webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · 青春言情
分數不夠
39 Chs

BAB TIGA PULUH LIMA

Pak Jak menghantar Ariel ke pejabat seperti biasa pagi itu. Masih ada beberapa kerja lagi yang perlu dibuat Ariel sebelum dia bertolak ke luar negara pada waktu petang nanti. Sorotan pandangan mata isterinya juga membuatkan dia berat hati untuk berangkat pergi, tapi dia terpaksa kerana dia sudah berjanji. Isterinya juga tidak mahu pergi bersama - samanya dengan alasan dia hanya akan mengganggu kerja Ariel kalau dia ikut bersama nanti.

"Abang pergi dulu.." singgah satu kucupan hangat di dahi Vee.

Pipinya turut tidak di lepaskan Ariel. Vee mencium tangan suaminya dan menghantar langkah Ariel sehingga suaminya itu masuk ke dalam kereta.

"Abang janji, abang akan call sayang setiap hari...." Vee angguk lemah dengan senyuman tipis.

"Jangan paksa diri abang, kalau abang sibuk. Fahamlah Vee nanti kalau abang tak dapat call.... " Ariel angguk.

Lambaian tangan isterinya mengiringi perjalanannya kali ini. Ariel menoleh ke belakang semula, dia melihat isteri kesayangannya itu sehinggalah dia tidak lagi kelihatan dari pandangannya.

Baru beberapa meter keluar dari rumah mereka, Ariel melihat ramai orang berbaju melayu sedang berjalan masuk ke dalam jalan utama menuju ke kawasan perumahan mereka. Dalam ramai - ramai yang dia lihat, cuma seorang sahaja yang dia cukup kenal iaitu Ustaz Suhaimi.

Ariel lantas meminta Pak Jak untuk memberhentikan kereta mereka seketika. Dia teringin untuk menyapa Ustaz Suhaimi pagi itu di sebalik persoalan yang sedang menyelubunginya saat itu....

Pelik! Mereka semua nak pergi mana sebenarnya pagi ni?? Rumah dekat dalam tu cuma ada beberapa buah aje... Humm!

"Assalamualaikum, Ustaz…" sapa Ariel penuh ramah dan sopan sebaik sahaja dia keluar dari dalam kereta.

"Ariel?! Wa'alaikumsalam Warakmatullah… nak ke tempat kerjakah?"

"A'ha, Ustaz. Lepas tu nak pergi lapangan terbang terus. Ada urusan kerja dekat luar. Ramai saya tengok pagi ni ... nak ke mana?" Ustaz Suhaimi kuntum senyuman manis dan lebar.

Barisan giginya yang bersih dan teratur jelas menunjukkan yang dia tidak merokok. Wajahnya juga kelihatan teduh dan bercahaya.

"Kami nak ke rumah depan sana… ada kenduri sikit. Tak tahu pulak kenduri apa sebab saya terlupa nak tanya budak - budak semalam. Kata jemaah masjid, kena datang awal sikit… penting agaknya kot" jelas Ustaz Suhaimi lembut. Dahi Ariel berkerut sedikit.

Rumah dekat depan?...

Seingat Ariel, Rumah yang terletak di dalam dan yang melalui jalan tempat jemaah masjid itu pergi cuma ada empat buah rumah saja. Satu milik keluarga isterinya dan satu lagi milik keluarganya. Manakala dua buah rumah yang lain, Ariel tidak berapa pasti siapakah penghuninya kerana dia tidak pernah lagi bersapa mahupun bertemu di antara satu sama lain. Dia terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk menyapa jiran tetangganya.

"Ooo… begitu" balas Ariel singkat.

Dia malas hendak membuka cerita panjang kerana Ustaz Suhaimi sendiri kelihatan tidak pasti dengan tujuan sebenarnya disitu.

"Kenduri arwah agaknya tu!" balas Ustaz Suhaimi rambang tanpa menyedari ucapannya itu akan mengundang rasa gemuruh Ariel.

Seketika itu jugalah degup jantung Ariel terasa tidak menentu. Teringat dengan kata - kata isterinya pagi tadi. Sebaik sahaja Ustaz Suhaimi meminta diri dan berlalu pergi, Ariel lantas mendail nombor talian isterinya.

Dia menarik nafas lega dan dadanya kembali terasa lapang bila mendengar suara manja itu membalas panggilannya di dalam talian. Ariel turut meluahkan perasaan kasih dan cintanya kepada isterinya tanpa menghiraukan kehadiran Pak Jak, yang tersenyum - senyum di dalam kereta mendengar perbualannya.

"Sudahlah tu, bang. Karang abang cancel flight abang pulak kalau asyik sangat cakap macam tu... Vee tak nak bertanggungjawab!" Ariel ketawa.

Terbayang setiap wajah ahli keluarganya yang lain, satu persatu di ruang matanya. Mereka kelihatan muram dengan keberangkatannya kali ini. Dia langsung tidak mengerti kenapa mereka perlu kelihatan seperti itu. Sedangkan mereka semua tahu yang dia bukannya suka - suka untuk pergi. Ariel kembali lepas keluhan.

"Bye Sweety. Take care and I love you!"

"Love you too. Abang jaga diri jugak dekat sana! Sampai dekat sana nanti jangan lupa call Vee terus..."

"Ok…" Pak Jak yang hanya menjadi pemerhati dan pendengar kepada setiap tingkah laku dan juga perbualan Ariel hanya mampu tersenyum, melihat wajah muda itu melalui cermin kecil di hadapan kereta.

Tadi bukan main gelisah lagi wajah itu kelihatan. Sekarang wajah itu sudah kembali bercahaya semula dan dia turut bersiul kecil mengikut irama lagu yang sedang berputar di corong radio kereta mereka.

Kalau saja Ariel tahu, hari itu merupakan hari kelahirnya pasti dia tidak akan jadi ke luar negara. Mungkin juga dia akan menundakan sedikit hari penerbangannya. Dan sudah pasti rancangan isteri Ariel juga tidak akan berjalan lancar seperti mana yang di harapkan. Fikir Pak Jak panjang.

Bagi diri Pak Jak sendiri yang sudah lama berkhidmat dengan keluarga Datuk Sri Zainal, itu merupakan kali pertama dia menyambut majlis seperti itu di rumah majikannya yang selama ini lebih gemar menghuni dewan - dewan hotel dan resort untuk membuat majlis kenduri kendara mereka. Keadaan seperti itu jauh lebih afdal dan baik jika berbanding dengan hotel dan resort.

Apa yang penting sambutan kali ini di dahului dengan majlis doa selamat. Selain dari menu yang lazat. Menu yang di sediakan pula semuanya menu masakan kampung, sesuai dengan seleranya. Dia sendiri tidak sabar untuk merasa lauk pauk yang di sediakan sendiri oleh menantu Datuk Sri Zainal itu...

Kesian dengan Ariel kerana terlepas majlis sendiri. Tapi nak buat macam mana pulak kalau dah kerja yang datang dulu.

Ariel masih lagi duduk, sibuk meneliti kerjanya di dalam pejabatnya. Mana - mana fail penting yang memerlukan tandatangan dan penilaian darinya diletakkan di satu tempat. Dia turut memberikan Hilda sedikit penerangan sebelum menyemak apa - apa yang perlu. Dia akan bertolak ke lapangan terbang sekejap lagi. Dia mengerling jam tangan Dunhill, hadiah dari isterinya ketika perkahwinan mereka dulu.

Sudah hampir pukul empat petang dan dia perlu bertolak sekarang. Takut dia akan tersangkut dalam trafik pula kalau dia bertolak lambat ke lapangan terbang. Bila tiba waktu puncak, agak sukar untuk melalui jalan nanti. Ariel mengeluarkan telefon bimbitnya...

Humn... low bateri pulak! Macam mana aku nak call orang rumah kalau macam ni. Call dari airport ajelah nanti...

Sebaik tiba di lapangan terbang Ariel terus ke kaunter tiket untuk mengesahkan penerbangannya. Orang ramai yang keluar masuk dari pusat lapangan terbang itu hampir setiap saat. Tidak kiralah sama ada penumpang atau pun bukan. Lama juga dia menunggu di dalam talian, namun panggilannya tetap tidak dibalas. Ariel mendail talian rumah mereka, turut tidak berjawab.

"Mana pulak orang dalam rumah tu semua, pergi?" baru beberapa langkah, telefon bimbitnya bergetar. Teks message dari adiknya di buka dan dibaca. Belum sempat membalas teks tersebut, Hakimi menelefonnya.

"Riel, wife kau pengsan dekat rumah ni.."

"Kejap. Nanti aku call kau balik. Bateri aku low sekarang ni…" Ariel kembali ke pondok telefon yang berdekatan.

Baru mahu mengangkat gagang telefon, Vibrate telefon bimbitnya bergetar lagi. Kali ini teks dari Shakira pula yang masuk. Dia bertambah risau. Risau dengan keadaan isterinya saat itu. Ariel tersenyum membaca teks Shakira yang berbaur ugutan kepadanya.

Dia buru - buru ke kaunter tiket semula dan menundakan penerbangannya pada hari esok. Ariel turut meminta Hilda menelefon pihak klien mereka bagi memberitahu mengenai penundaan penerbangannya kali ini. Dia bergegas keluar dari lapangan terbang untuk mendapatkan teksi untuk balik semula ke rumahnya.

"Bang, boleh tolong cepat sikit tak? Saya ada kecemasan ni…" ujar Ariel kepada pemandu itu yang terangguk - angguk dengan permintaannya.

Setiap minit yang berlalu seperti sejam dirasakan Ariel. Ikutkan hati mahu saja dia berlari pulang. Lagi cepat dan tidak sangkut dalam kesesakan yang panjang seperti itu.

Setiba di kawasan perumahannya, kelihatan banyak kereta yang sudah pun terparkir di tepi - tepi jalan sepanjang ke kawasan perumahanya itu. Biasanya kawasan itu sunyi dan tidak pernah sekalipun dia melihat tepi jalan itu di penuhi deretan kereta seperti itu. Dia cuba melihat kalau - kalau ada kereta yang dia kenali terpakir disitu.

Tiba di depan pintu pagar dia melihat keadaan rumahnya yang kelihatan sunyi dari luar. Bulu roma Ariel meremang tiba - tiba bila dia teringat dengan kata - kata Ustaz Suhaimi pagi tadi. Dia di buru rasa takut tiba - tiba.

"Kenduri arwah agaknya…." Ariel mempercepatkan langkahnya...

Siapa yang pergi? Ibu atau ayahnya? Takpun ayah mertua atau ibu mertuanya?? Ery? Atau... no, no,no!...

Pantas Ariel membuka daun pintu utama cepat - cepat. Air matanya hanya tinggal menunggu waktu untuk jatuh.

"Surprise!!!" Ariel kaku di muka pintu.

Bunyi suara orang ramai yang berada di dalam rumah mewah itu membuatkan dia terkejut besar. Ariel terperanjat bila melihat orang yang berada di dalam rumahnya malam itu satu persatu.

Dia masih lagi tergamam di muka pintu. Lagu selamat hari jadi turut di nyanyikan secara beramai - ramai oleh para tetamu jemputan yang hadir. Ariel terharu dengan kejutan itu. Tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan dikejutkan dengan situasi seperti itu dalam hidupnya.

Sebahagian besar adalah kakitangan dari syarikatnya sendiri dan beberapa kenalan rapat keluarganya. Hakimi, shakira turut hadir bersama - sama dengan putri sulung mereka. Zariel Nazmie, Fiesyah Zeyha berserta Tan Sri Hamdan turut kelihatan berada disitu. Selesai meniup lilin dan menyapa beberapa tetamunya, Ariel terus mendapatkan Hakimi untuk mengetahui kejadian sebenar yang menimpa isterinya awal tadi.

"Memang betul pun, Vee ada pitam tadi. Tapi waktu tu tetamu tak ada lagi. Cuma kami - kami aje dengan keluarga engkau dan Vee yang ada. Mungkin sebab letih nak buat majlis ni semua, dia pengsan macam tu…

Pagi tadi pun aku dengan Shak ada datang juga untuk majlis doa kesyukuran engkau. Kau memang bertuah, Riel! Aku tak sangka yang isteri kau sanggup buat ini semua untuk engkau. Aku betul - betul iri hati dengan engkau tau!" ujar Hakimi bersungguh - sungguh.

"Nasib baik papa dia sempat sambut dia tadi. Kalau tidak, aku tak tahu nak cakap apa…...." Ariel meraup wajahnya.

Dia kesal kerana lebih mementingkan kerjanya sehingga dia nyaris mengabaikan keluarganya sendiri.

"Dia dekat mana sekarang?"

"Dekat atas berehat. Agaknya sudah sedar kot… sebab masa kami ada dekat sana tadi, dia sudah buka mata sikit… Kalau kau nak tahu sangat, baik kau tanya dengan mak engkau aje..." Ariel mendekati ibunya dan berbisik mengenai keadaan isterinya ke telinga ibunya.

Dia tidak mahu membuat majlis yang di rancang oleh isterinya itu berubah kecoh kerana dia terlalu risaukan keadaan isterinya ketika ini. Segala penat lelah isterinya itu amat dia hargai sepenuh hati.

"Vee ada berehat dekat dalam bilik. Riel, pergilah jenguk dia. Kesian pula Ibu tengok dia macam tu. Dalam dua minggu ni memang dia sibuk benar nak menguruskan majlis ini semua…"

"Betul cakap ibu tu. Along pergilah jumpa Kak Long dekat atas. Soal majlis ni Along tak perlu risau sangat, pandailah kami nak uruskannya nanti" patut sangatlah isterinya beria - ia mahu dia membatalkan penerbangannya hari itu.

Rupa - rupanya hari itu merupakan hari lahirnya. Bukan setakat hari lahirnya saja tapi hari itu juga merupakan hari valentine day yang pertama buat mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.

"Hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat Vee. First time nak celebrate dengan abang…" Ariel mendaki anak tangga dengan pantas.

Dia ingin segera memberikan pelukan erat dan kasih sayangnya untuk isterinya itu dan seterusnya mengucapkan rasa terima kasihnya di atas segala penat lelah isterinya untuk menyediakan majlis yang semeriah itu bagi menyambut ulang tahun kelahirannya kali ini.