webnovel

BAB 8

 " Faiq!" bahu Faiq terus terangkat.

"Termenung jauh ye kau. Miss Farah ada?" tanya Amir.

"Tak ada katanya tadi ada hal penting" Amir mengiyakan saja. Dokumen ditangannya dihulurkan kepada Faiq.

"Nanti tolong bagi dekat miss tau. Thank you Faiq! Sayang kau" Amir bergurau.

"Sorry sikit, aku bukan gay" balas Faiq dengan riak muka kegelian. Dokumen tadi di letakkan tepi mejanya. Teringat apa yang berlaku tadi. Rasa bersalah pula. Dia terlampau mengikut emosi.

"Faiq! Miss Farah mana?" Dina, penolong kewangan laju bertanya.

"Miss tak ada kenapa? Nak bagi dokumen ke?" Faiq bertanya dulu.

"Tak. Kau try call miss kejap, boleh? Kita ada masalah teknikal sekarang ni. Tolong call miss kalau dapat sambungkan dekat aku" Faiq mengangguk. Telefon sisi meja laju di capai.

Banyak kali Fiaq mengdail nombor miss Farah tetapi tidak terjawab.

'Mana miss ni?' hati Faiq berdesis.

FARAH melihat telefonnya yang kehabisan bateri. Charge dan powerbank semuanya dia tertinggal dekat meja office. Nak balik ke office risau dengan keadaan ayahnya. Laju saja kakinya melangkah ke bilik doktor Rina.

"Doktor, saya setuju dengan pembedahan itu"

Kalau itu yang terbaik untuk ayahnya dia setuju. Dia tak kisah tentang duit. Asal kan ayahnya kembali sihat seperti sediakala.

Farah tahu ayahnya membencinya. Farah tidak kisah tentang itu. Dia juga masih tertanya-tanya apa punca kematian ibu kandungnya.

"Baiklah sila sign dulu" laju saja tangan Farah mencoret pen pada kertas itu.

"Kalau macam tu kami jalankan pembedahan dekat ayah awak malam ni" Farah setuju.

"Umm..doktor ada powerbank tak? Boleh saya pinjam? Phone saya mati" Doktor tersebut hanya mengganguk lalu menghulurkan powerbank dan cable.

"Thank you doktor" Farah melangkah keluar seketika. Sebaik sahaja dia menyucuk Cable tersebut, berpuluh-puluh missed call masuk.

Amir 30 missed call

Dina 20missed call

Faiq 123 missed call

Jam tangan dikerling.Baur pukul 4.30 petang. Kalau tak silap dia petang ni jadualnya lapang saja. Nombor telefon Amir didail. baru sahaja 1 deringan kedengaran suara amir.

"Ya allah Farah! Kau pergi mana? Dina cakap sekarang ni syarikat ada masalah kriktikal. Baik kau balik office sekarang jugak" mata Farah membulat. Terkejut.

"Baik aku balik office sekarang" nombor Faiq didail.

"Faiq!" tegas perkataan yang keluar dari mulut Farah bila suara Faiq kedengaran.

"Miss! puas sa-"Farah pantas memotong.

"Tak payah explain.Amir dah bagitahu tadi. Sekarang aku nak kau call nombor yang aku dah hantar ni dan suruh diorang datang se ceppat yang boleh ke KPJ wad 302 sekarang. Aku tak boleh oncall lama.Korang tunggu sampai aku balik office!" tegas saja suara Farah. Talian terus ditamatkan begitu sahaja. Powerbank dan cabe yang di pinjam tadi di pulangkan segera dan dia berlari ke parking lot.

"MISS FARAH!" laung Faiq. Mukanya serius saja. Matanya terpandang pada balutan di tangan Farah. Sebab jatuh tadi ke? Rasa bersalah mula menebal di dalam hatinya.

"Kau, Amir dengan Dina masuk bilik meeting sekarang!"arah miss Farah. Matanya hanya memandang ke depan. Langsung tidak memandang kewujudan Faiq di situ. Seram! Laju sahaja kaki di corakkan ke bilik meeting.

"Miss side di Kedah mengalami kerosakkan dan menyebabkan 23 orang tercedera dan 5 orang maut. Megah Holding's pun dah tarik diri dalam projek ni" terang Dina dengan lebih details.

"Kalau kita nak cover bajet untuk projek ni memang tak lepas, Lagi-lagi duit syarikat hilang 12 juta." tambah Amir.

"Tak apa. Faiq aku nak kau contact CEO Megah Holding's dulu. Malam ni kau packing barang. Esok kau teman aku pergi side. Amir kau jumpa kamal suruh dia detact pasal nombor account yang seleweng duit syarikat. Dina kau tolong pantau keadaan dekat office kalau ada apa-apa, call aku" Semua mengganguk dan keluar dari meeting room. Kecuali Faiq dan Farah. Dua-dua membisu

Tangan Farah naik mengurut pelipisnya.

Pening.

" Umm.. Miss okay? Nak minyak?" tanya Faiq. Rasa bersalah semakin menebal di hatinya.

"No, it's okay. Keluar saya nak rehat kejap" Kta Farah. Tangannya setia mengurut pelipisnya. Faiq hanya menurut saja. keluhan dilelahkan sebaik sahaja Faiq melangkah keluar dari bilik meeting.

'Apa yang kau patut buat sekarang ni, Farah?' Farah bermonolog di dalam hatinya. Sungguh dia buntu.

hi geng!

If you like this story please vote and spam the comment, okay? thanks!

Aulya_creators' thoughts