webnovel

Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella

Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia. ********************** Tahu tak perasaan bila kita dah terlalu excited sangat sampai tak fikir apa-apapun sebab dalam kepala kita Cuma ada satu perkara jer?Terlalu excited sampai boleh buat silap yang mana kita akan menyesal tak sampai lima saat kemudian. Itulah yang sedang dia rasa sekarang ni! Kenapa?Kenapa ramai-ramai manusia dekat dalam akademi ni, orang ni jugak yang di langgar!Kenapa?!!!!! "Menarik..."ucap lelaki di depannya sambil mengipas-ngipas surat cinta yang bertampal dengan sticker love itu di tepi muka. Membuatkan bau minyak wangi di kertas itu menerpa rongga hidung. Hana pandang surat cintanya dengan bibir terketap rapat. Nak menangis pun ada. "So kau nak beritahu aku kau sukakan dekat aku sejak kali pertama kau pandang aku?Macam tu?" soal lelaki di depannya sambil membaca isi surat itu sekali lagi. Hana membuat muka terkejut lantas menggeleng kepala laju-laju. Lelaki di depannya ini adalah manusia terakhir yang dia akan suka walaupun dunia nak kiamat. "Senior...saya tak sengaja. Maafkan saya. Bukan niat saya langgar senior...surat tu sebenarnya-"kata-kata Hana terhenti apabila lelaki di depannya mengangkat tapak tangan di depan muka "Stop. Aku tahu..."lelaki itu lipat surat itu lalu berdiri menghadap Hana dengan tangan bersilang di dada. Seseorang tolong lah galikan kubur untuk dia. Dan dendangkan lagu Taylor Swift masa pengebumian dia. Sebab Hana yakin lepas ni lelaki depannya ini akan maki dia sampai dia tenggelam tujuh kaki ke dalam tanah! "Kau nak cakap kau tulis surat ni untuk mainkan perasaan aku?"soal lelaki itu bernada marah yang dikawal. Hana menggeleng kepala sekali lagi. "Eh tak...bukan macam tu." Habislah dia!

TintaHitamTanpaAra · 青春言情
分數不夠
78 Chs

Bab 49

Pada hari ini, perpustakaan dipenuhi dengan pelajar-pelajar seperti kebiasaannya. Ruangan berhawa dingin itu buatkan keadaan perpustakaan menjadi senyap dan tenang tanpa pencemaran bunyi.

Tidak jauh dari meja yang dipenuhi dengan pelajar belajar, Hana duduk dikelilingi timbunan kertas dan buku kerja sekolahnya. Tekun menyiapkan kerja sekolahnya seperti yang diarahkan Nadine. Kalau tak siap Hana tak dibenarkan main game online malam ni.

Sedang Hana tunduk menulis sesuatu, seseorang muncul dari belakang lalu memakaikan headfon di kepala. Tidak semena rentak lagu menyapa telinga dia.

Terus Hana duduk tegak, dia mengangkat kepala dan toleh ke kanan sambil memegang headfon di kepala sebelum satu ketukan terasa di bahu kirinya. Bila dia toleh, wajah Ace terjegul tepat di depan mukanya. Buatkan mata dia terbutang luas kerana terkejut dan menekup mulut untuk elak dari menjerit.

Ace tersenyum apabila melihat reaksi Hana. Gadis ini kelihatan comel bila terkejut. Yang mana menjadi kesukaan dia untuk menyakat.

Hana pandang Ace dengan muka blur-blur sebab tak tahu kenapa lelaki itu ada dekat sini.

"Apa awak buat?"bisik Hana dengan perlaha .

Tanpa bersuara, Ace meletakkan satu botol gula-gula di atas meja sebelum tunduk mengucup dahi Hana laju-laju.

Hana terkebil-kebil dekat situ mendiamkan diri sebab tak sempat nak proses semua kejadian yang berlaku sekelip mata. Baru dia hendak buka mulut Ace sudah bangun dan menghilang di celah rak-rak buku di situ.

Hana jengah kepala hendak cari bayang Ace tapi sebaliknya orang lain pula yang muncul dari kejauhan. Dia tak sempat hendak sembunyikan diri sebab masa tu jugak mata dia bertembung dengan mata hazelnut milik lelaki tersebut.

Apa lagi pulak ni?

Hana perhatikan saja langkah lelaki dengan renungan menakutkan itu mendekatinya.

Dengan mulut ternganga seperti budak terencat, Hana tatap Blaze bila lelaki itu berdiri di tepi meja dimana dia berada.

Kehadiran Blaze menarik perhatian pelajar-pelajar semeja Hana. Lelaki mahupun perempuan semua terarah pada lelaki segak dengan muka samseng dekat sebelah kanan mereka itu.

Dengan hanya satu jelingan mata saja semua orang dekat meja itu bangun mendadak dan mencicit menjauhkan diri setelah selesai mengangkat barang-barang mereka.

"Ada apa ni?"tanya Hana dengan bingung.

Blaze turunkan headfon dari kepala Hana dengan kasar sebelum tarik gadis itu bangun dari kerusi.

"Ikut aku.."gesa dia.

Hana yang masih terpinga-pinga diheret seperti anak patung ke belakang perpustakaan tanpa protes.

Kejap-kejap kakinya hendak tersandung, tapi mujurlah cengkaman Blaze pada lengannya atas membantu Hana untuk tidak terjatuh seperti karung kentang di situ.

Blaze bawa mereka berdua ke satu lorong dimana jauh dari perhatian dan pandangan mata orang. Lelaki itu kemudiannya mendorong Hana kedalam lorong rak terlebih dahulu sebelum menyandarkan Hana ke rak buku di situ.

"Auw..sakit la. Apa kena ni?"aduh Hana.

Terkedip-kedip mata Hana masa dirinya di tarik dan ditolak dengan Blaze.

Blaze mengalaskan tangannya di belakang kepala Hana sewaktu gadis itu bersandar ke rak untuk elakkan gadis itu terhantuk.

"Ap-"Hana tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Blaze mengucup bibirnya.

Blaze pegang belakang kepala Hana dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi berada di belakang badan Hana. Memegang gadis itu dengan kemas agar tidak bergerak sewaktu dia mendalamkan kucupannya.

Hana pejam mata rapat-rapat semasa tangannya di dada lelaki itu. Cuba menolak lelaki itu jauh darinya. Tapi tiada gunanya.

"Ummphh."jerit Hana dibalik kucupan itu sambil menumbuk-numbuk dada Blaze.

Blaze tidak berganjak, dia menyondongkan kepalanya sewaktu mengeratkan pegangannya pada Hana apabila gadis itu memberontak mahu menolak badannya.

Setelah seketika Blaze jauhkan diri untuk dapatkan udara.

Nafas Hana naik turun sesak sebab mencari udara selepas disekat oleh Blaze buat beberapa ketika. Dia hendak bersuara, tapi tak berani, takut kalau lelaki ini akan mengucup bibirnya seperti mana lelaki itu biasa lakukan kalau dia banyak bercakap.

"Jangan bergerak."arah Blaze saat merenung marah ke mata Hana.

Hana tak sempat nak menolak apabila Blaze kembali mengucup bibirnya. Mulanya Hana ingat Blaze akan berlaku kasar, tapi sangkaannya meleset. Bibirnya dikucup dengan lembut oleh Blaze dan pegangan lelaki itu padanya juga tidak kuat seperti tadi. Buatkan Hana terdiam di situ.

Tidak lama selepas itu Blaze menjarakkan diri. Dia pandang Hana sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

Hana yang tidak sempat hendak ambil nafas tercekik udara dengan pelukan maut Blaze. Apa kena lah dengan lelaki ni.

"Sa-saya tak boleh bernafas.."maklum Hana.

Blaze yang dengar tersentak, dia jauhkan dirinya dari Hana. Hana mengangkat kepala memandang Blaze.

"Berhenti kiss saya macam ni lah.."Hana tampar dada Blaze dengan marah.

"Kau dah suka aku belum?"soal Blaze tiba-tiba.

Hana berkerut kening.

"Dah kenapa tanya soalan ni pulak.."sungut Hana.

"Sampai kau suka aku, aku takkan berhenti."

Mata Hana terbutang luas. "Apa dia?"

"Aku akan kiss kau sampai kau sukakan aku."

"No way I'm gonna like you!"bantah Hana. Dia menyilang tangan ke dada kerana marah pada diri sendiri sebab dia suka bila dengar Blaze cakap macam tu yang sepatutnya dia benci bukan suka.

"Apa kurangnya aku, handsome, kaya, tough.."

Blaze mendabik dada bangga depan Hana.

Hana buat muka sebelum tersembur ketawa.

"Hahaha..please lah...jangan nak perasan boleh tak."

Blaze yang dengar picit hidung Hana lalu ditarik perlahan.

"Hello..appriciate sikit eh....tak sedar diri tu Duck Face..untung ada abang handsome macam aku ni nakkan kau.."Blaze acah-acah betulkan kot kemeja dia.

Hana berasa hendak termuntah hijau dekat situ jugak lepas dengar semua tu.

"Mana?Tengok?Tang mana handsomenya?" tanya Hana semasa menyelak kot Blaze mencari sesuatu. "Huh?Mana?Tunjuk lah..tak nampak pun.."

Blaze tunduk memandang Hana lantas tersenyum. Dia menekup kedua-dua pipi Hana dan di bawa dekat ke mukanya. Dia sandarkan dahi Hana ke dahinya lalu dia laga-lagakan hujung hidungnya pada hidung Hana.

"Jawab mesej aku malam nanti."pesan Blaze sambil tu. "Kalau tak aku sendiri pecah masuk asrama kau.."pesannya sewaktu melepaskan wajah Hana.

"Bossy.."cebik Hana sambil berkerut kening.

Blaze terus jentik kerutan kening Hana setelah melihat gadis itu membuat muka.

Hana gosok keningnya dek jentikan tadi sambil menarik muncung tidak puas hati. "Apa ni. Sakit tahu tak!"

"Dengar tak?"soal Blaze sambil meletakkan jari di bawah dagu Hana dan dongakkan kepala gadis itu supaya memandangnya.

Mata hazelnut terang itu di tenung Hana dengan lama, seakan gadis itu terpukau dibalik renungan itu dengan sendiri kepalanya mengangguk kepala.

"Ya..."balas Hana dengan jengkel yang mengudang senyuman di bibir Blaze.