Luo Lang mungkin menguasai keseluruhan perlawanan setakat ini, tetapi perbezaan dalam tahap kemahiran mereka membuatkan serangan Luo Lang itu tidak berkesan. Sebaliknya, walaupun pihak lawan nampak seperti telah terkena serangan tadi, langkah Luo Lang pula yang goyah dan menyebabkan kedua-duanya kembali ke keadaan asal, sama seperti sewaktu permulaan perlawanan tadi.
Ling Lan dapat melihat yang sewaktu pertempuran itu, Luo Lang sendiri sudah tahu kelebihan yang diperolehnya sudah hilang selepas serangan pertama itu, sebab itulah Luo Lang tidak memilih untuk terus mengasak lagi. Sebaliknya, Luo Lang bertukar ke pergerakan pertahanan dan mereka sekali lagi berdiri menghadap satu sama lain.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者