Guan Rui menampar Guan Zhichen dengan kuat.
"Diam! Saya suruh kamu minta maaf kan! Tak dengar ke? Tak kisahlah kalau ada orang lain yang bergosip pasal tu. Tapi macam mana kamu boleh percaya semua tu mudah sangat? Qingyu nampak normal je!"
Walaupun dia sangat menyayangi cucunya, dia perlu melakukan sesuatu untuk mengawal keadaan supaya menjadi tenang semula.
Guan Rui mempunyai agenda lain dalam fikirannya. Walaupun apa yang sudah berlaku hari ini mungkin membuatkan Lu Chongshan tidak gembira, tetapi Lu Qingyu akan menjadi tidak berguna lagi selepas ini. Salah seorang pesaing untuk menjadi pengganti sudah disingkirkan dengan mudah.
Dia terpaksa melayan Zhichen dengan cara sebegini.
Guan Zhichen terkejut, dia tidak percaya dengan apa yang sudah berlaku. "Datuk… tampar saya."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者