[Xiao Xi yang Manis: Macam mana kamu tahu?]
[Raja Syaitan Kaya: Mengarut! Kamu ingat saya tak cam ke bilik belajar pak cik saya sendiri?]
[Xiao Xi Yang Manis: Tapi latar di belakang saya hanya dinding, kan?]
[Raja Syaitan Kaya: Cakap saja ya atau tidak!]
[Xiao Xi Yang Manis: Ya! Tapi panjang ceritanya, saya beritahu kamu nanti. Fokus, kita dah nak mula!!]
Ning Xi meletakkan telefonnya ke tepi dan menumpukan perhatian untuk persiapan siaran langsung itu.
Selepas menghantar pesanan ringkas kepada Jiang Muye, dia mendapati sudah banyak komen diterima daripada peminat-peminatnya di siaran langsung itu.
[Ning Xi sangat cantik! Gaya solekan polos ke hari ni?]
[Xi Xi, bagaimana pencapaian kamu? Pandai ke kamu bermain? Saya pun main permainan ini! Saya sangat gembira!]
[Saya ingatkan bilik dewi berwarna merah jambu tetapi nampaknya ia berwarna perak… sangat hebat!]
…
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者