Mereka memperkenalkan diri sekali lagi selepas Ke Mingyu sampai. Ke Mingyu lebih pemalu. Dia duduk dan membaca skripnya seorang diri selepas bertegur sapa dengan semua orang.
Tak lama kemudian, set untuk babak itu siap.
"Baiklah, semua! Kita dah nak mula! Ning Xi, Ji Yumeng, bersedia!" pinta Chen Mian.
Adegan pertama ialah tentang kawan baik watak utama yang dikhianati lelaki yang jahat dan watak utama akan memujuknya.
Watak utama bernama Ji Feixue dan dia sedang menyamar sebagai abangnya, Ji Feibai. Hanya kawan baiknya, Ning Xiaomeng sahaja yang tahu tentang rahsianya ini.
"Tiga, dua, satu… mula!"
Penggambaran itu bermula.
Di atas sofa di ruang tamu, Ji Feixue baru selesai mandi dan sedang memakai baju tidur lelaki yang longgar. Rambutnya kusut sedikit dan badannya masih hangat disebabkan mandian air panasnya tadi.
Dia mengeluarkan sebotol air dari peti sejuk dan duduk di sofa lalu memasang TV.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者