webnovel

Kamu Menujuk-nunjuk Dekat Saya Ke?

編輯: EndlessFantasy Translation

Selain itu, kejadian yang berlaku hari ini mungkin bertujuan untuk mengumpan tentera simpanan Lu Tingxiao keluar. 

Walaupun bilangan mereka kecil, sesiapa pun sudah boleh menjangka betapa berkuasanya tentera simpanan Lu Tingxiao itu. Apa yang paling penting, tentera simpanan itu tidak kurang hebatnya berbanding organisasi mereka…

"Ini tak boleh diteruskan lagi, saya akan selamatkan Bro Xi! Sekarang, Bro Xi je yang boleh hentikan semua ni!" jerit Annie.

Feng Xiaoxiao menghalang Annie. "Apa yang kamu boleh buat!? Kamu bukannya pandai berlawan, angkat pintu pun kamu tak boleh. Tunggu je dekat sini, saya yang akan pergi!"

"Tapi, kalau Bos salahkan kita…" Annie berasa bimbang. 

"Kamu berdua anak buah dia. Mestilah kamu tak boleh pergi. Walaupun saya pun sebahagian daripada Organisasi ni, saya ni macam pekerja sambilan je. Saya masih ada kumpulan "Dosa" kalau saya ada masalah! Jangan risau!" Kemudian Feng Xiaoxiao bergegas masuk ke dalam rumah itu. 

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者