Setelah Pedang Cahaya dan Putera Lengan Hijau pergi, Zhang Yang memikirkannya dalam-dalam.
Walaupun dia tidak kenal betul Hayunan Sebilah Pedang dalam kehidupannya yang lepas, dia tidak menyangka orang yang dipandang tinggi sepertinya akan menggunakan helah yang kotor sebegitu!
Liu Wei!
Betul itu! Mata Zhang Yang bercahaya apabila memikirkan yang hanya Liu Wei boleh menyelinap dan memanipulasi orang dengan cara sebegitu! Hanya kekayaannya sahaja yang boleh membuatkan orang-orang penting dalam Kegemilangan dan Ambar Senja berpaling tadah!
Semuanya seperti merujuk kepada Liu Wei. Dalam kehidupan Zhang Yang yang lepas, Liu Wei telah memburu sendiri semua ahli Laut Biru yang berkebolehan dan akhirnya membiarkan persatuan itu terkubur. Dia kemudian telah membangunkan Mitos untuk menggantikan Laut Biru!
Bagaimana kalau Liu Wei dapat merasuah sesiapa antara lima orang ahli pasukan Zhang Yang?
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者