webnovel

SEMPURNAKAH AKU UNTUKMU?

Tengku Zara Arianaa/Zara pernah digelar sebagai "Wanita pujaan hati" kerana paras rupanya, adabnya terhadap orang lebih tua dan juga mudah menarik perhatian ramai lelaki walaupun Zara masih 13 tahun. Murid contoh di sekolah. (13 tahun) Tuan Amirul Mikael/Amirul pula digelar sebagai "Lelaki Idaman" kerana paras rupanya juga.. Tidak kira dimana dia berada, perempuan mesti tertarik akan penampilannya. Adabnya pun OK. Agak mengejutkan juga sebab dia ni jenis yang tak suka bercinta waktu sekolah.. Amat tegas orangnya, tetapi manja dan penyayang (pencinta kucing) and tak pernah fall in love pada seseorang pun kerana kejadian yang pernah berlaku. (14 tahun) --------------------------------- Zara terfikir jika dia telah 'ter'jatuh hati pada Amirul.. tapi dia hanya mendiamkan diri sehingga dia bersuara. Amirul sejak sekian lama memendamkan perasaan terhadap Zara, dia terpaksa meluahkan segalanya.. segala isi hatinya kepada Zara. --------------------------------- Semestinya, mereka berdua meluahkan perasaan yang sama pada akhirnya. Adakah Si Heroin betul-betul meluahkan perasaan yang sama? ataupun perasaan yang menyakitkan hati Si Hero? *Selamat membaca!*❤

qissjwoo · 青春言情
分數不夠
45 Chs

Bab 41

"Haii... Dah solat ke?" Sapa Zara yang baru keluar dari bilik itu.

"Dah... Hai, comelnya awak.." Kak Yana mengusap pipi Baby Putri itu. Putri hanya tergelak comel.

"Eh korang dengar cerita tak pasal..." belum sempat menyambung kata-kata...

"Wargh! Bargh!" Seorang kanak-kanak lelaki sedang seronok bermain dengan Amirul. seperti lagak seorang ayah dan anak.

"Awh cutenya, like father and son" akur Kak A'a.

"handsomenya lah Amirul ni.. memang betul-betul macam ayah dengan anak" kata hati Zara.

"lama termenung.. tahulah Amirul tu kacak segak bergaya dan kaya.." kata Akim yang sudah lama memerhatikan Zara.

"erk.. mana ada! akim ni macam-macam je.. buat apa nak tengok amirul tu... saya tengok budak tulah kacak je" Zara menafikannya

"cinta ni luas Zara.. awak tu cantik sopan.. Amirul tu kacak macam kicap lemak manis....".

"Sedap kau kutuk aku kicap kan..? aku ni putih lagi... tak hitam macam kau". Sambil berjalan mendukung budak lelaki itu.. Kaki Amirul laju memijak kaki Akim.

"Aku tak hitam oke... Aduu sakit kau pijak".

"Akim, awak ni kan.. Zara dengan Amirul ni baru 24, 25... Diorang belum lalui lagi apa yang kita lalui" tegur Kak Yana.

"Hm sorry awok" Akim mengenyitkan matanya kearah Kak Yana.

"Bernafsu betul korang ya?" Hafiz bersuara.

"Hahahah" Rancak betul mereka semua ketawa.

"ya allah... kenapa mata aku ni memang tak boleh pandang tempat lain, khusyuk sangat tengok amirul tu.. dahla aku ni jenis suka tengok lelaki dukung baby.. eee cutelah!" jerit zara didalam hati.

PADA MALAM ITU (Isyak)..

Selepas Azan berkumandang...

Zara memandang langit sambil mengira bintang... Sambil tunggu diorang habis solat.

"Apa Zara tengok tu?" Tegur Umi yang berada di tangga.

"Eh Umi, Zara tengah tengok langit.. Umi dah solat ke?"

"Belum lagi... Umi baru habis masak untuk makan malam" Umi tersenyum lebar.

"Nanti bila semua dah habis solat, ajaklah diorang makan ya?" Kata Umi lalu meninggalkan Zara.

"Awak tengok apa tu?" Sapa Aiman.

"Eh Aiman! Dah lama ke kat sini?" Soal Zara.

"Baru sampai dengan Sofia, awak apa khabar? Bila nak kahwin dengan Amirul tu?" Aiman menyakat.

"Hahaha lambat lagi nak kahwin dengan dia.. Oh Aiman, Umi ada buat kejutan tau masa kitorang naik atas tadi..."

"Apa dia?"

"Dekat lantai.. Ada kertas tertampal, lepastu Umi cakap.. Kertas tu ada nama-nama kita... Untuk tidur malam ni... So, yang saya tahu... Awak tidur sebelah your Sofia"

"Hah? Really?! Allah hahaha... Gembira-gembira gelakkan saya juga... Awak mesti tidur sebelah Amirul kann?"

Zara mencubit tangan Aiman.

"Hm bro dah lama sampai?" Tegur Amirul yang masih berpakaian T-Shirt putih bersama kain pelekat yang Umi bagi.

"Baru je... Sambil tu borak lah dengan Zara ni"

"Jangan mesra sangat, dia ni a.k.a isteri aku... Kau pegang dia siap kau" Amirul menjauhkan Zara dari Aiman.

"Tak ada apalah... Aku dengan dia borak pasal kau je.." Zara memberi cubitan maut.

"Hm Zara boleh tunjuk saya nama kat kertas tu?" Tanya Aiman.

"Boleh... Jomlah"

"Tepi tingkap ni... Amirul, sebelah dia... Hmm saya... Lepastu..."

"Alaaa sweetlah" Aiman blushing.

"Gedik nya kau... Kitorang yang kena kau yang blushing lebih-lebih" Amirul menyandarkan dirinya ke dinding.

"Sebelah saya, Kak Yana.. Sebelah Kak Yana, Akim? Pastu Hafiz, Kak A'a, Kak Sofia.. Last sekali awaklah"

"Now I understand why Umi letak kedudukan macam ni"

"Hahahaha"

"Eh jom makan, aku lapar ni" Kata Amirul. Aiman dan Zara mengangguk.

"Taknak makan ke sayang?" Kata Amirul sambil meyumbat ayam barbecue kedalam mulutnya.

"Aku tak makan selepas pukul 7 lah" Tetapi perutnya kekal menyanyi kelaparan.

"Hm nah saya suapkan"

"Ei... Taknaklah!" Ujar Zara

"Zara sayang.. saya tahu awak tak makan lagi... awak tu dah kurus tak payah diet.. Awak nak saya peluk atau suapkan malam ni?",

"Haih.. awak ni, saya tak nak makan dengan suapan awak, hm dahlah malas nak layan awak.. saya nak mandi" Ujar Zara.

"hm yela awak... berani ke tandas kat luar tu?"

Walaupun Zara cuak, dia tetap memberanikan dirinya untuk mandi.. tulah, sapa suruh mandi pukul 9.

Klik!

Lampu tandas terbuka.. tapi kelip-kelip...

"Lampu ni pulak buat hal hm!"

Usai membersihkan diri, tiba-tiba lampu terpadam.

"Allah... Jangan kata ada *benda tu* sudah" Kata Zara dalam hati.

Dia cepat-cepat membuka pintu, keluar je terus tersandar ke dinding akibat ditolak seseorang.

"Aduh... Sakit tahu tak? Ingat tulang belakang aku ni pakai buang ke?!" Zara meninggikan suara.

"I love you awak"

Zara tidak dapat melihat mukanya dengan jelas.. yang pastinya Amirul.

"Iya iya... Amirul, lain kali jangan tolak aku... Dah jom" Zara menarik tangan Amirul.

"Hehe sorry..."

(Time tidur)

Zara tidak dapat melelapkan mata... Kenapa tak boleh tidur.. dah pukul berapa ni...

"Awak tak boleh tidur ke?" Kata Amirul.

"Taklah... Maybe sempit kut.. Tengoklah cousin-cousin awak tidur macam mana" Mereka berdua memandang lagak saudara mara mereka tidur.

Ada yang terkangkang tidurnya.. Ada yang sopan.. Macam macam ada.

"Jom awak, kita duduk luar, ada benda saya nak cakap ni"

Wah bintang malam memang cantik...

Mereka duduk di kerusi yang disediakan Umi.

"Dulu masa saya kecil-kecil.. Saya akan buat permintaan kepada Yang Pencipta... Saya pernah minta untuk dikurniakan seorang gadis untuk jadi peneman hidup saya"

"Hm dari kecik sampai besar memang gatal" Kata Zara.

"Dan... Maybe saya dah lama jumpa orang tu.. Cuma tak ada peluang lagi"

"Hm untungnya lahkan sapee perempuan tu"

"Dia selalu ada dengan saya... Cantik"

"Ooo.." Kepala Zara diletakkan ke bahu Amirul.

"Dan orang itu... Maybe awak"

"Hah ?!" Zara terus bangun dan cuak seketika.. kembang habess..

"Susah nak cakap benda ni sebenarnya... Tapi..."

"Oh awak nak cakap yang awak suka saya tapi cuma awak gagap nak cakap benda tu kan?"

"Macam mana awak tahu?"

"Dalam drama semua macam tu..".

"Haah betul"

"Tadi saya cakap tu contoh je.. Jangan cakap benda ni betul"

Bagi Zara, malam itu penuh dengan semua perasaan...

"Ya, Zara memang... AKU SUKA KAU!"

"Ssshh.. Orang lain tidur"

"Sorry..." Amirul berpaling kerana malu.. Malu yang tak terkira.

"Tapi, awak sanggup ke lepaskan saya ni? Saya belajar lagi tau dekat YHA Wellington Hostel..."

"For my a.k.a wife saya... Saya lepaskan awak belajar dulu"

"Hehe... Ni tahun lassst saya belajar... Lepastu... Jadi Cikgu Praktikal English amacam?"

"Berapa lama awak duduk sana?"

"Saya tak tahu lagi, mungkin bulan 10 saya balik... Awak doakan saya lah"

"Siapa taknak doakan isteri sendiri awak ni"

"Kau orang ni kalau tak manja tak sah kan?" Celah Kak Sofia.

Terkejut nak mati Amirul dan Zara. Mereka menoleh kebelakang. Allah ! Semua berada di pintu menenggek.

"Eh sejak bila kau orang bangun eh?!"

"Asal tak tutup pintu? Memang kitorang dengarlah jadinya" Kata Aiman sambil menguap besar. Alahai kesiannya.

"Hehehe lupa.. Sorry" Ujar Amirul.

"Kenapa tiba tiba Zara dengan Amirul tukar panggilan ni?" Tanya Akim.

"Ni ha budak ni start dulu... Dah biasa pulak panggil 'saya awak' alah... Apa salahnya kan sesama sepupu?" Kata Zara.

" Sesama suami isteri ya" Amirul senyum menyenget jahat.

"Kitorang dengar tau semua"

"Hm yela.. " Akur Zara.

Zara masuk kedalam untuk tidur. Begitu juga dengan yang lain. Dah pukul 4 pagi dah.. Amirul je tak tidur lagi. Maklumlah tidur sebelah a.k.a isteri... Takut ada nyamuk, gigit je balik nyamuk tu hehe.

P/S : Hai ! Untuk pengetahuan korang semua, saya rasa cerita ini akan tamat pada bab 45/50... Nanti saya akan buat cerita yang baru ! Maaf kalau ada kesalahan sepanjang cerita ni... Kalau nak komen.. komen je, nanti saya baca ! Stay safe semua ! Jaga diri masing-masing... Nak keluar pakai mask.. Sayang semua ! Bye !❤❤❤

1200 words.