webnovel

Putera Emas Berkilauan

編輯: EndlessFantasy Translation

"Presiden Lu, ini…" Pemilik bar berasa bingung. Dia langsung tidak memahami bagaimana situasi ini boleh terjadi.

Lu Tingxiao memandang pengurus wanita dengan riak wajah yang dingin. Rasa bersalah terpapar jelas pada wajah pengurus wanita itu. Lu Tingxiao memerhati bilik stor itu dan ternampak sebuah tangga di bawah tingkap. Saiz tingkap itu sebesar seorang budak. Dia boleh mengagak anaknya telah keluar melalui tingkap itu, dan perempuan yang terbaring di atas lantai telah terjatuh dari tangga itu ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Dia melambai tangannya supaya semua orang bersurai. Kemudian, dia berjalan ke arah wanita itu dan terus mengangkatnya.

Dalam pelukannya, aroma yang lembut, sejuk dan segar dari sebelum ini telah kembali, bahkan lebih jelas lagi.

Apabila ternampak Lu Tingxiao mengangkat Ning Xi, Si Cilik tidak berusaha untuk menghalangnya. Namun, keengganan terpapar dari riak wajahnya, seolah-olah hendak memberitahu bahawa dia boleh mengangkat wanita itu, jika dirinya lebih besar.

Di dalam Hospital Republik Rakyat Pertama di Kota Raya B.

Pada waktu Ning Xi bangun, hari sudah berganjak ke hari seterusnya.

Ketika dia membuka matanya, dia terlihat seorang lelaki duduk di atas kerusi tepi tingkap.

Kakinya yang panjang disilangkan dengan bersahaja. Dia memakai baju tempahan yang menampakkan bahunya yang luas dan pinggang yang langsing. Kemeja putihnya dibutangkan sehingga ke kolar. Dia duduk di bawah sinaran matahari, tetapi tubuhnya kelihatan diselubungi suasana sejuk purba. Sikapnya yang dingin dan tenang menampakkan seperti seorang maharaja dari zaman dulu kala.

Lelaki itu perasan dia sedang diperhatikan, lalu mengalih pandangan kepada Ning Xi seakan laut yang dalam. Renungan yang dingin seolah-olah menembusinya.

Renungan itu membuatkan Ning Xi rasa terganggu, seperti pisau pembedahan yang tajam sedang membelah tubuhnya, sedikit demi sedikit. Ia membuat tulangnya menggigil.

Oleh itu, Ning Xi membuat keputusan untuk menyertai pertempuran renungan itu. Dia tidak mahu kalah kepada orang asing ini dan renungannya yang tidak enak. Dia bertanya dengan tidak sabar, "Encik, izinkan saya bertanya. Bagaimana saya boleh berada di sini? Adakah encik ternampak seorang budak kecil? Dia berusia empat hingga lima tahun. Dia tidak suka bercakap. Budak itu kelihatan putih dan lembut, tetapi nampak sedikit membosankan!"

Membosankan…

Lelaki itu menaikkan alisnya apabila mendengar penerangannya, kemudian memandang ke kanan Ning Xi. Dengan suara yang sedingin penampilannya, dia bertanya, "Adakah kamu bercakap mengenai Si Cilik?"

Ning Xi mengikuti pergerakan matanya dan ternampak budak kecil yang putih lagi lembut terbaring di atas katil kecil di sisi Ning Xi.

"Ya! Inilah dia! Namanya Si Cilik?"

Ning Xi berasa lega melihat Si Cilik. Dia merasa dahi Si Cilik untuk memeriksa suhu. Nasib baik demamnya sudah reda.

Sebelum itu, ketika dia membantu budak kecil ini untuk melarikan diri dari bilik stor di dalam bar itu, dia sedikit menyesal. Dia hanya budak kecil, dengan demam yang tinggi. Di dalam tempat yang teruk seperti bar wain itu, apa-apa pun boleh terjadi padanya. Dia tidak dapat bayangkan apa yang berlaku jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak kecil itu.

Ning Xi berpaling kepala untuk menghadap patung ais itu. "Adakah kamu…?"

Sebaik sahaja dia melemparkan soalan itu, Ning Xi sedar dia tidak perlu bertanya.

Lelaki dan budak kecil ini sememangnya datang dari satu acuan yang sama. Tidak dapat dinafikan bahawa mereka berdua ini bapa dan anak.

Walau bagaimanapun, patung ais itu menjawab, "Ayah."

"Hai si cantik! Kamu dah bangun. Saya bapa saudara kedua kepada Si Cilik!"

Tiba-tiba, satu wajah besar bergegas ke arahnya dan mengejutkan dia sehingga dia perlu undur ke belakang. Apabila dia melihat dan menatap wajah lelaki itu, dia pun berhenti. "Lu… Lu Jingli?"

Dia adalah putera kedua Perbadanan Lu, dan juga bos Hiburan Keagungan Dunia. Selain penampilannya dan gelarannya yang menakjubkan, dia juga seorang kaki perempuan. Penampilan dia dalam skandal media jauh lebih banyak dari selebriti dan artis-artis.

Ning Xi tidak mungkin dapat melupakan wajahnya.

Kalau patung ais itu ialah bapa kepada Si Cilik, dan Lu Jingli pula merupakan bapa saudara yang kedua kepada Si Cilik…

Maka, patung ais itu abang Lu Jingli, iaitu Lu Tingxiao?

Lu Tingxiao merupakan Dewa Kekayaan di Kota Raya Jing. Kewujudannya seperti raja tanpa mahkota!

Siapa yang dapat menjangka bahawa budak kecil yang dia selamatkan itu adalah anak luar nikah Lu Tingxiao, Putera Emas yang Berkilauan…