webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · 游戏
分數不夠
856 Chs

Halangan Kecil

編輯: EndlessFantasy Translation

"Saudara Zhan Yu, aku telah kumpulkan semua pemain elit dalam persatuan di sini, kau rasa kita akan berjaya masuk Kedudukan Penyelesaian Terpantas Mod Paling Sukar tak?" Api Merah menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang.

Zhang Yang tidak dapat menahan diri daripada ketawa, "Kau tak rasa ke kau tamak? 1 ribu syiling emas sahaja dan kau mahu aku tolong kau dapatkan tempat dalam kedudukan itu?"

Api Merah tersenyum janggal, "Kalau kita berjaya menempatkan diri dalam kedudukan tersebut, aku akan tambah sepuluh ribu syiling emas lagi!"

Bagaimana sepuluh ribu syiling emas hendak dibandingkan dengan pengumuman pelayan yang bertalu-talu?!

Zhang Yang menggeleng kepala dan berkata, "Kau tak tahu macam mana sebenarnya mahu mendapatkan tempat dalam kedudukan pantas itu, kan?"

"Eh? Bukankah dengan memecahkan rekod terdahulu sahaja?" Api Merah membalas dengan jujur.

"Ia dibahagikan kepada dua syarat. Pertama, macam yang kau cakap, jika kedudukan tersebut telah mempunyai rekod, kau hanya perlu memecahkan rekod terdahulu sahaja. Kedua, jika kedudukan tersebut masih kosong, seperti sekarang, kau perlu memenuhi dua syarat untuk mendapat tempat."

Zhang Yang menyambung, "Syarat pertama ialah memecahkan rekod yang diambil semasa penyelesaian pertama, dan syarat kedua ialah menandingi masa yang telah diperuntukkan oleh sistem!"

"Apa? Ada masa yang telah diperuntukkan oleh sistem?" Api Merah betul-betul tidak tahu.

"Sudah tentu! Jika tidak, kau boleh menghabiskan masa sepanjang hari untuk pembersihan pertama kau kemudian pecahkan rekod dengan seminit setiap kali, dan nama kau akan memenuhi keseluruhan kedudukan! Kau kena tahu, setiap pemecah rekod Kedudukan Penyelesaian Terpantas Mod Paling Sukar akan diberi ganjaran seperti, Rune, Permata dan sebagainya. Kau ingat sistem ini akan menjadikannya senang dan mudah?"

"Oh!" Api Marah akhirnya faham.

"Sebab itulah sistem ini telah menetapkan syarat yang tinggi. Kau kena penuhi semua syarat sebelum sistem mengenalpasti keputusan kau untuk melayakkan kau masuk ke dalam kedudukan itu! Sebagai contoh, untuk Makam Bangar, had kelajuan yang telah ditetapkan untuk mendapat tempat dalam kedudukan ialah 30 minit!"

"Tak guna! Laju betul?" Walaupun Api Merah memegang gelaran ketua persatuan, dia masih boleh terkena sumpahan.

Zhang Yang ketawa, "Itu sebabnya lebih baik kita melakukan serangan untuk mendapatkan peralatan. Apabila semua orang sudah tiba di Tahap 15 dan kebanyakan pemain memiliki peralatan Tembaga Hijau, kau mungkin boleh cuba untuk melakukan penyelesaian pantas1!"

Dengan penerangan Zhang Yang itu, Api Marak terus melupakan ideanya dan putus asa dengan impian untuk berada dalam Kedudukan Penyelesaian Terpantas Mod Sangat Sukar pada bila-bila masa.

"Ketua persatuan, boleh kita mula sekarang?" Pertahanan Mutlak berkata dengan penuh bangga sambil dia mencabut perisai daripada belakang dan tukul dari pinggang dan merenung Zhang Yang dengan penuh kebencian.

Zhang Yang terpinga-pinga. Bila masa dia buat hal dengan lelaki ini?! Walau bagaimanapun, dia bukan seorang lelaki yang penakut untuk melawan. Dia tidak perlu rasa menghadapi semua ini, jadi dia segera menjeling kembali ke arah Pertahanan Mutlak.

Pertahanan Mutlak rasa sangat terhina!

Dia MT (tank utama) Syurga Sesat dan tiada seorang pun dalam persatuan yang tidak menyapanya sebagai "Abang Mutlak" dengan penuh hormat! Tiada seorang pun yang dapat menandingi kemahiran menarik raksasa ataupun kadar reaksinya! Dia telah menerima banyak percubaan untuk mendapatkannya secara haram dengan tawaran gaji yang lebih tinggi dari beberapa persatuan besar semasa dia masih di dalam permainan video lain untuk mengumpannya menukar persatuan. Jika bukan kerana dia suka pada Salji Lembut, sudah lama dia meninggalkan Syurga Sesat yang tak seberapa ini!

Namun, dia berasa seperti dia telah dihina semalam!

Ketua persatuan mereka sebenarnya telah meninggalkannya dan menyertai pasukan publik untuk serangan dungeon kerana ingin mencari tank yang berkuasa dan mahu menguji kuasanya!

Apa maknanya? Syurga Sesat sudah mempunyai dirinya, tank terkuat di dunia, jadi mengapa mereka masih memerlukan tank yang lain?

Tambahan pula, ada perkara lain yang berlaku dan telah menyebabkan kemarahannya semakin membara! Bukan sahaja pasukan publik itu telah menyelesaikan Mod Sukar, mereka juga berjaya menguasai Mod Paling Sukar!

Pertahanan Mutlak berasa sangat marah! Sampai hati mereka tidak melibatkan dia dalam peristiwa yang hebat itu! Dia tidak pernah mengakui darjatnya lebih rendah daripada tank pasukan publik tersebut. Dia anggap lelaki itu hanya bernasib baik dan itu sahaja!

Malam semalam, Api Merah telah memberi perisai kepadanya dan mendesaknya untuk sama-sama menyerang Mod Paling Sukar dalam satu pasukan pada keesokan hari.

Pertahanan Mutlak ternganga apabila dia memeriksa perisai tersebut. Ia merupakan peralatan Tembaga Hijau! Perisai terbaik dalam permainan! Dia tidak perlu memikirkannya lebih lanjut kerana dia tahu yang perisai tersebut semestinya diperolehi daripada Makam Bangar Mod Paling Sukar!

Kenapa Pelindung pasukan publik, si Zhan Yu ini, tidak menuntut perisai itu? Sebagai tank, perisai merupakan peralatan untuk pertahanan yang paling bernilai. Dia tidak boleh melepaskannya begitu sahaja!

Hanya satu sebab sahaja yang boleh dia fikirkan iaitu Zhan Yu menjadi watak pembantu tambahan di dalam pasukan dan perisai itu tidak layak untuknya. Sebab itulah ketua persatuan memiliki perisai itu dan memberi perisai tersebut kepadanya!

Semakin lama Pertahanan Mutlak memikirkan hal itu, semakin jelas untuk diterima akal. Semasa Api Merah beritahu yang mereka akan menyerang Mod Paling Sukar bersama-sama Zhan Yu, secara peribadi dia telah memutuskan untuk memalukan si bedebah bertuah ini! Dia tidak berpuas hati kerana budak hingusan itu mampu berada di sisi ketua pasukannya dan berjaya mencapai penyelesaian pertama Mod Paling Sukar yang dia tidak dapat lakukannya!

Pertahanan Mutlak menyarung dan menanggalkan [Perisai Tanah Bulat] berulang kali seolah-olah mengejek Zhang Yang seperti mahu mengatakan, "Lihat ke mari, perisai ini milik aku! Kau fikir kau siapa huh? Perhatikan, pandang baik-baik dan sila cemburu!"

Zhang Yang tidak faham sedikit pun. 'Kenapa lelaki ini cuba menunjuk-nunjuk perisai yang aku hasilkan? Apa maksudnya? Hmm, mungkin dia sudah hilang akal! Lupakan, tak guna buang masa pada si tolol ini!'

"Aku mulakan sekarang, jaga ubat penyembuh untuk aku, Lembut!" Pertahanan Mutlak menerpa ke arah gerombolan di situ dengan penuh bergaya, tidak lupa untuk memberikan satu lagi pandangan hina kepada Zhang Yang sebelum dia pergi.

"Tank pasukan kau, yang satu ini. Otak dia masih berfungsi dengan baik ke?" Zhang Yang tidak dapat menahan diri daripada menghantar mesej peribadi kepada Api Merah.

"…"

Namun, Pertahanan Mutlak mesti berada di tahap tertentu untuk menjadi MT Syurga Sesat. Pembela secara semula jadi akan menarik gerombolan raksasa dan 6 raksasa tersebut berjaya dikunci sepenuhnya pada aggro Pertahanan Mutlak tanpa goyah terhadap sasaran lain. Pertahanan Mutlak pula bukanlah Zhang Yang. Dia bergantung sepenuhnya kepada pertahanan dan kemahiran untuk menahan kerosakan. Raksasa Mod Paling Sukar dijangka akan lebih ganas dan HP Pertahanan Mutlak turun naik seperti rollercoaster lantas membebankan penyembuh.

Zhang Yang berdiri di tepi dan melihat. Mereka sekadar makhluk suruhan. Tidak perlu berlawan seperti perlawanan besar.

Elit sesungguhnya tetap elit, kadar pembunuhan raksasa sudah tentu tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan pasukan publik semalam. Makhluk suruhan itu terbunuh dengan pantas tanpa Zhang Yang bergerak seinci pun. Walau bagaimanapun, penyembuh sudah kekeringan MP mereka sepenuhnya dan perlu berehat dan makan untuk memulihkan kembali MP mereka.

"Zhan Yu, bolehkah kau lengkapkan cabaran bersama aku nanti?" Salji Lembut segera mengisi semula MPnya dan menuju ke arah Zhang Yang sambil bertanya dengan lembut.

"Lembut, apakah cabaran itu? Aku boleh pergi dengan kau!" Pertahanan Mutlak tiba-tiba melompat. Perasaannya pada Salji Lembut bukan satu perkara baru.

Zhang Yang mengangkat bahu, cuba untuk menunjukkan yang jika ada seseorang untuknya, mereka tidak perlu membuang masa. Walaupun ada pepatah yang mengatakan "anda akan muda sekali seumur hidup", Zhang Yang berpengalaman tentang ketidakpastian dalam hidup dan sekarang bertekad untuk menguatkan keupayaannya supaya boleh menjadi batu sandaran untuk Lin Yu. Tiada masa untuk bermain perasaan!

Salji Lembut berasa gelisah dan menjeling tajam pada Pertahanan Mutlak.

Pertahanan Mutlak tidak tahu agenda tersembunyi Salji Lembut dan dia menjadi semakin marah, 'Budak tak guna ini bukan sahaja tak guna, malah dia berani mengurat kekasih aku! Tidak boleh dimaafkan!'

Tanpa ada apa-apa niat, Zhang Yang bertukar daripada seorang lelaki tidak berguna kepada pesaing seseorang dalam percintaan.

"Teruskan!" Api Merah mengetuai pasukan ke hadapan tanpa menyedari konflik yang berlaku di antara Zhang Yang dan Pertahanan Mutlak.

Penjaga Pintu Pagar.

"Zhan Yu, kau dan Pertahanan Mutlak ambil seorang satu!" Walaupun Api Merah tahu Zhang Yang mampu menjadi tank seorang diri dalam keseluruhan Mod Paling Sukar, tetapi disebabkan dia telah membawa tank pasukannya, sudah tentu ia akan menjadi suatu penghinaan kepada Syurga Sesat jika dia hanya berdiri di tepi.

"Hmph. Ketua persatuan, aku boleh uruskan hal ini seorang diri!" Pertahanan Mutlak sangat yakin lebih-lebih lagi setelah dia memiliki perisai tersebut, dan orang kebanyakan tidak mampu menghentikan semangatnya yang penuh gaya.

Zhang Yang mempersilakan Pertahanan Mutlak untuk cuba berlawan dahulu.

Pertahanan Mutlak berdehem dan menuju ke hadapan dengan sebuah tukul.

"Pa! Pa! Pa!" Setelah kekecohan berlalu, Api Merah berlari meminta tolong, "Zhan Yu! Pergi cepat! Mutlak akan gagal! Penyembuh, cepat tingkatkan kelajuan penyembuhan!"

Han Gemuk ketawa melihat situasi itu.

Zhang Yang mecabut pedang dan menggunakan <Serangan >, memegunkan salah satu raksasa dan mula menyebabkan kerosakan. Selepas raksasa itu pulih, Zhang Yang menggunakan <Provokasi > dan menstabilkan aggro sekali setelah kesan provokasi hilang. 

Apabila Pertahanan Mutlak perasan perisai yang sama di tangan kiri Zhang Yang, dia jadi bingung. Bagaimana dia pun ada perisai itu?

Zhang Yang mengelak daripada bertekak dengan Pertahanan Mutlak dan menewaskan kesemua makhluk suruhan di sepanjang jalan supaya mereka sampai di pintu masuk bos pertama dengan cepat lantas menjimatkan masa. Setelah menyaksikan keupayaan dan kebolehan luar biasa Zhang Yang, Pertahanan Mutlak berasa sangat kerdil.

Selepas Cakar Hitam ditewaskan, dia semakin terkejut! Walaupun Zhang Yang mendapat lebih daripada 10 tindanan <Renungan Maut>, dia tidak terjejas sedikit pun oleh serangan bos itu. Cara dia memanipulasi pergerakan dan masa telah membuka mata Pertahanan Mutlak kerana dia tidak tahu yang seorang tank mampu mencapai tahap ini! Sejak dari itu, dia menjadi kurang bersemangat dan menyerang raksasa tanpa sebarang bunyi.

Disebabkan pasukan ini lebih kuat berbanding semalam dan peralatan Zhang Yang telah dinaiktaraf, pasukan itu tidak terhapus walaupun setelah berlawan dengan bos tersembunyi, walaupun mereka tidak dapat mengelak dari menyebabkan beberapa kematian.

Berpandukan kerosakan yang telah dibuat, Zhang Yang akan mengutamakan peralatan yang sangat berguna untuknya. Zhang Yang telah menerima 4 peralatan Tembaga Hijau tanpa ragu-ragu.

[Helm Dewa] (Tembaga Hijau, Baju Besi Berat)

Pertahanan: +6

Vitality: +12

Kekuatan: +6

Ketangkasan: +2

Keperluan Tahap: 10

[Mantel Berdarah] (Tembaga Hijau, Mantel)

Vitality: +3

Kekuatan: +2

Keperluan Tahap: 10

[Perisai Dada Pahlawan] (Tembaga Hijau, Baju Perisai Berat)

Pertahanan: +6

Vitality: +12

Kekuatan: +8

Keperluan Tahap: 10

[Cincin Ambar] (Tembaga Hijau, Cincin)

Vitality: +3

Kekuatan: +2

Kesan Diperoleh: Setiap elakan yang berjaya ada kadar tetap meningkatkan 20 mata Kekuatan untuk 10 saat. Kesan tidak boleh bertindih.

Tahap Keperluan: 10

"47 minit!" Api Merah mengira masa kemajuan mereka. "Zhan Yu, kau rasa kita boleh pendekkan masa kepada 30 minit jika kita menaiktaraf peralatan kita dan menguasai strategi perlawanan untuk menjadi lebih baik?"

"Mm, masih ada harapan untuk itu." Kata Zhang Yang setelah memasang peralatan barunya.

"Hehe. Kita akan sambung menyerang Mod Sukar dan jangan ambil lebih banyak masa profesional ni!" kata Api Merah. Dengan peralatan yang diperoleh daripada Mod Paling Sukar, ia merupakan suatu penghinaan jika mereka tidak melepasi Mod Sukar.

"Okay. Selamat tinggal, semua!" Kedua-dua Zhang Yang dan Han Gemuk keluar daripada pasukan.