Ketika itu, lelaki berusia tersebut yakin yang pemuda di hadapannya sudah menjejak alam domain. Dia masih ingat lagi, tiada rekod tentang mahaguru alam domain yang muda dan hebat dalam Persekutuan. Lelaki berusia itu terkejut. Mungkinkah orang ini cuma kelihatan muda sedangkan sebenarnya sudah berusia?
Ling Lan nampak acuh tak acuh. Namun dalam hatinya dia berasa teruja. Sejak mencapai tahap domain, selain ketika bertarung dengan komander pasukan khas, inilah kali pertama dia bertemu lawan yang sama alam dengannya. Ling Lan merasakan tekanannya tetapi tidak gentar. Malah, semangatnya berkobar-kobar.
Hujan pelangi masih menitis. Hujan pelangi Planet Kachi hanya akan berhenti selepas beberapa jam. Ling Lan dan lawannya tidak terkesan dek hujan. Mereka mengaktifkan perisai pelindung yang mengadang mereka daripada hujan.
Hampir serentak, kedua-duanya bergerak dan menghentam satu sama lain. Masing-masing menggunakan kuasa domain.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者