Bermula dari saat mereka mendapat tahu tentang pencerobohan udara hingga kini, dalam tidak sedar, sudah dua jam berlalu. Malam masih pekat dan musuh masih gagal menembusi barisan pertahanan pasukan tentera darat. Sementara itu, musuh yang baru tiba, tidak memberi impak besar disebabkan penentangan habis-habisan daripada semua mecha kelas khas tentera Persekutuan. Pertempuran ini sekali lagi mencapai kebuntuan.
Komander tentera darat itu sudah lali menerima laporan korban yang bertali arus. Daripada mengalami keperitan jiwa yang mendalam dia menjadi tidak berperasaan. Ini kerana dia sendiri tidak tahu, mungkinkah dia akan berkongsi nasib yang sama dengan pahlawan-pahlawan ini dan terkorban dalam pertempuran di planet ini ...
"Tengok, apa di atas sana ...?" Seorang pegawai turus tiba-tiba menjerit terkejut. Dialah yang telah ditugaskan untuk memantau medan tempur dan pada ketika itu, matanya tertumpu kepada layar besar pada dinding pusat perintah.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者