webnovel

MY IDEAL ITALIAN GUY

NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya.            "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart.            "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut.            "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart            "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza.            "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin.            "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Bergenang air mata si gadis. Betulkah perkenalan mereka hanya sebuah memori kenangan? Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Note. Buku ini mengangdungi banyak kesalahan tatabahasa dan grammar mistake. © 2021 Raenees. All Right Reserved. Dilarang plagiat karya saya

raenees · 现实
分數不夠
8 Chs

Chapter One | Stare

SEMASA mesyuarat dijalankan, semua pekerja mendengar dan memerhati dengan penuh khusyuk hanya aku seorang sahaja yang tidak. Kadangkala fokus, kadangkala tidak. Fokus pada hanya maklumat penting. Selain daripada itu, mereka hanya membebel sahaja. Dengan peluang emas yang ada, aku mengintai dari ekor mata ke arah lelaki yang bernama Kim Rossin Stuart.

Mataku jatuh pada wajahnya. Dari sisi wajah lelaki itu ternampaklah sangat tampan. Tambahan pula dengan bentuk wajah dagunya yang tajam. Sesiapa yang ada dagu tajam, semuanya nampak menawan. Kalau dia suami akulah memang aku ikat dia dekat rumah dengan tali besi. Tak nak bagi dia keluar rumah supaya perempuan lain tidak mengorat lelaki itu.

Stop berangan.

Tangan kananku menongkat daguku lalu merenung wajah tampan lelaki itu. Mahu memerhati secara lama sedikit. Aku hanya merenung tanpa mengingati orang yang berada di dalam bilik mesyuarat ini walaupun mereka memandang ke arahku sekejap.

Kami juga tidak suka kepada lelaki yang suka menunjuk-nunjuk, berkelakuan poyo, muka kerek dan sombong. Lagi-lagi bila lelaki itu jeling pada wanita yang dia tidak suka. Apa? Ingat dia tu bagus sangatlah? Muka macam taik ayam ada hati nak jeling orang.

Aku beristighfar perlahan, sudah jauh dari fikirannya.

Kim Rossin Stuart merasakan dirinya seperti diperhati, dia memandang sekilas ke arah kiri, pada tempat pekerja lain. Dia cuba meneliti satu persatu pekerja dalam gelap kerana bilik mesyuarat itu hanya diterangi oleh cahaya daripada projektor.

Agak sukar untuk mengimbas siapa yang memandangnya atau halayannya sahaja? Tapi Stuart tetap mencari.

Apabila jejaka itu menjumpai sepasang mata yang memandang ke arahnya, dia tersenyum sinis. Gotcha! Dapat dilihat yang gadis dikenali tadi bernama Neny Robin sedang memerhati kelakuannya dengan asyik. Tidak sedar akan dirinya turut memandang ke arah si gadis. Anak mata si gadis dipandang tepat.

Membulat mataku tatkala dia dan aku bertentang mata. Aku cepat-cepat tersedar daripada lamunan tadi kerana terasa aku turut diperhatikan. Tangan yang menongkat dagu tadi, terus jatuh lalu berpaling semula ke pembentangan di sebelah kiriku, ditengah-tengah.

Aku membuat muka fokus. Sempat tadi sekilas tengok, ternampak bibirnya tersenyum sinis. Terasa malu pula untuk berhadapan dengannya nanti.

Dalam diam Kim Rossin Stuart tergelak kecil lalu tersenyum sinis melihat reaksi kelam kabut comel si gadis, Neny Robin. Stuart menggeleng kecil lalu matanya kembali pada pembentangan tadi.

Aku menumpukan perhatian semula terhadap projek yang dibincangkan tadi dengan penuh teliti kerana sudah sampai ke pengakhiran pembentangan. Maklumat yang disampaikan perlu didengar kerana mungkin ada penambahan ataupun pembantahan bagi pihak sana dan pihak aku.

Setelah tiga puluh minit berlalu maka akhirmya tamatlah mesyuarat itu dengan baik tanpa halangan. Dengan izin-Nya. Lampu di dalam bilik automatik terbuka apabila cahaya pembentangan di hadapan sekali sudah terpadam. Dato terlebih dahulu bangun daripada kerusinya lalu bergerak ke Kim Rossin Stuart.

Aku turut bangun bersama pekerja yang lain. Dato Ahmad Said mendekati lelaki Italy itu. Dato berjabat tangan bersama Rossin dengan senyuman.

           "Let's work hard in the future." kata Dato.

Bahu Stuart, ditepuk beberapa kali. Aku hanya lihat gelagat mereka berdua.

Work hard?

Future?

Agak lambat otakku mencerna kata-kata yang disebut dato.

Apa?

Syarikat ini sudah pasti untuk bergabung bekerjasama ?

Tidak.

Tidak.

Tidak.

Aku tak mahu! Aku malu nak hadap muka dia sejak kelakuan aku semasa pembentangan tadi. Bukan salah aku, kalau dah dia kacak sangat. Kecil besar kecil besar aje aku tengok lelaki itu mengangguk bersama senyuman. Palsu.

Tidak dinafikan walaupun lelaki itu mempamerkan senyuman palsu, hatinya terasa sedikit bergegar kerana kecomelan lelaki itu apabila senyum manis.

Sekali lagi aku beristighfar. Jangan taksub sangat.

Aku boleh lihat lelaki Itali itu pergi ke pekerja perempuan bukan islam. Lelaki itu memeluk perempuan bukan islam. Tanda mengucap selamat kenalan atau selamat tinggal. Mungkin. Entah aku tidak tahu. Bukan masalah aku untuk menyibuk hal orang lain. Aku berpaling ke arah lain. Tidak mahu melihat maksiat yang dibuat dihadapannya.

Dia berpaling ke arah aku pula. Langkahnya diaturkan ke arahku dengan segak dan tampan. Senyuman kecil dilontarkan kepadaku. Aku memberi muka paling di takat beku dan mempamerkan senyuman kecil.

Dia cuba untuk berjabat dengan aku sekali lagi. Aku dalam hati, terasa serabut dan menjengkelkan kerana masih mahu berjabat tangan lagi. Aku dengan rela membuat cara tadi, menundukkan sedikit kepalaku.

Sebaik sahaja aku menunduk hormat, bergegas aku mengikut Dato yang mula keluar dari bilik mesyuarat ini tanpa menunggu kata-kata daripadanya. Baru sahaja beberapa langkah berjalan, lelaki terlebih dahulu itu sempat menahan lenganku.

Nasib baik berlapik dengan baju aku.

Ada yang kena makan kaki hari ini.

           "What do you want from me?" Soalku dengan nada keras, perlahan-lahan aku menghadapnya. Suka hati dia sahaja mahu memegang tangan aku.

           "...and please let go of my hand," Arahku garang. Tidak selesa untuk ditahan seperti ini terlalu lama, takut timbul fitnah.

           "Okay..." Lelaki itu melepaskan tanganku. Wajahnya aku pandang, dia turut melakukan perkara yang sama.

           "Why don't you accept my handshake just now?" Aku mengangkat kening lalu menapak jauh sedikit daripadanya. Bosan pula harap lelaki ini lama-lama.

           "Because I don't want too," ujarku malas.

Aku melihat masih ada beberapa orang yang duduk di dalam bilik ini. Aku berkata dengan seperlahan yang mungkin, tidak mahu pekerja lain dengan yang kami berbahas ringan tentang isu berjabat tangan.

           "You're ridiculous," bidasnya dengan suara mendalam. Dia menatap mataku tajam.

Tak kalah juga, aku turut balas tentangan mata itu.

           "Perhaps, you were born to be arrogant and stubborn," provoknya. Aku mengetap gigi.

           "No. I don't know that."

           "Only you didn't handshake with me." Dia memasukkan tangan kanannya ke dalam kocek. Badannya disandarkan pada dinding.

           "So?" Aku tayang muka selamba. Dapatku lihat dia sedang menahan marah kerana kebiadapan aku terhadapnya. Aku bukan nak biadab, cuma banyak sebab kenapa aku buat macam itu. I'm trying to build a wall that he won't be able to take down.

Tanpa melengahkan masa lagi dan tidak teragak-agak, aku terus melepasi lelaki itu yang sedang bersandar pada dinding di tepi pintu dan terus keluar. Stuart menayang muka bekunya. Lidah menolak ke pipi kanan. Tangan dikeluarkan daripada poket seluar dan berdiri tegak. Dia turut keluar dari bilik itu.

Aku bergegas pergi ke mejaku, sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi, terusmeletakkan kepalaku di atas meja. Berdenyut kepalanya, seluruh dihadapannya terasa bergegar sekejap dan agak menyakitkan kerana membuatkan dia rasa mahu muntah.

Dia pening kepala. Dia menghidapi penyakit migrain. Dia ingat migrain adalah masalah pening yang tak berat.

Tetapi salah, migrain juga boleh mendatangkan brain tumor jika tidak lebih berhati-hati. Ketumbuhan yang berada di dalam kepala. Jadi kena peka dalam menjaga kesihatan. Dia mengetahui semua perkara ini daripada doktor sejak dua bulan lalu. Tiada siapa tahu penyakit migrainnya ini termasuklah uminya. Tidak mahu umi merisaukan dirinya.

           "Nila? Kau okay tak ni?"

Kebetulan Azek lalu dekat situ, dia terlihat kawan baiknya yang penat semacam di meja. Itu yang mengundang perasaan risau dalam dirinya. Aku mengangkat kepala sedikit dan tersenyum nipis. Ibu jariku bercantum dengan hujung jari telunjuk, membentuk 'ok'.

           "Ya, aku okay..." Kepalaku jatuh semula ke atas meja.

           "Tak ada lah muka kau puc-"

           "Dah dah. Kau tak payah lah risau. Aku okay. Aku cuma lupa nak makan sarapan pagi tadi." Belum sempat Haziqah menghabiskan ayatnya, aku terlebih dahulu memotong percakapannya. Mengelak dari topik ini dibesarkan.

Azek mengeluh. Kawan dia ni semakin pelik.

           "Nah."

Haziqah memberi dua fail kepadaku. Fail-fail itu aku pandang lalu wajah Azek dipandang semula.

           "Ni fail untuk perkembangan colab dengan company lelali Italy itu," Terangnya. Aku mengangguk. Tanganku mengambil fail-fail tersebut dan mengucapkan terima kasih lalu letak di tepi mejaku.

           "Kau dah jumpa lelaki tu?" Mata Azek mula bersinar. Aku menjuling mata ke atas. Tahu sahaja dia ni. Dia mahu mengetahui tentang lelaki dari Italy. Aku bersandar pada kerusi, kaki disilang.

           "Lelaki mana?" Aku buat-buat tak faham. Jari telunjuk mengetuk dagu beberapa kali. Lagak seperti memikirkan semula.

           "Ala yang lelaki dari Italy tu lah." Azek bersungguh-sungguh mahu mengetahui apa yang ada pada lelaki Italy itu. Aku mengangguk malas.

           "Dah," balasku ringkas. Topik bosan.

           "Takkan dah aje? Kau tak nak cerita dekat aku ke?" Berkerut dahi Azek mendengar kata-kataku seperti tidak teruja langsung.

           "Cerita apa?" Aku pula bertanya kepadanya. Azek buat muka toyanya.

           "Cerita pasal lelaki tulah." Kepalaku mengangguk kecil.

           "Aku cerita." Bersinar terus muka dia. Harap tak menyesal.

           "Lelaki itali tu, dia makan nasi, dia tidur, dia manusia, dia bekerjaya dan dia boleh berdiri dan duduk. Dia macam kita juga, boleh bergerak," gurauku dengan layar buruk lalu memberikan senyuman tidak bersalah selepas sahaja habis cerita.

Azek menepuk dahinya dan mengundang ketawa besar terhadap diriku. Azek seperti mahu mencepuk sahaja diriku yang seorang ni. Perutku dipegang, sakit perut kerana banyak gelak.

           "Dah lah malas aku nak tanya lagi. " Azek dah mula merajuk. Aku menarik tangan Azek yang mahu berjalan pergi itu. Aku debik juga kang nanti, baru dia tahu. Tawa yang masih ada, ditahan.

           "Ya lah...  Nanti aku bagitahu."

Kawan dia yang seorang ini.

Bersambung.

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

raeneescreators' thoughts