webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · 游戏
分數不夠
856 Chs

Posyen Menembusi Perisai

編輯: EndlessFantasy Translation

Air Wangian, Orkid Putih dan gadis-gadis yang lain di sekeliling Zhang Yang merupakan model-model terkemuka yang bekerja di bawah Syarikat Kosmetik Merah. Mereka semua mempunyai muka yang cantik dan badan yang seksi dan mantap. Kebanyakan lelaki akan terpesona dengan muka mereka yang cantik dan badan mereka yang seksi dan menggoda sambil dikelilingi dengan perempuan-perempuan ini. Tetapi bukan Zhang Yang!

Zhang Yang mendengus dan berkata, "Sia-sia sahaja menggoda aku! Aku masih tidak akan berikan hasil rampasan aku!"

"Tsk!"

Ros Berduri, Orkid Putih dan gadis-gadis yang lain dengan segera melepaskannya. Namun, Air Wangian masih menyentuh Zhang Yang dari kepala hingga ke kaki. Zhang Yang berasa jengkel. Jadi, dia menarik leher Air Wangian seperti kucing sesat dan membawanya ke Pencari Salji. Kemudian, dia menolak Air Wangian betul-betul ke pelukan Pencari Salji. 

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者