webnovel

Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia. ********************** Tahu tak perasaan bila kita dah terlalu excited sangat sampai tak fikir apa-apapun sebab dalam kepala kita Cuma ada satu perkara jer?Terlalu excited sampai boleh buat silap yang mana kita akan menyesal tak sampai lima saat kemudian. Itulah yang sedang dia rasa sekarang ni! Kenapa?Kenapa ramai-ramai manusia dekat dalam akademi ni, orang ni jugak yang di langgar!Kenapa?!!!!! "Menarik..."ucap lelaki di depannya sambil mengipas-ngipas surat cinta yang bertampal dengan sticker love itu di tepi muka. Membuatkan bau minyak wangi di kertas itu menerpa rongga hidung. Hana pandang surat cintanya dengan bibir terketap rapat. Nak menangis pun ada. "So kau nak beritahu aku kau sukakan dekat aku sejak kali pertama kau pandang aku?Macam tu?" soal lelaki di depannya sambil membaca isi surat itu sekali lagi. Hana membuat muka terkejut lantas menggeleng kepala laju-laju. Lelaki di depannya ini adalah manusia terakhir yang dia akan suka walaupun dunia nak kiamat. "Senior...saya tak sengaja. Maafkan saya. Bukan niat saya langgar senior...surat tu sebenarnya-"kata-kata Hana terhenti apabila lelaki di depannya mengangkat tapak tangan di depan muka "Stop. Aku tahu..."lelaki itu lipat surat itu lalu berdiri menghadap Hana dengan tangan bersilang di dada. Seseorang tolong lah galikan kubur untuk dia. Dan dendangkan lagu Taylor Swift masa pengebumian dia. Sebab Hana yakin lepas ni lelaki depannya ini akan maki dia sampai dia tenggelam tujuh kaki ke dalam tanah! "Kau nak cakap kau tulis surat ni untuk mainkan perasaan aku?"soal lelaki itu bernada marah yang dikawal. Hana menggeleng kepala sekali lagi. "Eh tak...bukan macam tu." Habislah dia!

TintaHitamTanpaAra · 青春言情
分數不夠
78 Chs

Bab 68

"Sorry apa dia?"Nadine pandang tak percaya ke Isabella. Perempuan ni buang tebiat ke?

"You heard me. Saya nak cabar awak untuk kalahkan saya dalam catur, sebagai syaratnya. Sekiranya awak berjaya kalahkan saya dalam jangka masa 30 minit saya akan undurkan diri. Dan sekiranya awak gagal, kedudukan awak sebagai presiden akan diberikan kepada saya." Isabella menarik sengih meleretnya.

Mereka yang ada di meja sidang itu memandang pelik ke arah Isabella. Dah kenapa diva seorang ni nak cabar Nadine. Buang tebiat ke?

"Dan kenapa aku kena setuju dengan idea gila kau ni?"

"Saya tahu sebab awak lah Blaze sanggup pindah ke kelab ini. Kalau tidak mana mungkin dia nak buang masa dengan kelompok nerd macam awak semua ni?"Isabella duduk sandar di kerusi dengan tangan bersilang di dada.

"What?"soal Nadine dengan muka annoying. Terus dia palingkan mukanya ke arah Hana.

Serta merta keningnya mencerlung ke arah rakannya. So maknanya Blaze reka alasan renovate kelab semata nak menyemak dekat sini kerana Hana?

"Dari mana kau dengar semua tu?Blaze?Lelaki muka toya ni pindah sini sebab aku?"Nadine tunding jari ke arah Blaze yang duduk di sebelah Hana sebelum meledak ketawa sebesarnya. "Buahahahahahaha..."Nadine lontarkan kepala ke belakang hampir hendak tergolek ke belakang, mujurlah ada anak buah Blaze berdiri dekat sebelahnya. Sempat Nadine diselamatkan.

Blaze hanya menarik sengih sinis selepas mendengar komen Nadine tentang dirinya. Sementara Isabella berkerut kening tak puas hati.

Nadine duduk tegak semula. Dia seka air mata dari matanya sambil ketawa.

"Itu adalah lawak yang paling terbaik pernah aku dengar. FYI Miss Isabella Norman, Mamat muka toya ni bukan citarasa aku. Dan kau bukan citarasa dia. Kalau kau fikir dia ke sini sebab aku kau silap. Dia sama sekali bukan ahli kelab catur. Main catur pun tak reti."kata Nadine dibalik ketawanya.

Isabella berpaling ke arah Blaze. Wajah gadis itu kelihatan terkejut.

"Tak mungkin...setahu saya Blaze adalah pemain catur terbaik yang pernah saya jumpa. Paling penting, dia beritahu saya yang dia berminat pada gadis yang mahir bermain catur dalam kelab ni?"kata Isabella.

Hana pandang ke arah Blaze dengan renungan risau. Lelaki tu masih mencari siapa identiti gadis misteri catur online tu ke?

"Saya dengar dari pelajar-pelajar akademi awak adalah juara bertahan berturut-turut di akademi ini."Isabella tunding jari ke arah Nadine pula. "Jadi pasti awaklah orangnya."

"Aku rasa kau salah orang."Nadine pandang kasihan ke arah Isabella. Gadis ini pindah ke sini semata demi Blaze, tapi tak ada peluang langsung sebab Blaze dah kemaruk sangat dengan Hana. "Orang tu bukan aku, dan juara bertahan tu pun bukan aku."

"Kalau bukan awak siapa?"soal Isabella.

Dengan serentak anak buah Nadine dan Blaze memalingkan kepala ke arah Hana yang mendiamkan diri sejak tadi. Isabella memandang ke arah yang sama lalu bertemu mata dengan Hana.

Blaze menguap pada masa yang sama lalu mengangkat tangan ke atas untuk menggeliat sebelum tangannya hinggap di bahu Hana.

"Aku rasa idea ni bagus. Apa kata kau lawan catur dengan Hana. Dan sebagai syaratnya, kau kalah kau berhambus dari sini dan putuskan pertunangan kau dengan Yuta."aju Blaze."Kau menang, kau boleh bersama dengan aku seperti yang kau inginkan."

Isabella memandang Blaze dengan kening terangkat tinggi.

"Betul ni?"tanya Isabella yang berasa yakin dia dapat kalahkan Hana tak sampai 15 minit perlawanan dimulakan. Juara bertahan konon!

Hana terus tampar peha Blaze kerana marah dengan cadangan lelaki itu. Sesuka hati jer buat keputusan.

Blaze mengetap bibir menahan bisa tamparan Hana. Nyaris nak menjerit dia dekat situ.

"Yes."angguknya sambil mengusap kesan tamparan itu.

"Okay call. Saya terima."setuju Bella.

Nadine membuat muka lalu bangun dari kerusi itu.

"Nasib kau lah perempuan. Liam buatkan saya air."arahnya sewaktu jalan mendekati meja kerjanya. "Dan juga sediakan tisu untuk Cik Isabella kita ni..."Nadine menjuoh bibir ke Isabella semasa dia jalan dengan tangan bersilang di dada.

"Baik."Liam bangun dari situ sambil diperhatikan oleh Candice.

Hana menekap dahi sambil menggeleng kepala. Tak pasal-pasal dia terlibat sekali dengan masalah Blaze.

"Apa lagi. Marilah kita mulakan sebelum kelas bermula."aju Isabella dengan bersemangat.

"Girl you don't know with who you mess with." geleng Nadine dengan muka kesal saat memandang Isabella.