereka pun bergerak menuju Pantai Sunset. Jarak ke Pantai Sunset adalah sekitar satu jam perjalanan jika tidak ada kesesakan lalu lintas. Di dalam perjalanan itu, mereka saling menyanyi bersama mengikuti lagu yang diputar di radio kereta.

Akhirnya, mereka sampai di Pantai Sunset. Mereka terpegun melihat keindahan alam dan udara pantai yang terasa sangat segar.

"Indahnya! Kenapa baru sekarang Emma tahu pantai ini wujud?" ujar Emma dengan penuh kagum.

"Emma kena banyakkan tengok media sosial lain kali ya. Jangan tengok Ad saja," balas Sumire sambil tersenyum.

"Sumire perli Emma ya," balas Emma sambil ketawa.

"Eh, tengok di sana ada tapak sulaiman," kata Ad sambil menunjuk ke arah sesuatu.

Emma memegang tapak sulaiman yang baru dia temui. "Jaga-jaga, Emma. Tapak sulaiman boleh mengigit tau," kata Ad sambil tersenyum.

Emma terkejut dan segera melempar tapak sulaiman itu. "Saya gurau saja, Emma. Tapak sulaiman itu sudah mati, tak mungkin dia nak mengigit," kata Ad sambil ketawa.

Dodo dan Sumire juga turut ketawa. "Ad ini pun nak mengusik Emma pula ya. Ad, Emma mahu pergi ke sana ya. Mana tau ada tapak sulaiman yang lebih besar. Jom, Sumire, kita pergi sama-sama," ajak Emma.

"Jom," balas Sumire sambil tersenyum.

"Emma, jangan pergi jauh-jauh sangat nanti sesat susah kami nak mencari," pesan Ad kepada Emma.

"Iya, Ad. Emma tahu," balas Emma sambil tersenyum.

Emma dan Sumire pun berjalan di sepanjang pantai. Sementara itu, Ad dan Dodo duduk di alas yang sudah dibentangkan dan menyediakan makanan yang dibawa dari rumah. Mereka duduk santai sambil menikmati pemandangan pantai. Tiba-tiba, Dodo berdiri di hadapan Ad.

"Biar saya berterus terang saja ya, ini mungkin kejutan untuk kamu tapi memang perlu untuk kejutkan kamu. Sebenarnya sekarang ini kamu sedang berada dalam koma. Ini bukan dunia kamu, Ad. Ini bukan kamu yang sebenarnya. Kamu yang sebenarnya sedang terbaring di hospital," kata Dodo dengan serius.

Ad terpaku. Dia tidak dapat mempercayai apa yang baru saja didengarnya. "Lagi-lagi kau mula dengan merepek kau tu!" balas Ad dengan nada marah.

"Apa kamu ingat hidup kamu yang sebelum ini? Setahun lepas apa yang terjadi? Apa kamu ingat saya siapa? Sumire siapa? Kita bukan kawan yang baru kenal. Kita sudah kenal lebih dari itu. Cuba kamu ingat, Ad. Cuba kamu lihat parut di tangan kamu itu sebab apa?" kata Dodo dengan nada yang serius.

Ad cuba mengingat tetapi tidak dapat mengingat apa-apa. Apa yang dia ingat hanya pada saat dia bangun ke sekolah di mana itu hari pertama Emma masuk ke sekolah itu.

Tiba-tiba, Emma dan Sumire datang. "Eh, ada drama apa ni?" tanya Emma dengan nada yang penasaran.

"Tidak ada apa-apa, Emma. Saya dan Ad cuma merancang nak makan kat mana je lepas ni," jawab Dodo dengan cepat.

"Wah, iya ke? Kemana tu, Ad?" tanya Emma kepada Ad.

"Err…kita makan di restoran makanan laut di hujung sana," jawab Ad dengan nada yang tidak pasti.

Mereka pun mula mengemas dan berjalan menuju ke restoran makanan laut tersebut sebelum pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang, Ad hanya terdiam. Dia hanya memikirkan hal yang dikatakan Dodo tadi. Dalam hatinya, dia merasa bahwa Dodo hanya merepek. Semua yang dia lihat jelas dan nyata, darimana pula dia dalam keadaan koma. Tapi kenapa dia juga terfikir kenapa dia tidak dapat mengingat apa-apa yang berlaku pada hari-hari yang lepas?

Dia teringat juga apa kata Dodo sebelum Emma dan Sumire datang kepada mereka di pantai sebentar tadi. "Semakin kamu sayang dan tak mahu lepaskan Emma semakin kamu sukar untuk bangun, Ad. Jika kamu dah fikirkannya, datanglah pada Sumire," kata Dodo dengan serius.

Hari pun berlalu, Ad merasa sangat malas untuk kemana-mana. Fikirannya bercelaru. Ad hanya berbaring di katilnya. Dia cuba mengingat semula hari-hari yang lepas tetapi tidak dapat. Dia bangun dan membuka laci di biliknya. Dia hanya mengikut nalurinya. Terlihat ada sebuah photobook. Lalu dia membukanya dan agak terkejut melihat ada gambarnya bersama-sama Sumire dan Dodo waktu itu mereka di sekolah tahap 1.

"Kenapa aku tak ingat kenangan ini?" tanya Ad kepada dirinya sendiri.

Ad mula berjumpa dengan Sumire. Mungkin dia ada jawapannya. Dan mereka bertemu. Ad bertanya kepada Sumire, "Sumire, kenapa saya tak ingat apa-apa? Apa berlaku antara kita? Apakah dunia ini hanyalah mimpi saya di dalam koma?"

Sumire mula membuka mulut. "Ad seorang yang periang, Ad seorang yang suka ketawa. Saya sangat kenal Ad. Itu Ad pada dua tahun yang lepas. Ad juga ada sahabat, ada teman akrab. Tapi dua tahun itu juga semuanya berubah selepas munculnya Joey," kata Sumire dengan nada yang serius.