Selepas Lu Tingxiao menamatkan perbualannya dengan Guan Ziyao, matanya beralih ke arah Ning Xi dan dia perasan Wang Shengzhe yang duduk di sebelah Ning Xi.
Riak wajah dingin lelaki itu berubah sedikit. Dia meminta diri daripada Guan Ziyao dan menuju ke arah Ning Xi…
…
Taman kecil keluarga Mo betul-betul cantik dan mempunyai pemandangan yang menarik. Ning Xi duduk di sudut yang mempunyai tumbuh-tumbuhan menjalar dengan bunga-bunga yang mekar padanya. Di sebelahnya terdapat sebuah kolam yang memantulkan cahaya bulan penuh.
Apa yang lebih cantik daripada pemandangan tadi ialah gadis yang berada di situ.
Tapi gadis itu hanya memusatkan tumpuannya ke arah Lu Tingxiao dan Guan Ziyao.
Apa yang mereka cakapkan? Lamanya! Tak guna betul!
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者