"Apa kau kata?" Dewa Perang Gemilang terkejut.
"Sudah tentu, aku terima cabaran kau." Shi Feng tersenyum.
Selepas Shi Feng mengesahkan yang dia telah terima cabaran tersebut, Dewa Perang Gemilang akur dengan keputusannya itu. Asalnya, dia fikir Shi Feng akan menolak cabarannya selepas mendapat tahu kekuatannya yang menakutkan. Dia juga sedang memikirkan cara bagaimana untuk melakukan provokasi atau menaikkan kemarahan Shi Feng supaya dia menerima cabarannya. Nampaknya dia sudah membazir masa sahaja.
Dia terjumpa orang bodoh yang mempunyai masalah mental.
Ros Air telah menerangkan kehebatan Dewa Perang Gemilang kepada Shi Feng. Namun, Shi Feng tetap menerima cabaran itu dengan gembira.
Walau bagaimanapun, ada baiknya juga Shi Feng menyahut cabaran itu. Perbuatannya itu memudahkan lagi kerja Dewa Perang Gemilang.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者