webnovel

Bila Mereka Betul-betul Bercium

編輯: EndlessFantasy Translation

Penggambaran bermula.

Penjaja menjual tanglung dan mengadakan teka-teki tanglung yang berderetan di jalan-jalan dan orang ramai sibuk dengan tanglung di tangan mereka. Ada gelak tawa dan perbualan ceria di mana sahaja.

Sun Huanqing terkurung di dalam klinik untuk merawat pesakitnya, jadi Meng Changge menariknya keluar.

Kamera mengekori dua pelakon itu. Di bawah lensa kamera, seorang pemuda dan seorang gadis berlari menyusuri Lorong Changan yang disimbahi cahaya. Ia sebuah pemandangan yang begitu cantik sekali...

Adegan ini tidak mempunyai banyak dialog dan ia banyak memberi fokus kepada pemandangan dan perubahan ekspresi para pelakon.

Meng Changge sedang teruja. Sun Huanqing yang pada mulanya sedikit teragak-agak kini mula dijangkiti keterujaan gadis itu. Mereka berjalan bersama di dalam keramaian itu.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者