Kata-kata Ling Lan membuatkan Han Jijyun, Luo Lang dan yang lain-lain menggeletar. Mereka tahu mengapa Bos buat begini, dan sekarang mereka cuma mengharapkan yang Qi Long tidak akan kalah terlalu teruk dalam perlawanan padan gilir.
Semua orang tahu, pelajar-pelajar baru yang tiada kebimbangan pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencapai kedudukan lebih tinggi. Pertarungan padan gilir telah menjadi kenyataan.
Bagai diduga, selepas beberapa saat, seorang pelajar baru melompat ke atas pentas. Wajahnya sedikit malu-malu, tetapi dia tetap menyatakan tujuannya. Pelajar baru itu menunduk penuh hormat pada Qi Long dan berkata, "Saya Wang Ruoxu dari Planet Qinhuang. Harap KOmander Qi dapat beri peluang kepada saya!"
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者