Grrr....
Grrr...
Xielan mengangkat kepalanya dan memandang ke arah pintu didekatnya itu. Keningnya berkerut.
Kenapa dia seperti terdengar bunyi orang melangkah dan suara menderam pula ni?.
Ada anjing terperangkap kat dalam bilik staf itukah?.
Dia mengambil begnya. Dan menarik tangan Weixin. Biarpun budak ini bising dan mengganggu zone comfortnya tapi budak ini jugalah yang banyak bagi dia maklumat yang dia tak tahu.
"Kenapa Xie gege?" Hairan Weixin. Dia cepat-cepat menzip begnya dan disikutnya.
"Shhsss...berdiri dekat Mr Muscle" Bisik Xielan. Dia memandang Mr Muscle yang turut memandang ke arah pintu staf itu. Dahinya juga berkerut.
"Wah! Banyak betul makanan kat sini! Kalau beg saya besar pasti semua ini saya angkut semua!"
Kedengaran suara teruja perempuan berusia lingkungan 30an. Dia ialah salah satu wanita yang sibuk makan tadi dan sekarang baru bertindak mengisi begnya dengan makanan yang terdepat di rak makanan segera.
Namun mulut masih mengunyah.
Really? At this time baru kau bersuara? Dah tu dengan suara yang kuat?!. Adakah ini yang dinamakan the legendari watak cannon fodder yang sering membuat para pembaca mahu muntah darah dengan sikap menyakit hati mereka?! Yang sering muncul apabila situasi sangat genting?.
"Yeah!!! Banyaknya makanan! Sudah seminggu aku tak makan! Heaven!"
"....."
Xielan mahu memandang ke langit dengan muka pasrah namun tidak dapat sebab....
Baaam!!!!!
Grrr...!!!
Grrrr....!!!!!
Tiba-tiba pintu staf ditarik kasar dari dalam sebelah.
Sekumpulan zombie tiba-tiba muncul dan menyerbu dari bilik staf itu ke tempat mereka.
"Wait!!! Zombie pandai tarik pintu?!!!" Terkejut Xielan.
Weixin memandang ke arah Xielan seperti dia orang tak siuman.
"30 minit mempertahankan diri sendiri"
Kata Mr Muscle sebelum dia melangkah keluar dari pintu dan menguncinya dari luar dengan memunculkan logam ditapak tangannya.
Begitu pantas dia bergerak dari depan Weixin dan Xielan yang baru mahu plan berlindung dibelakangnya.
"Fu*k!!! Apa kamu buat?! Kami nak keluar!!!"
Tengking mereka yang di dalam itu.
"Buka!! Kami nak keluar!! Selamatkan kami!!"
Bam!!
Bam!!
"Apa kita nak buat sekarang?!"
Panik Weixin dia tak sangka mereka akan dikurung di dalam oleh Mr Muscle. Pucat mukanya apalagi setelah melihat semakin banyak zombie yang muncul dari balik pintu bilik staf itu.
Xielan pula tanpa banyak lengah masa menendang besi tempat kain disangkut. Kain sudah tiadalah sebab mungkin sudah diangkut oleh orang lain yang datang sebelum mereka.
"Apa kamu buat?!" Soal Weixin yang berusaha bersembunyi dibelakang Xielan.
"Cari senjata. 30 minit pintu akan dibuka. Kita kena bertahan dalam masa 30 minit. Kalau tidak kita semua akan mati"
Kata Xielan. Suaranya tenang. Mata pula memandang Mr Muscle yang hanya berdiri memandang mereka di luar. Wajahnya langsung tidak berubah. Tegang dan serius. Seperti sedang melihat rancangan tv.
Nampaknya teori dia tadi memang benar.
Mr Muscle dan pasukannya bukan setakat pelarian biasa. Mereka juga seperti sedang mengumpul orang yang boleh dijadikan orang mereka. Atau lebih tepat mereka sedang mengumpul orang yang boleh dijadikan seperti 'askar' untuk pangkalan mereka.
Dan untuk mencari 'askar' itu mereka harus menguji semua orang yang mereka selamatkan sebelum dibawa ke Pangkalan Hitam.
Xielan tidak mahu banyak fikir sekarang dan tidak mahu banyak komen. Yang paling penting sekarang dia kena bertahan selama 30 minit sebelum ujian pertama yang dikenakan kepada mereka semua berakhir. Hal lain boleh bincang. Itupun jika dia selamatlah dalam masa 30 minit ini!.
Mereka sekarang ada 40 orang newbie.
Semua berbeza umur. Mungkin yang paling muda ialah dia dan Weixin.
Zombie pula ada sekitar 18 zombie dan masih bertambah.
Dia memandang pintu staf laluan zombie masuk ke ruang ini.
Xielan menyerahkan besi panjang ditangannya kepada Weixin yang ingin menirunya menendang besi tempat sangkut kain itu. Tahun depan pun mungkin tak dapat.
"Thank you Xie gege". Mahu menangis Weixin. Memang naluri dia untuk mendekati lelaki muda ini ialah langkah yang betul!.
Dia menendang besi untuknya lagi.
Mujur mereka sudah menjauhi pintu staf tadi kalau tidak mereka pasti sudah tidak sempat untuk mencari senjata dan bersiap sedia.
30 minit. Bukan 30 saat.
Waktu yang amat panjang dalam situasi genting seperti ini. 1 saat berlalu sudah terasa bertahun apatah lagi 30 minit!.
Bam!!!
"Buka!!!"
Bam!!
"Tak guna!!! Pembunuh!!! Buka pintu ini!!"
Bam!!
Pang!!!
Siap ada lelaki yang mengambil bangku dan berusaha memecahkan cermin kedai namun tidak berjaya sebab kaca di dalam kedai itu ialah kalis peluru jadi memang agak tebal dan kuat. Apalagi Mr Muscle akan menghasilkan logam untuk menutup cermin yang retak.
"Manusia evolusi logam"
Kata Weixin.
Xielan mengangguk. Dalam hati kagum. Akhirnya tercapai juga impian dia mahu melihat manusia yang mempunyai ability!.
Grrr.....
Grrrrr.....
"Argh!!! Pergi! Jangan dekat!!" Jerit perempuan berbadan besar yang tadi bersuara teruja. Kini di depannya ialah zombie lelaki yang matanya sudah meletup dan kulit-kulit mereput busuk.
Xielan yang hampir dengan wanita itu tanpa banyak fikir melibas besi ditangannya ke kepala zombie lelaki itu.
Crasss!!!!!
Crackkkk!!!
Bunyi tulang patah dan retak kedengaran kuat.
"Arrgghhh!!!!!!"
Namun bukan zombie itu sahaja rupanya yang mensasarkan wanita itu namun ada lagi zombie yang terlindung dari rak menyerang wanita itu.
Zombie yang baru muncul itu membuka besar mulutnya dan membenamkan giginya yang berwarna kuning ke leher wanita itu dan menggigitnya sebelum menarik kuat daging dimulutnya.
Sassshhh.....
Di depan mata Xielan dia ternampak bagaimana urat leher wanita itu ditarik oleh gigi zombie itu.
Pucat terus Xielan. Dia terkedu apabila darah terpercik ke mukanya.
"Xie gege! Belakang!!" Jerit Weixin memberi amaran cemas kepada Xielan yang terkejut dengan kematian wanita itu yang cuba diselamatkannya sehingga lupa yang ada lagi zombie di dekatnya.
Xielan melompat dari tempat dia berdiri.
Bush...!!
Kuku tajam zombie itu yang cuba menerkamnya hanya 3 inci lagi akan menyentuh lehernya jika dia tak lompat tadi.
Grrr!!!!!
Marah apabila mangsanya menghilang dari depannya zombie itu menderam kuat. Dia bergerak dengan badan tegaknya ke arah Xielan yang tidak jauh darinya.
Xielan tanpa banyak fikir lagi mengangkat besi ditangannya dan memukul kepala zombie itu.
Pang!!
Crakk!!!
*****
Author note:
Untuk aksi pertarungan akan berlangsung sehingga chapter seterusnya sebab saya nak berlatih menulis aksi pertarungan secara detail. That my weakness so i want to overcome it...! Bear with me okei...😉
MC belum tahu dia sekarang berada dalam dunia novel. Nanti setelah dia menerima ingatan 'Xielan', baru dia akan tahu apa peranan dia di dalam novel itu. Sebagai cannon fodder, protaganist ataupun antagonist tiada siapa yang tahu....even ur author🤣