Ling Lan memandang Li Shiyu dengan bersahaja. Selepas semua orang bertenang, dia berkata, "Situasi ini memberi kelebihan pada kita. Lanfeng akan terus perdayakan komander rejimen. Kita yang lain..."
Ling Lan berubah serius. Dia terus memberi arahan, "Kita akan cari semua maklumat berkaitan Puak Mecha 250 secepat mungkin."
"Baik, kapten!" Semua orang berdiri untuk menerima arahan.
Selepas memberikan arahan, Ling Lan mengetuai ahli pasukannya ke jabatan logistik untuk mengambil pakaian seragam baru, barang-barang keperluan harian serta cadar katil. Selepas itu, waktu makan telah tiba jadi mereka semua bergerak ke kantin.
Pengendali mecha yang lain di dalam Puak Mecha 250 masing-masing keluar dari bilik asrama dan bergerak ke kantin. Bagi mereka, tiada apa yang penting selain makan, tidur sekalipun tidak sepenting ini.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者