Bulan 12, setelah berbulan-bulan kenal bersama Siti, Hilal telah ulang-alik ke rumah perempuan itu bersama Asyraf, Naufal dan Nabila. "Assalamualaikum, Aqill!!!" jerit Asyraf dan terus angkat budak itu. "HAHAHAHA, ABANG ASYRAFF!" Aqil menjawab dengan gembiranya. Selama mereka mengunjung, Asyraf dan Naufal telah menjadi kawan baik Aqil, budak itu lebih memandang mereka sebagai abangnya sendiri. Nabila pula sering berborak bersama Siti, diikuti Hilal.
"Nasib baik exam dah habis, boleh lah kita lepak macam ni." kata Naufal sambil meneguk segelas air. Asyraf mengangguk, dia bukanlah seorang yang berminat dengan akademik. Lain dengan Hilal, pelajar yang mahir dalam akademik bahasa. Siti dan Nabila pula pandai dalam bidang kira-kira, Matematik dan Sains. "Mentang-mentang kita cuti 3 minggu, korang nak pegi pantai tak, kita tidur sana sekali?" Nabila bersuara, dia telah lama bercadang untuk bercuti ke pantai bersama Siti, Farah dan Fariha. Kedua lelaki tadi terus lompat bergembira, diikuti Aqil yang diangkat oleh Asyraf. "Tapi mana nak dapat duit tu?" tanya Naufal. Mereka semua diam, berfikir cara untuk mendapatkan duit. Hilal hanya dengar, dia kemudian bangun dan terus menelefon seseorang. Mereka berlima hanya memandang Hilal dengan wajah tertanya-tanya, "Okey, baiklah." dia kemudian menoleh ke arah mereka.
"Abang Dzul dan cikgu Faez akan ikut kita, dan duit itu, kita guna duit aku." kata Hilal dengan nada yang gembira. Mata mereka terbeliak, tidak sangka begitu cepat semua ini di settlekan dalam sekelip mata. "Hi- Hilal takpelah, duit tu kan kau nak guna untuk bukak kafe kau nanti.." kata Asyraf. Hilal tersenyum, "Tak apa Acap. Aku nak pergi jugak sebenarnya, so kita pergi lah sama-sama okey?" sambung Hilal dengan senyuman nipis yang terukir di bibirnya.
"Hehe, baiklah thanks Hilal." kata Asyraf sambil menepuk bahunya. Lelaki itu hanya mengangguk. Mereka kemudian sambung untuk brief berkenaan dengan bercuti di pantai. Setelah hampir 2 jam setengah di rumah Siti, mereka akhirnya mula untuk pulang. Hilal adalah orang terakhir. "Siti, minggu depan jangan lupe tau?" kata lelaki itu. Siti senyum, kemudian dia memberi salam. Hilal menjawab salamnya dan terus keluar dari rumah tersebut.
Di Latte Decafe...
Hilal hampir 5 minit berjalan dari rumah Siti akhirnya tiba di kafe tersebut. "Assalamualaikum, Pak Ngah Hilal dah balik." katanya sambil masuk ke dalam. Pak Harith menjawab salam di dalam hati, dia sedang melayan pelanggan di kaunter. Remaja itu senyum nipis dan terus naik ke atas. Setelah dia masuk ke dalam bilik, dia duduk di kerusi dan berfikir, "Apa aku nak masak eh sana?" lama berfikir sehingga berkerut dahinya. Lama berfikir, dia akhirnya menyerah kalah dan bersiap untuk menunaikan solat maghrib.
Niat Solat Fardhu Maghrib (seorang) :
اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.
Setelah selesai, lelaki itu kemudian turun ke bawah bagi menyambung bantu Pak Harith. "Hilal, kamu boleh tolong buangkan sampah dulu tak? Pak Ngah nak cuci pinggan sekejap." katanya. Remaja itu mengangguk dan kemudian terus keluar untuk membuang sampah. Dia kemudian masuk dan basuh tangannya, secara tiba-tiba seorang wanita masuk ke dalam. "Assalamualaikum~" wanita itu memberi salam dengan senyuman. "Wa'alaikumussalam." jawab Hilal dan Pak Harith. Hilal kemudian menjaga kaunter dan menanya pesanan wanita tadi. Remaja itu akan masak Omurice dan menyediakan Green Tea untuk di makan bersama Egg Tart dan Ice Chocolate untuk dibungkus. Setelah beberapa minit semuanya siap dan dibawa ke meja wanita itu. "Nah, pesanan puan." katanya sambil meletakkan makanan dan bungkusan yang dipesan. Remaja itu kemudian pulang ke kaunter untuk mengemas.
OMURICE:
Omurice atau omu-rice (オムライス, Omu-raisu) ialah hidangan Jepun yang terdiri daripada omelette bersama nasi goreng dan telur goreng hancur yang nipis, dan sering di letakkan sos di atasnya.
"Sedapnya kamu masak~" kata wanita itu dengan senyuman terukir di wajahnya sambil mengunyah makanan tersebut. Hilal hanya tercegat di situ. Malu. Dia kemudian menunduk menunjukkan penghargaan kepadanya. Wanita itu kemudian selesai makan, dan kemudian ke kaunter untuk bayar pesanannya. "Semuanya RM 16.80 sen." kata Hilal sambil menghulurkan resit. Selesai bayaran. "Dik, terima kasih~" kata wanita itu, dan terus keluar daripada kafe tersebut. Remaja itu hanya senyum kepada pelanggan itu tadi.
Setelah mengemas, dia kemudian naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia kemudian sambung berfikir apa untuk masak dan bawa pada hari bercuti itu nanti.
BERSAMBUNG...
༺ Kata-kata Penulis ༻
Assalamualaikum!! Sorry sebab hampir dua bulan takde new post. Busy dengan exam and everything.. but takpe, insyaallah new chapters will be posted, so tunggu je eh! Hari ni nak tekankan bab 'sedekah'.
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
"Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya."
(Muslim)
So, kite sebagai muslim banyakkan lah sedekah. Tambahkan pahala, bukan semua orang perfect tau, min pon tak perfect. Tapi kite berusaha untuk kembali ke jalan yang benar perlahan-lahan, salah satu caranya adalah dengan bersedekah. Lebih afdal pada bulan Ramadan. Itu saje untuk chapter ni, sori sebab sikit sangat haa, jaga diri and as always.. see you in Jannah. Assalamualaikum!!
- Chissai