Bila Lu Tingxiao mendengar kata-kata Lu Jingli, dia langsung tidak mengedipkan matanya. Bibirnya yang nipis menyebut tiga perkataan dengan dingin, "Musnahkan rakaman tu."
Lu Jingli serta-merta berasa seperti dicurah dengan satu baldi air sejuk. "Apa? Tuhan pun tengah tolong kamu! Kamu tak nak dengar pun rakaman ni?"
Lu Tingxiao kelihatan semakin dingin. "Nak saya cakap dua kali?"
Lu Jingli cepat-cepat menganggukkan kepalanya seperti seekor ayam yang sedang mematuk nasi selepas sedar yang abangnya memang sangat marah. "Okey, okey, okey... Saya akan musnahkan... Saya akan musnahkan..."
Ai, dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada abangnya. Lelaki ini terlalu berprinsip dan tidak fleksibel! Perangainya hanya berubah bila dia berada di depan Xiao Xi Xi.
Tetapi, dia berbeza dengan Lu Tingxiao. Mulutnya cakap ya, tetapi di dalam hatinya, dia tahu yang dia tidak akan betul-betul musnahkan rakaman itu.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者