webnovel

SUAMIKU ENCIK LAWYER

Pertemuan yang tak dijangka diantara Saira Irdina dan Zafrel Amran telah mengundang hubungan "baik terpaksa" apabila Saira yang merupakan peguam baru di firma guaman milik Zafrel telah memanggil Zafrel buta.Kisah mereka menjadi semakin rumit apabila Zafrel secara tiba-tiba menawarkan diri menjadi suami segera Saira. ~~ "Let's get married."-Zafrel "hah awak gila ke"-Saira "its your choice"-Zafrel Dapatkah pasangan terpaksa ini bahagia?dari majikan dan pekerja,status mereka bertukar kepada suami dan isteri, ~~ saat cinta indah baru berputik,badai besar datang melanda,Saira dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita dan anak kecil yang mengaku isteri dan anak Zafrel,Apakah pilihan saira? biarkan cinta layu tanpa bahagia,atau semai cinta dengan derita? p/s: sorry penulisan celaru

Orkid_putih01 · 现代言情
分數不夠
47 Chs

bab6

"Saira buat apa dekat sini?" soal papa sambil mata memangdang ke arah Zafrel.

"erm ,saira singgah breakfast dekat sini kejap" jawabku dengan sebaris senyuman

Haih mati lah aku,plan ahad nak bawak mamat ni jumpa papa,boleh pula terserempak dekat sini haish, detak hatiku yang resah.

"ni siapa saira?" tanya papa merujuk kepada Zafrel.

Belum sempat aku berkata apa-apa,Zafrel terlebih dulu memperkenalkan dirinya

"assalamualaikum uncle,nama saya Zafrel Amran,uncle boleh panggil Zafrel atau Zaf je." kenal Zafrel

"wakalaikumsalam,erm,Zaf ni,kekasih Saira ke?" tanya papa dengan riaksi teruja.

"erk,nampaknya,macam tu lah uncle,"jawab Zafrel sambil tersengih

Nampaknya macam tu? Dia nak cakap dia terpaksa ke apa? Eyy dia yang ajak aku,ayat macam terpaksa, bentak hatiku ,entah kenapa aku tiba-tiba jadi emosi selepas mendengar jawapannya.

"ouh ni lah calon yang Saira nak bawa jumpa papa esok ?" soal papa dengan riak gembira.

Aku yang dari tadi mendiamkan diri teesedar dari lamunan apabila terdengar soalan dari papa.

"ha? Aah memang nak bawa Zaf jumpa papa esok,tak sangka pula boleh terserempak dengan papa dekat sini." kataku sambil tersemyum ke arah papa

"eyh uncle,come la join kita orang" pelawa Zafrel mesra.

"alah Zaf,tak payah ber uncle-uncle lah,panggil papa je mesra sikit,erm tak apa lah,papa dah janji dengan mama nak sarapan dekat tepi tasik,tu yang singgah beli kopi kat sini kejap,papa dah nak kena gerak ni,nanti bebel pula mama tu" kata papa kepada aku dan Zafrel.

"haish mamat ni,kembar aku suka kau,papa aku siap suruh kau panggil dia papa lagi eyy tak suka!" bisik hati ku yang tak puas hati.

"haa yang awak ni kenapa? jealous ke papa awak dah suka saya?" kata Zafrel sambil menjongketkan kening kanannya

"dah kenapa pula saya nak jealous dengan En Zaf? Tolong sikit sikit pun tak jealous la" kata ku sambil memberi satu jelingan tajam.

"herm, dah siap makan?" tanya Zafrel sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

"dah.erm kita nak pergi mana lepas ni En Zaf?" tanyaku sambil.membetulkan pashminaku

"adalah,erm,awak pergilah dekat kereta dulu saya nak pergi bayar kejap" katanya dan menghulur kunci keratanya kepadaku.

Saat aku menuju ke arah pintu kedai,tiba bunyi notifikasi whatsapp berbunyi,Salina menghantar pesanan kepada aku

"babe aku keluar dengan Syazril ni,balik malam kot,jangan tunggu tau-Salina

"Hurmm,untunglah boleh lepak sama-sama" balas ku

"alah,kau lagi untung dating dengan kekasih hati" -saira

Aku hanya membiar mesej itu kosong tanpa berbalas,aku menoleh kebelakang mencari kelibat Zafrel,dan ternampak dia sedang berbual dengan seorang wanita,

"mesranya dia orang? Kekasih lama dia ke?" detak hati kecil ku

Eyh kau ni Saira sibuk je hal orang,hal kau pun tak selesai lagi,dengan tipu papa lagi,ada hati nak sibuk hal orang lain marah diriku

Aku hanya menanti Zafrel di luar kereta,bukan apa,aku tidak mahu membazir minyak kereta mamat biadab itu,

"laa kenapa tunggu kat luar? Awak ingat awak mat salleh, nak hitamkan badan" perli Zafrel Amran

Eyy dia ni,memang biadab betul! Bentak hatiku

Dia terus masuk ke dalam kereta tanpa mempelawaku masuk.

"Cik Saira! Kenapa tak masuk? Nak suruh saya bentang karpet merah ke baru nak masuk?" laungnya dari dalam kereta.

Aku yang malas hendak berbalah dengan Mr B terus masuk kedalam kereta,oleh kerana rasa amarah yang memuncak aku menutup pintu kereta dengan kuat.bukan niatku sebenarnya,tapi itu lah sifatku,kurang sabar.

"saya tahu awak banyak duit tapi awak ingat saya beli kereta ni pakai daun ke?"perli Zafrel dengan nada sedikit marah.

"fine! Sorry lah saya tak sengaja.boleh tak Encik Zaf proceed je dengan apa yang En Zaf plan? "pintaku dengan nada mendatar

Zafrel pun meneruskan pemanduan,dia berhenti di sebuah pusat membeli belah dan berkata

"dah, jom keluar "katanya keras

Eyh dia ni,nak marah aku pula,aku bukan sengaja pun,tak tercabut pun lagi pintu tu. Bebelku di dalam hati

"dah puas kutuk saya?" soalnya sambil mengangkat sebelah kening,

Eyh dia ni tahu-tahu je,sikit-sikit angkat kening, uyuu ingat handsome lah tu, kata hatiku

Aku dan dia jalan sebelah menyebelah,lalu dia masuk ke sebuah butik pakaian wanita.

Laa dia nak buat apa dekat butik Mak Su ni? Haih mamat ni

"Aunty! I nak beli dress dengan aunty!"laung Zafrel mesra

"kau nak buat apa haa" tanya Mak Su sambil ketawa,

"saya nak dress paling cantik untuk this girl"ujar Zafrel sambil menunjuk ke arah ku

Aku yang dari tadi menahan debar hanya tersenyum apabila ditunjuk Zafrel.

"ehh Saira datang dengan Zaf ke ?" soal Mak Su kehairanan

Haih,lagi satu masalah,berganda-ganda masalah datang hari ni,rungut ku do dalam hati.

"Aunty kenal ke Saira?" soal Zafrel kepada Mak Su.

"lahh ni anak sedara aku lah Zafrel oii" kata Mak Su sambil menggosok belakang badanku.

"awak tak cakap pun yang Aunty Zarina ni makcik awak?" soal Zafrel dengan menyenget kan kepala yang dah sediakala senget

"dah awak tak tanya,nak datang sini pun tak bagitahu" kataku lalu menyalami tangan Mak Su.

****

"laa kamu berdua ni bercinta?" tanya Mak Su selepas mendengar kisah rekaan Zafrel.

Aku yang dari tadi mendiamkan diri,hanya memandang skrin telefon pintarku.

"yang kamu ni kenapa Saira dari tadi diam je,budak Zafrel ni je yang banyak cakap." tanya Mak Su seraya mencuit bahuku.

"malas Mak Su nak cakap,nanti kalau cakap,ada orang cakap Saira celupar,baik diam" kataku sambil menjeling ke arah Zafrel

"ala aunty,Saira tu merajuk dengan Zaf,nanti Zaf pujuk laa,ni ha,nak cari baju untuk Saira,tak tahu pula,aunty ni makcik Saira,ni kira tak payah bayar la kan" katanya sambil ketawa.

"eyleh,patut kamu kena bayar lebih lah,sebab kena lah pikat hati makcik dia sekali,baru berkat" balas Mak Su lalu ketawa

"eyh aunty,dah lama sangat kita borak ni,dah nak masuk Zohor,Zaf nak pergi masjid kejap, erm Saira,awak pilih dulu dengan your Mak Su nanti saya tengok" kata Zafrel sebelum meminta diri untuk ke surau

"hek eleh,perlu ke kau nak tengok?" jerit ku

tapi ayat itu hanya bergema di ruang minda ku

"haa Saira kamu nak baju yang macam mana? Tanya Mak Su yang sudah pun bangun dari kerusi.

"alah Mak Su kejap lah,Saira nak tanya,macam mana Mak Su boleh kenal Zaf?" tanyaku sambil menayang muka yang penuh ingin tahu

"erm,Saira ingat tak Mak Su dengan Pak Su dulu hampir-hampir nak bercerai?" kata Mak Su

Aku mengangguk perlahan,manakan aku lupa peristiwa hitam dalam hubungan Pak Su dan Mak Su yang bergaduh teruk disebabkan Pak Su curang,sampai anak-anak Mak Su tinggal di rumah papa kerana tidak tahan dengan emak dan ayah mereka yang hari-hari bergaduh,ketika itu aku masih bergelar pelajar yang berada pada tahun akhir dalam pengajian undang-undang syariahku

"Mak Su hired Zafrel untuk jadi peguam Mak Su time tu,tapi,budak tu tak macam lawyer lain,dia jumpa Pak Su personal,dan nasihatkan Pak Su supaya berbaik dengan Mak Su,dia tak minta apa2 bayaran pun,untung kamu Saira,dapat dia,budak tu baik,solat pun tak tinggal"terang Mak Su.

Sempat lagi Mak Su puji mamat biadab tu,ish,semua orang suka kat dia, kata hati ku,

"dah cepat pilih baju, untuk dinner kamu esok" kata Mak Su sambil mencuit bahuku,

Aku memilih dress berwarna merah jambu,maniknya tidak lah sarat mana,sesuai dengan cita rasa aku.

***

Usai menunaikan solat zohor di butik Mak Su ,aku melihat Zafrel sudah berdiri di hadapan kaunter bayaran.

"Zaf tak payah bayar lah,kamu tu macam anak aku dah,Saira tu anak sedara aku,tak payah-tak payah" kedengaran suara Mak Su yang nyaring itu.

"tak apa,saya bayar ,nanti aunty belanja saya bubur durian yang aunty masak je,ehh,yang tu lebih bernilai pada saya " katanya sambil ketawa kecil.

"biarlah Mak Su Zaf bayarkan" ujarku

"siap dah?" tanya Zafrel

Aku mengangguk.

Selepas keluar dari butik Mak Su kami singgah ke KFC untuk makan tengah hari, kerana pada masa itu,jam sudah menunujukkan pukul 3 petang,nak cari nasi campur pada waktu begitu memang sukar,

"esok dinner dengan papa awak dekat mana?" tanya Zaf memecah kesunyian.

"Denvia Hotel"jawabku ringkas sambil menikmati cheesy wedges aku.

Sampai sahaja di rumah ,aku terus naik ke bilik aku terus merebahkan badan di atas katil,masih terngiang-ngiang ayat yang diugkap kan Zafrel di dalam kereta.

"esok pakai cantik-cantik tau,cause you will be mine" kata Zafrel sambil merenungku dengan pandangan yang menggoda.

Aku yang terkedu hanya keluar dari kereta dengan perasaan bercampur baur.

Apa yang dia maksudkan tadi? Hurm kau ni,memang tak nak bagi aku tidur tiap-tiap hari ke hah! Bisik hatiku.

BERSAMBUNG....

P/s:hai! enjoy reading semua! Jangan lupa vote tau,sis harap semua enjoy!