webnovel

1. Labirin

"Ini.."

Eloise melihat keadaan sekelilingnya. Dia hanya dapat melihat satu jalan di depannya.

"Ini macam sebuah labirin"

Eloise menarik hujung bibirnya ke atas. Dahinya sudah mula berkerut. Gadis usia dua puluh dua tahun itu memikirkan tentang kesalahan apa yang lakukan untuk berada di dalam situasi itu kerana sebaik sahaja dia membuka matanya, dia berdiri di tempat itu sambil memakai gaun putih polos.

"Hmm.."

Gadis itu menarik nafas. Dia juga meregangkan kedua tangannya yang terasa kebas.

"Mari lihat apa yang ada di hujung jalan ini"

'Ini seperti sebuah labirin yang pernah aku lihat di anime akan dindingnya adalah batu. Walaupun saya merasa debaran ketika melihat watak utama melalui jalan labirin, saya tidak mahu menjadi yang mengalaminya!'. Gadis itu mengekalkan senyumannya yang semakin melebar. Dia merasakan satu bebanan berat di hatinya.

Sepanjang dia berjalan, dia dapat melihat tanda-tanda di dinding dengan tulisan seperti

[Anak yang jenius]

[Anak yang baik]

[Anak yang berbakti]

dan ia mulai bertukar sedikit yang membuat Eloise bergidik ngeri

[Anak keempat]

[Sayangnya dia adalah anak keempat]

[Dia tidak banyak berbicara]

[Dia susah untuk di dekat]

[Tuan Emanuel ketinggalan dari adiknya sendiri]

[Tuan Emanuel tidak menyayangi Tuan Esther]

[Tuan Esther yang menyakitkan Tuan Elijah]

[Tuan Esther tidak menyenangi dengan keberadaan Tuan muda berkembar]

[Tuan Emanuel benci dengan Tuan Esther]

Kerutan di wajah Eloise semakin bertambah. Dadanya terasa sesak, seperti sedikit sukar untuk bernafas. Dia segera mengarahkan tangan kanannya ke tengah dada. Dia mencengkam dadanya.

'Dasar tulisan-tulisan aneh. Bukannya ada kaitan dengan saya!'

Eloise mempercepatkan langkahnya sehinggalah dia jumpa persimpangan dua jalan. Jalan sebelah kiri dipenuhi dengan tulisan-tulisan seperti yang dia jumpa. Hanya tulisan itu seperti ditulis dengan perasaan yang kusut. Eloise dapat melihat aura-aura gelap keluar dari jalan itu.

Manakala jalan kedua pula penuh dengan aura kosong dan lukisan-lukisan sebuah keluarga yang hitam putih. Di setiap lukisan itu, orang-orang yang di lukis, tiada wajah. Namun, akan tetap merasakan lukisan-lukisan yang memandang tajam ke arahnya. Walaupun dia belum memilih jalan dari dua persimpangan itu.

'Sangat menyusahkan'. Eloise tidak beberapa suka dengan pilihan, apa lagi untuk memilihnya. Dia tidak suka kerana hasil yang akan menunggunya. Dia sering mendapat hasil dari pilihan yang dia lakukan sesuatu yang menjengkelkan atau menyusahkan. Akan tetapi dia juga tidaklah suka jika pilihan yang diberikan, dia terpaksa mengambilnya. Eloise Quest akan sangat tidak suka. Eloise mula berfikir tentang alasan dia berada di sana dan bukannya di tempat roh yang telah mati.

JIINGGG...

DKKKKK...

Eloise berpaling ke belakang dan melihat jalan yang sebentar tadi bertukar menjadi dinding. Matanya berkedut sedikit. Bibirnya melebar dan mula melangkah ke jalan yang pertama. Dia mengikut gerak hatinya.

'Lalui saja jalan pertama. Hasilnya nanti kita terima je'. Dengan senyuman, Eloise menenangkan hatinya.

'Kalau hasilnya buruk, salahkan saja gerak hati dan diri yang bodoh. Kerana tetap mengikut gerak hati'. Eloise mula mengutuk dirinya sendiri. Matanya tetap melihat ke depan tanpa melihat sebelah yang ada tulisan yang memberinya perasaan ngeri dan berat hati. 'Tak apa. Kalau mati buat kali kedua, tak apa. Kan kita sudah mati... Teringat saya terus dengan Dazai. Sayang kita tidak dapat melihat penghujung anime BSD'.