webnovel

RATU HATI CIK ABANG

Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Heh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi sang gadis? Mampukan si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe

Orkid_putih01 · 现代言情
分數不夠
40 Chs

bab29

 " Qalisya!, " Haniff memanggil aku sambil berlari mencapai tanganku.

" apa?" soalku sedikit kasar, wajahku bukan hanya sekadar kemerahan tapi dah panas macam melecur, sungguh aku malu dan segan.

" awak salah jalan tu, jom ikut saya," ucap Haniff lembut lalu menarik tangan aku.

***

Haniff menolak daun pintu bilik hotel yang bercirikan seni Islam ini.

" jom, masuk," ajak Haniff, dia sedikit pun tidak menanyakan sebab aku memulangkan kembali kad bilikku yang sudah ditempah olehnya.

Mataku meliar melihat segenap ruang kamar hotel ini. kamar ini boleh dikatakan besar. mempunyai ruang kecil yang terlihat seperti dapur dan ruang tamu . Tak aku nafikan mataku bagaikan terpukau dengan susun atur kamar ini. Kamar ini juga  terletak pada tingkat 10, yang memperlihat bandar Istanbul dari tingkapnya.

" Qalisya.. sini kejap.. " panggil Haniff dengan lembut sambil duduk di atas sofa berhadapan dengan televisyen.

Aku mengambil tempat sebelahnya, debaran halus bagaikan menyapa jantungku untuk berdegup kencang.

" ada.. apa Hanif? " soalku sedikit teragak-agak.

" Betul ke awak nak tidur dengan saya?" soal Haniff sambil merenung wajahku.

GULP!! Habisla kau Alisya, seram pula bila dia tanya soalan macam ni, tapi.. apa yang nak peliknya, salah ke kalau isteri nak tidur dengan suami, tidur je pun..

Aku menggenggam kemas tanganku sendiri, peluh halus mula terbit dari liang-liang roma, haih lah Alisya jawab je lah,

"Qalisya,.. betul ke?" soal Haniff sekali lagi, tiada nada paksaan, namun aku tahu dia masih menanti jawapan.

" kenapa? saya tak boleh tidur dengan awak ke? salah ke?" tuturku mendatar, entahlah dalam rasa gemuruh tercalit rasa sedih yang entah mengapa menyapa diri ini.

Haniff mengukir senyum sambil mengangguk perlahan.

Dia angguk??! maksudnya dia cakap yang tidur dengan dia tu salah??!!!!!

"sayang.. muka tu jangan kerut sangat, saya tanya je, takut salah dengar" ucapnya sambil tersenyum manis.

" awak tu, kenapa sampai tempah dua bilik?, tak nak sebilik dengan saya kan? Atau.. awak ada sorokkan sesuatu dari saya?" soalku dengan nada yang penuh rasa sangsi.

"herm? aa pa? so..rok? eh mana ada sayang, saya saja je tempah takut awak tak selesa dengan saya," ujar Haniff  sedikit gagap.

Entahlah hati kecilku bagaikan kurang yakin dengan jawapan yang diberikan Haniff, aku merasakan memang dia ada sorokkan sesuatu dari aku, tapi apa? Ahh aku buntu.

" yeke? saya rasa macam sesuatu je," ucapku sambil memandangnya sangsi.

" sesuatu? ohh saya tahu, tu adalah rasa cinta yang sedang mekar," ujar Haniff lalu mengenyitkan mata kanannya.

" tak kelakar.." ucapku bersama jelingan.

" haha, ok-ok I'm sorry ok sayangku, jangan lah mara, ok? " pujuk Haniff sambil mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali. 

eh dia ni, ingat comel ke ha buat macam tu, umur dah nak dekat 30, ada hati nak buat-buat comel.

" kita nak pergi jalan-jalan pukul berapa ni?" soal aku kepada Haniff. Sengaja aku malas nak memanjangkan isu ini, nanti rosak mood aku nak bercuti kalau asyik nak layankan perasaan marah ini.

" erm.. lepas Zuhur lah sayang, kita  mandi dulu, pastu boleh rehat kejap,haa lepastu keluarlah pergi cari makanan, setuju?" tanya Haniff.

Aku mengangguk perlahan tanda setuju, . Sedang otak aku ligat memikirkan idea yang diberikan oleh Hana, patut ke aku ikut cakap minah tu? Haish, seram sejuk aku memikirkannya.

***

Aku mengemaskan ikatan tali jubah mandi separas lutut yang mengikat bahagian pinggangku, sambil menarik nafas dalam dihadapan cermin. Rambut yang sudah siap pun dikeringkan aku kemaskan. Masih terngiang kata-kata Hana dalam minda aku.

Throwback..

" ok Alisya, mula-mula kau kena tengok reaction dia bila kau pakai pakaian seksi sikit," ujar Hana semangat.

"Haa?!!, pakai seksi? kau nak suruh aku pakai depan dia? malu lah gila! lagi pun, nak pakai apa?" ucapku tidak setuju.

" lah, malu pula, kata nak pikat dia, baru lah kau dapat tahu dia tu songsang atau tak,. Herm.. pandai-pandai lah kau pilih baju, tuala pun seksi apa," ujar Hana sambil ketawa.

Aku memandang Hana tajam , seronok betul ya makcik ni menyakat aku. haishh.

***

Kaki ku melangkah keluar dari bilik air , terasa sejuk apabila kulit ku menyentuh udara di dalam bilik. Terlihat Haniff yang sudah pun bersiap sedang duduk  di salah satu sofa sambil membaca sebuah buku .

" sayang, dah siap dah eh?" soal Haniff sambil menoleh ke arahku.

Bulat mata bundar  Haniff merenung aku dari atas ke bawah. Dadanya terlihat sedikit berombak. Detak jantungku juga bagaikan seirama dengan rentak dadanya. Perasaan malu mula menerpa diri .

Aku mengukir senyum ke arah Haniff , bagaikan tiada secalit pun rasa debar dan gemuruh. Kaki ku  melangkah menghampiri Haniff. 

" Haah, saya dah siap dah, tunggu saya pakai kejap eh, " ucapku bersama senyuman.

" a...ap..apa? p..akai b..a..ju? dekat sini?!! " soal Haniff yang jelas terkejut.

" kenapa? tak boleh ke? kita kan dah sah, mana ada batas aurat," ujarku sambil merenung Haniff dalam tepat ke arah anak matanya.

Wah Alisya berani ye kau buat macam tu, gaya dah macam ala-ala penggoda, walhal jantung dah macam nak meletup!

"hurm? sayang ni,.. saya tak cakap salah pun, saya tanya je, sayang pakai lah baju tu, saya nak turun bawah, nak beli kopi, " ujar Haniff sambil tersenyum, namun terasa sedikit janggal.

" awak nak beli kopi? dalam bilik  ni pun ada kopi, nak saya bancuhkan ke? " pelawa ku, aku tahu kopi itu hanya alasan untuk dia keluar dari bilik ini. Apakah yang membuatkan dia ingin melakar garis antara kami? Tak ikhlaskah dia dengan perkahwinan ini?

"eh, tak apa sayang... saya nak beli kopi dekat luar.. special tau kopi ni wajib cuba kalau datang Istanbul." ujar Haniff bersungguh.

Aku mengangguk perlahan. Walau otak ligat berfikir sebab dan alasan disebalik tingkah laku Haniff Mikail.

***

Aku berjalan perlahan menuju ke lobi. Dari jauh mataku sudah menangkap susuk tubuh lelaki tinggi lampai yang sedang menunggu aku bersama kopi dikedua tangannya. Dia tersenyum manis ke arah aku. Senyuman dia sungguh manis namun tetap membuat aku bingung dan tertanya- tanya dengan segala tingkah lakunya.

" cantiknya Cikgu Qalisya, nak pikat siapa tu? " sapa Haniff ceria sambil menghulurkan secawan kopi kepadaku.

" tak tahu lah, rasa macam nak pikat pak arab sebab pikat suami sendiri bukan dia nak layan pun." perliku sambil memandangnya sekilas.

Haniff menggaru belakang kepalanya sambil terenyum nipis.

" Qalisya, jom kita pergi jalan dekat taman depan tu, " ajak Haniff lalu mencapai tangan kiri ku.

Tak sempat aku memberikan jawapan, Haniff terlebih dahulu menarik aku mengikut langkahnya. Tangan kanan yang mulanya menggenggam erat tanganku kini beralih memeluk bahuku. Aku yang terkejut dengan tindakan itu bagaikan sudah disumpah menjadi batu. Keras!. Aliran darahku mengalir deras sehinggakan pipiku terasa panas dan membahang.

" aik, diam pula isteri saya ni, tadi kata nak pikat suami," ujar Haniff sambil memandang aku bersama senyuman nakal.

Haniff memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah bangku kayu yang terdaoat di taman ini.

Kami duduk bersebehan sambil menghirup kopi yang dibeli Haniff. Tak aku nafikan kopi ini sedap. Namun rasa janggal bagaikan hampir menghilangkan rasa manis kopi ini. 

" Qalisya.." panggil Haniff lembut.

Aku menoleh ke arah Haniff. Mata kami bagaikan bertaut untuk beberapa detik. 

Haniff melepaskan nafas berat. Lalu cuba mengukir senyum walaupun terlihat sedikit kelat.

" Qalisya,.. saya tahu apa yang awak fikir untuk beberapa hari usia perkahwinan kita ni. Saya tahu yang awak cuba nak pikat saya. Saya juga dapat rasakan yang awak ragu dengan niat saya. " tutur Haniff lembut lalu menggenggam erat tanganku.

" Isteriku sayang, saya nak bagitahu awak ni.. awak tak perlu pun nak pikat saya, sebab saya dah pun terpikat, Mustahil untuk saya tak terpikat dengan isteri secantik dan semanis awak. " sambung Haniff diiring senyuman nakal.

" iye lah tu.. habis tu kenapa awak macam mengelak je dari saya?" soal aku sedikit curiga.

Haniff tersenyum lalu mencuit hujung hidungku.

" Saya bukan mengelak, cuma saya tak nak terburu-buru, saya tak nak buat awak rasa tak selesa dan terpaksa. Awak pun mesti nak rasa macam mana jatuh cinta dan bercinta kan? " ucap Haniff.

" eleh, ye lah tu.. saya pernah lah bercinta." ucapku bersama jelingan.

"hurm? tak baik tau tipu, umi dengan Hana cakap.. yang awak tak pernah bercinta."ujar Haniff sambil ketawa .

EH!! Apa umi dengan Hana ni.. tak membantu langsung!

" ok apa-apa je lah, tapi saya masih tak percaya.. betul ke alasan awak ni? atau sebenarnya awak ni.." belum pun sempat aku menghabiskan kata-kata ku Haniff terlebih dulu memintas.

" Gay?" soal Haniff sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Aku menggangguk perlahan sambil memmerhati segenap wajahnya mencari titik kebenaran.

" hahaha sayang.. kalau saya gay.. dah lama si Hamzah tu jadi mangsa.." kata Haniff bersama tawa yang mampu lagi dia simpan.

" awak ni Qalisya, kelakar lah. saya dah agak dah awak ingat saya gay. Cara awak pandang saya pun lain macam. Ni kalau anak murid awak tahu yang cikgu Alisya dia orang yang brutal dan ganas boleh ada bayangan macam ni, agak-agak apa respon dia orang eh? " ujar Haniff sambil menyambung tawanya.

Aku mengetap bibirku menahan rasa malu yang mula meyerbu diri. Ini semua angkara si Hana lah. Dia yang mengatakan yang Haniff seorang gay. Tak fasal-fasal aku yang kena gelak.

" ehh, masamnya muka Cikgu Alisya, kalau macam ni, nanti tak payah lah beli asam keping sebulan.. muka isteri saya dah cukup masam." sakat Haniff lalu mencubit lembut pipiku.

" Haniff.. macam mana awak tahu saya nak pikat awak?" soalku kepada Haniff.

" erm. adalah.. firasat seorang suami kut, tapi saya ada lah ternampak nota yang bertajuk.. TIPS MEMIKAT SUAMI." ujar Haniff lalu mengenyitkan mata ke arah aku.

Aduh! ni sah dia ternampak nota yang ditulis Hana yang ada dalam tas tangan aku. Alisya-Alisya, lain kali hati-hati lah! kan dah kantoi. Malu!

BERSAMBUNG..

P/s: maaf koranggg! haritu sis jnji kn, sis dh tulis 80% haritu tp biasalah ada saja hal2 yg perlu diutamakan, maaf ye, harap korang enjoy lah. next bab.. sis tkleh jnji dh lah, risau tkde lak bila janji. tp sis akn cuba scept yg bleh, sbb sem dh nk mula, enjoy reading semua!!