"Kamu perempuan bodoh, cakap elok-elok! Kami bukan peras ugut kamu. Kami minta pampasan yang munasabah. Ini dikira sebagai salah laku perubatan. Kamu tahu tak? Ini bukan sahaja tanggungjawab kamu, tapi hospital ini sekali. Kami sudah bercakap dengan peguam."
"Hah, saya teringin nak tahu siapa yang ajar kamu." Sekali pandang sahaja, Huo Mian tahu yang lelaki di hadapannya tidak begitu berpendidikan dan mungkin tidak begitu arif tentang keadaan ini. Pesakit dan bayinya sembuh dengan baik tetapi tiba-tiba mereka di sini, membuat kecoh. Pasti ada seseorang yang mengajar mereka.
Seperti yang dijangka, sebaik sahaja Huo Mian bertanya, air muka ketua kumpulan tersebut, iaitu abang sulung kepada pesakit segera berubah.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者