webnovel

Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia. ********************** Tahu tak perasaan bila kita dah terlalu excited sangat sampai tak fikir apa-apapun sebab dalam kepala kita Cuma ada satu perkara jer?Terlalu excited sampai boleh buat silap yang mana kita akan menyesal tak sampai lima saat kemudian. Itulah yang sedang dia rasa sekarang ni! Kenapa?Kenapa ramai-ramai manusia dekat dalam akademi ni, orang ni jugak yang di langgar!Kenapa?!!!!! "Menarik..."ucap lelaki di depannya sambil mengipas-ngipas surat cinta yang bertampal dengan sticker love itu di tepi muka. Membuatkan bau minyak wangi di kertas itu menerpa rongga hidung. Hana pandang surat cintanya dengan bibir terketap rapat. Nak menangis pun ada. "So kau nak beritahu aku kau sukakan dekat aku sejak kali pertama kau pandang aku?Macam tu?" soal lelaki di depannya sambil membaca isi surat itu sekali lagi. Hana membuat muka terkejut lantas menggeleng kepala laju-laju. Lelaki di depannya ini adalah manusia terakhir yang dia akan suka walaupun dunia nak kiamat. "Senior...saya tak sengaja. Maafkan saya. Bukan niat saya langgar senior...surat tu sebenarnya-"kata-kata Hana terhenti apabila lelaki di depannya mengangkat tapak tangan di depan muka "Stop. Aku tahu..."lelaki itu lipat surat itu lalu berdiri menghadap Hana dengan tangan bersilang di dada. Seseorang tolong lah galikan kubur untuk dia. Dan dendangkan lagu Taylor Swift masa pengebumian dia. Sebab Hana yakin lepas ni lelaki depannya ini akan maki dia sampai dia tenggelam tujuh kaki ke dalam tanah! "Kau nak cakap kau tulis surat ni untuk mainkan perasaan aku?"soal lelaki itu bernada marah yang dikawal. Hana menggeleng kepala sekali lagi. "Eh tak...bukan macam tu." Habislah dia!

TintaHitamTanpaAra · 青春言情
分數不夠
78 Chs

Bab 55

Hari Rabu tiba dengan pantas. Seperti yang diberitahu oleh Adam, tunang Yuta tiba di akademi tengah hari itu jugak.

Dengan grand openingnya, gadis berambut panjang beralun dengan muka ala-ala model dan tubuh kurus lampai seperti Gigi Hadid, tunang Yuta berjalan masuk ke dalam cafeteria dengan dua orang pengawal keselamatan di belakang.

Kehadiran gadis itu amat menggemparkan akademi. Terutama sekali pelajar perempuan yang asalnya dari kelab peminat Kim Yuta.

Meroyan habis mereka semua lepas tahu Yuta sebenarnya telah bertunang. Dengan anak Menteri Pertahanan lagi tu. Memang tak ada peluanglah jawabnya.

Lepas tiga hari ketibaan gadis itu di Akademi Cross Sword, pelajar lelaki mula tunjuk hidung belang masing-masing. berasa tertarik dengan kecantikan gadis itu.

Siap senaraikan lagi pelajar perempuan dari yang paling hodoh kepada yang tercantik sekali. Semata nak beritahu gadis itu adalah yang paling cantik!

Hana yang semakin lama semakin terbiasa perlahan-lahan memudarkan perasaan sukanya pada Yuta.

Walaupun sakit tapi Hana terima kenyataan. Siapalah dirinya kalau nak dibandingkan dengan tunang Yuta itu. Tapi masalahnya sekarang kenapa perempuan tu boleh menyemak dalam kelab catur mereka sekarang.

"Hai..saya Isabella Norman. Selamat berkenalan."gadis berambut panjang ikat satu itu tersenyum menghadap mereka semua yang berkumpul di ruang tengah kelab catur.

"So?""soal Nadine dengan menyampah. Tiba-tiba jer nak menyemak dekat sini. Pergilah berkepit dengan tunang kesayangan. Bukan ke itu tujuan perempuan ni ke sini. Untuk bonding dengan Yuta.

Mata Isabella mengerenyet jengkel apabila Nadine yang terlebih dahulu bersuara dekat situ. Dia pandang Nadine seperti Nadine itu cencorot sesat dalam sistem kumbahan. Tapi dia tidak tunjuk, takut imej dia akan terjejas di situ.

"Saya berminat untuk sertai kelab catur ni." "aju Isabella.

"Dah penuh."sentap Nadine sambil menyilang tangan ke dada.

Memang tak lah dia nak izinkan perempuan ni menyemak dalam kelabnya yang sedia crowded dengan kelab bola keranjang. Tak nak dia penuhkan lagi. Sesak!Menyibuk!

Isabella menarik senyuman terpaksanya sambil mengetap gigi. Dada dia waktu itu penuh dengan kata-kata sumpah seranah yang mahu dilampiaskan kepada Nadine.

"Dan siapa awak?"soalnya pada Nadine.

"Nadine, Presiden Kelab Catur."jawab Nadine dengan nada sentap dia.

Isabella mengetap rahang sekuat hati. Kenapa pulak perempuan mulut longkang ni boleh jadi presiden!

Masa itulah pintu kelab itu terbuka, muncul Blaze dan beberapa rakan lelaki itu berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut. Lelaki itu yang mengesan suasana tegang memandang bingung sekeliling. 

Belum sempat dia hendak bersuara, terlebih dahulu Isabella berpaling dan bertentang mata dengannya.

"Blaze..."panggil Isabella dengan riang. Jelas terpancar wajah berseri-serinya apabila melihat lelaki kacak itu."Sini rupanya awak...jenuh saya cari awak..."Isabella jalan mendekati Blaze lalu merangkul lengan lelaki itu seperti lelaki itu pula tunangnya.

Hana yang lihat berkerut kening, matanya terus terarah pada tangan berjari jemari kuku tajam berwarna merah di lengan Blaze. What the hell?

"Apa kau buat dekat sini?"tanya Blaze semasa menyambung langkahnya dan bergerak ke arah sofa sambil diperhatikan oleh semua orang di dalam bilik tersebut.

Nadine yang lihat menjuling mata menyampah lalu dia berpaling ke meja kerjanya dan menyambung urusan yang tergendala gara-gara kehadiran Isabella tadi.

"Saya tanya Yuta awak dekat mana, dia beritahu awak dekat kelab catur, itu yang saya datang. Saya ingat nak apply jadi ahli dekat sini, tapi presiden kelab yang bermulut 'manis' sana tu kata dah penuh.""Isabella menjuih bibir ke arah Nadine.

Nadine di dalam mental sudah berangan hendak berikan jari tengah pada Isabella sewaktu mendengar namanya di ungkit.

Hana yang lihat menggigit bawah bibir kerana geram sebelum melangkah keluar dari kelab itu.