webnovel

Chapter 9

Raphael berjeda sekejap sambil memikirkan apakah motif Oxana yang sebenarnya dengan menggoda dirinya. Tak lama kemudian, deringan telefon pintar bunyi menandakan ada seseorang yang menelefonnya. Terpapar nama Xander di skrin telefonnya, dengan pantas dia mengangkatnya.

"Hello dude, aku dah dapat maklumat wanita itu", beritahu Xander.

"Okay, aku jumpa kau tempat biasa. See ya.", putus Raphael.

"Okay, bereh.", jawab Xander ringkas.

Dua orang jejaka tampan itu terlihat berada di sebuah restoran Prancis terkenal untuk membincangkan isu wanita misteri itu.

"Nah, ni semua maklumat Oxana tu, kau tengoklah dulu."

Dalam kertas itu terdapat semua maklumat Oxana.

Nama penuh : Oxana Valentina Inaya Binti Ivan Hamza

Nama Bapa : Ivan Hamza Bin Carl Fitzgerald

Nama Ibu : Esme Riana Binti William Bennard

Umur : 23 tahun

Tempat tinggal : Wilayah Auvergne

Hobi : Menari, Makan, Motorbike Race, Car Race,

Nicknames : Sexy Cat, The Ghost, "Etourdissante

Duty : Personal Assistant Master Raphael

"Ermm boleh tahan ganas juga perempuan ni. Suka race sebenarnya. Hmm interesting woman.", getus hati Raphael.

"Hmm, dalam ni yang aku pelik kenapa nicknames dia 'The Ghost' ?", tanya Raphael.

"Yang tu aku tak tau sebab maklumat yang aku dapat tu je. Apa kita buat plan mengintip dia nak untuk tahu kebenaran ?", cadang Xander.

"Bagus juga cadangan kau. Okay nanti panggil yang lain untuk bincang hal ini.", putus Raphael.

"Roger that."'

Mereka pun bergerak ke pejabat semula untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

"What's your intention Oxana ? Why you are so confident to get me huh. I'm not an easy man to catch for.", monolog hati Raphael.

Apabila tiba di pejabat terus interkom ditekan untuk meminta Oxana datang ke dalam biliknya. Oxana pun terus masuk ke dalam biliknya.

"Yes master, what can I do for you ?", tanya Oxana.

"I want to ask this serious matter, what's your intention to seduce me ?. Do you have special mission hmm ?", tanya Raphael dengan mata yang tajam menikam wajah Oxana.

"Why you think that way ?", tanya Oxana dengan muka pelik.

"Isn't it obvious that your act give me a sign that you want something from me right ?", Raphael tanya dengan nada sinis.

"I just want your love only master", jawab Oxana tanpa rasa takut.

Raphael bangun dari tempat duduknya dan mendekat ke tubuh badan Oxana.

"It's okay I will find out by myself. Just watch out. You don't know what person I am. I will get what I want, sexy cat.", kata Raphael dengan nada berbisik di telinga Oxana.

Raphael pun melangkah terus keluar dari biliknya untuk menenangkan diri dari rasa marah yang mula menguasai diri. Oxana pula masih termangu sendirian selepas mendengar ayat yang sinis itu. Oxana berasa risau jika misi ini gagal kerana jika master berkata begitu maksudnya dia tidak bermain dengan kata-katanya. Dia pasti akan dapat jawapan juga nanti. Oxana cuba fikir strategi baru supaya tidak kantoi nanti. Oxana pun melangkah keluar dari bilik itu untuk melakukan kerja semula.

Raphael melepaskan keluhan sambil duduk di atas bangku di tasik itu untuk menenangkan hatinya yang panas membara memikirkan niat sebenar Oxana.

Adakah dia mahu menjatuhkan aku dalam dunia perniagaan ini ? Ataupun melumpuhkan penguasaan aku dalam dunia mafia ? Pening kepala si master memikirkan kemungkinan Oxana membuat salah satu dari sangkaannya.

Setelah itu, Raphael pun bergerak ke markasnya untuk melepaskan rasa marah yang masih bersisa dengan menembak.

Poommmm... Pooommm... Pooommmm... Sudah masuk 30 peluru dilepaskan oleh Raphael pada papan menembak tersebut.

Dia berasa puas hati semua kerana lunyai papan itu dikerjakannya. (Ganas betul Raphael kan.. Nama pun master mafia kan...)

Terkejut empat jejaka kacak itu melihat master mereka dalam keadaan yang marah.

"Bro, kau okay tak ? Lain macam je aku tengok kau sekarang ni. Ada something berlaku ke ?", tanya Kayden.

"Aku bengang do dengan Oxana. Dia ada muslihat sebab tu dia nak goda aku. Aku geram kenapa la ada perempuan spesies dia eh ?", jawab Raphael dengan nada kasarnya.

"Sabar bro, kita siasat dulu. Jangan marah macam ni, tak dapat selesaikan masalah pun", balas Keith.

"Betul tu, aku rasa baik kita buat plan baik punya nak tahu perkara sebenar pasal perempuan tu.", kata Renzo.

"Betul tu. Aku setuju.", Xander menyatakan persetujuannya.

Mereka pun bersurai keluar dari markas.

Oxana pula semakin resah melihat masternya masih belum pulang dari tadi. Dalam diam sebenarnya Oxana mula menyimpan rasa suka terhadap masternya cuma dia masih keliru. Dia juga berasa takut dengan ugutan sinis Raphael kerana dia tahu kemampuan jejaka kacak tersebut sebagai seorang mafia yang digeruni.

Jam dinding telah menunjukkan sudah pukul 5 petang, dia pun bergerak pulang dengan perasaan yang membolak-balikkan memikirkan sikap masternya yang mula berubah. Dia pun mula melangkah ke arah kereta Lamborghini kelabunya.

Di suatu tempat, lima lelaki tampan itu sudah berada dalam kereta Lamborghini masing-masing untuk mengekori Oxana dari jarak jauh supaya tidak diketahui oleh gadis tersebut. Oxana telah pun sampai ke rumah agamnya dan melangkah masuk. Lima lelaki tersebut mula keluar dari kereta sport masing-masing sambil bersandar di pintu kereta.

"Perghhh bapak besar rumah dia.", kata Kayden dengan penuh rasa kagum.

"Aku tengok rumah dia dah setaraf dengan rumah Raphael.", balas Renzo.

"Something fishy, kenapa dia boleh minta kerja sebagai personal assistant di Grand Hubert kalau dia dah kaya macam ni.", tukas Keith pelik.

"Terang-terang memang ada niat tersembunyi kat kau.", jawab Xander pada Raphael.

"Tulah. Kalau dah kaya macam ni, mesti ada syarikat sendiri kan.", ujar Raphael.

Lima jejaka itu bersembunyi di sebalik tempat yang tersorok sedikit dari rumah agam Oxana. Apabila malam menjelma, mereka melihat ada seorang gadis berpakaian lengkap berwarna hitam menaiki motorsikal berkuasa tinggi dan terus memecut laju keluar dari kawasan rumah agam tersebut.

Mereka pun laju masuk ke dalam kereta untuk mengikuti motorbike tersebut. Oxana memecut laju motorsikalnya membelah lebuhraya itu. Lima kereta Lamborghini itu pun sama menderu laju mengejar motorsikal tersebut supaya dapat menjejak lokasi yang ditujunya.

Oxana tiba di sebuah markas yang menempatkan kumpulan The Devil. Dia pun membuka helmetnya dan berterbanganlah rambut coklat merah itu. Dia pun mula melangkah masuk ke dalam tempat itu dengan langkah berwaspada supaya tidak dijejak oleh musuhnya.

Raphael, Xander, Keith, Renzo dan Kayden pula bersembunyi di sebalik dinding pintu masuk markas itu. Mereka melihat bahawa gadis tersebut adalah Oxana. Mereka masih terkejut bagaimana seorang wanita anggun berubah sekelip mata sahaja.

Oxana sedang mencari lelaki yang bernama Aiden yang jahat disebabkan dia merupakan pengkhianat syarikat papanya yang berani mencuri dokumen penting berkaitan dengan projek besar gas bersama syarikat Carls' Gas.

Oxana meluaskan pandangannya untuk ke arah suatu bilik yang tidak bertutup pintunya dan mendengar suara yang sedang bergelak ketawa.

"Hahahahahahaha... Padan muka orang tua tu. Kau bodoh sangat percayakan aku eh. Sekarang aku dah dapat dokumen penting tu so tak lama lagi aku akan kaya dapat projek besar itu.", kata Aiden seorang diri dengan memegang kertas sulit itu.

Terdengar suara lelaki itu membuatkan darah membuak dalam diri Oxana dengan perasaan marah yang mula mengawal fikirannya.

Dengan langkah yang berhati-hati, dia pun meneruskan langkahnya dan terus mencekik Aiden dengan sebelah tangannya. Aiden terkaku kerana bagaimana seorang gadis misteri ini boleh masuk ke markasnya tanpa dapat dikesan oleh anak buahnya.

Tangan kanan Oxana pula memegang pistol dan mengarahkan ke arah kepala Aiden dan berkata, "Dasar pengkhianat, papa aku percayakan kau sebab kau dah lama bekerja di syarikat Ivan's Cooperation tapi apa yang kau buat ? Kau tikam papa aku dari belakang."

Muka Aiden menjadi merah disebabkan tidak dapat bernafas. Dia pun memukul-mukul tangan Oxana supaya melepaskan cekikannya itu. Oxana pun melepaskan cekikan itu untuk memberi peluang Aiden memberi sepatah dua kata sebelum dia menamatkan riwayat lelaki durjana itu.

"Hahahaha... Bodoh orang tua tu. Siapa suruh dia percayakan aku. Sekarang, aku yang akan dapat projek ni. Aku dah lama plan sebelum ni untuk rampas projek berbilion ni. Cuma baru kali ni berjaya untuk aku curi dokumen tu.", kata Aiden sambil muka menyeringai sinis.

Oxana mula merasakan tubuhnya badannya membara panas kerana lelaki itu masih berani untuk berkata demikian. Dia paling pantang jika ada orang luar yang berani mencari pasal dengan papa mamanya.

Tanpa menunggu masa, Oxana terus menyepak perut lelaki itu dan menarik rambutnya sehingga muka Aiden terdongak.

"Kau masih tak takut eh. Takpe aku ambik alih kerja malaikat maut untuk tamatkan riawayat kau. Terus sebuah pisau ditorehkan ke muka lelaki itu. Aiden menjerit sakit akibat torehan itu.

"Aahhhhh... Sakitttt.... Tolonglah lepaskan aku...."

Selepas itu, pisau itu ditikam ke perut lelaki itu dan darah semakin membuak-buak keluar dengan rontaan Aiden semakin melemah.

Dengan pantas terus Oxana menembak kepala lelaki itu dan bersepailah kepala dengan isi otak yang terkeluar.

Oxana berpuas hati dengan kerjanya dan terus menelefon anak buahnya untuk membersihkan mayat Aiden yang terdampar di markas supaya polis tidak dapat mengesan jejaknya.

Setelah itu, dia pun melangkah keluar untuk pulang kerana berjaya membunuh musuh dalam selimut di syarikat papanya.

Di suatu tempat, lima jejaka kacak itu masih tergamam dengan apa yang terjadi kerana baginya gadis itu bukan calang-calang orang kerana dia sangat cekap dalam melakukan tugasnya seperti seorang professional.

Baru sekarang Raphael tahu bahawa gadis ini luar biasa kerana sangat tangkas dalam memburu musuhnya.

Itulah sebabnya gelaran dia ialah 'The Ghost" kerana ia akan datang ke arah musuh seperti hantu yang memburu dan membunuh tanpa rasa kasihan.

Apabila motorsikal Oxana memecut laju keluar dari markas itu, terus ahli Chevaliers keluar dari markas itu dan mula bergerak menuju ke markas mereka pula.

Don't forget to vote and comment okay. Love you guys.