Lyrine tersengih-sengih ketika balik dari rumah. Dia menyanyi kecil dengan mata bundarnya yang bersinar terang. Dia merasa seperti berada di awangan sekarang.
Tak pernah dia rasa seperti ini.
Mata hitam tajam tu. Ya Allah. Amat menusuk jiwa dan kalbu ku!.
Aku dah jatuh cintakan? Abang dan kakak ada kata jatuh cinta rasanya seperti itu!.
"La...la...la...la...la..."
Dia menyanyi kecil dengan semangat sekali. Tinggal nak menari lagi sekarang.
Mak Su yang duduk di sofa ruang tamu sambil membaca majalah itu memandang hairan ke arah anak bongsunya yang balik saja dari rumah terus menyanyi-nyanyi riang. Dahlah off-tune, risau hujan turun pula lepas ni.
"Awal anak mak balik hari ni. Tak ada aktiviti kat sekolahkah?"
"Opocot! Mak kau!" Lyrine termelatah terus ketika mendengar suara maknya tiba-tiba muncul!. Macam hantu!.
"Assalamualaikum mak...." Dia menggaru kepala. Tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia masuk tadi dia ada bagi salamkah?.
"Waalaikumsalam. Kenapa balik awal hari ni?" Soal Mak Su. Masih tidak mahu mengalah dengan soalannya yang tidak terjawab tadi.
"Awalkah? Bukan dah lewatkah ni mak?" Hairan Lyrine. Sebab setelah operasi panjat pagar sekolah tadi berjaya di awal pagi biarpun koyak skirtnya tersangkut kat besi pagar sekolah namun tetap dia merasa sebuah kejayaan. Ingat senang nak panjat pagar besi sekolah? Mana nak takut ditangkap guru disiplin lagi!. Dia keluar dengan menaiki basikal menuju ke tempat lepak atau port ponteng Jaha, untuk menyahut cabaran kawannya namun tak sangka pula dia benar-benar jatuh cinta kat mamat 'penagih dadah' tu!. Dahlah tu cinta dia ditolak?...Wei...tu pertama kali aku luah perasaan aku tahu! Pertama kali jatuh cinta!.
Setelah Jaha lari tinggalkan dia seperti dia ini tak siuman, dia dengan kepala yang berangin pergi lepak di perpustakaan. Okey budak-budak jangan tiru gaya aku. Sebab aku memang tak ada pilihan selain pergi ke perpustakaan, tunggu sampai sesi persekolahan hari ini habis sebelum balik ke rumah.
Tapi tak sangka pula Mak Su masih syak sesuatu kat dia. Kuat betul naluri hati seorang ibu eh?!.
"Selalunya Rine kan mengulangkaji dengan kawan baru kamu kat sekolah tu, jam 3 petang baru balik"
Lyrine menggaru kepalanya terus. Dia lupa pula aktiviti hariannya itu setelah pindah di sekolah barunya.
"Hari ni saya cuti mak. Besok baru sambung balik study petang"
Mak Su memandang anaknya itu dengan kening terangkat.
"Mak harap kamu tak buat hal kat sekolah. Ingat cita-cita kamu nak sekolah kat luar negara seperti abang dan kakak kamu tu!" Tegas Mak Su memberi peringatan kepada anak gadisnya. Anak bongsunya yang paling memeningkan kepala dia dan bekas suaminya. Sebelum ini Lyrine tinggal di KL bersama bekas suaminya dan anak-anak mereka yang lain.
Baru beberapa bulan yang lalu sahaja Lyrine tinggal bersama dia setelah bekas suaminya ada urusan di luar negara, jadi tiada yang menjaga anak gadisnya ini. Sebab itu Lyrine berpindah dikampung ini, tempat dia tinggal setelah bercerai dengan suaminya.
"Ingat mak. Jangan risau" Janji Lyrine. Dia tersenyum kecil.
"Lyrine ke bilik dulu mak."
"Jangan lupa solat"
"Okey mak"
Lyrine masuk ke dalam biliknya yang berdepan dengan bilik ibunya dan dekat pula dengan ruang tamu.
***
Selesai solat Zuhur, Lyrine melipat telekungnya di ampaian sebelum duduk di atas kerusi meja belajarnya.
Buku diari berwarna merah dikeluarkannya dari laci meja yang berkunci.
Sengihan tersungging dibibirnya.
Mata bersinar memikir apa yang dia mahu tulis.
"Rabu. Petang. Cuaca panas memanggang. Bawah pokok rendang yang rimbun. Ada bangku tempat rehat dan lepak. Depan pula ada Sungai besar. Wow....apasal bila fikir balik agak romantik juga tempat pertemuan pertama kami ye?..."
Dia berkata sendiri dengan mata yang masih bersinar terang. Tangan pula laju menulis apa yang ingin ditulisnya dalam diari merahnya itu.
"Nama dia Jaha. Umur dengar-dengar 17 tahun. Nama sebenar Jazz Amierhan Haikael Akaryale. Nama bapa tak tahu siapa. Ibu? Lagi aku tak tahu...., cantik juga nama dia ni ye. Patutpun dia gelar namanya Jaha"
Bisiknya lagi sambil merenung nama itu dengan lama. Seperti mahu membenam sepenuhnya nama itu diotak terdalamnya agar tidak terlupa lagi. Dah hampir nak reput sel otaknya memaksa mengingat kembali nama Jaha yang disebut oleh kawan-kawannya ketika dia berminat nak tahu nama Jaha yang sebenar sebelum memulakan operasi menyahut cabaran itu.
Bila teringat pasal cabaran ni, buat muka Lyrine bengang terus. Kalau tak disebabkan cabaran mereka tu pasti Jaha tak marah kat diakan? Tapi kalau bukan sebab cabaran tu juga pasti dia tak jumpa Jaha hari ini....
Tuk..tuk..
Dia menghentukkan dahinya diatas meja perlahan. Tidak tahu sama ada nak marah atau lega dengan apa yang berlaku tadi.
"Kelas pula 5F. Ai...dengan nama kelas hujung macam ni buat aku tak yakin mamat ni boleh dibawa jumpa mak dengan abah waktu raya tahun ni nanti..."
Memandai je kaukan Lyrine? Macam kau boleh dapat Jaha sebelum raya ni...😑
Tuk...tuk...
Dia menghentuk lagi dahinya. Otak dia dah berkhayal jauh sebelum ada apa-apa yang dia dah lakukan untuk menawan hati Jaha. Malah belum lagipun sampai 24 jam dia jatuh cinta tadi.
"Rambut panjang melepasi bahu. Warna hitam. Mata pula warna hitam gelap. Tajam merenung ke hati sa..ya..hehehe.." Tersipu-sipu malu dia menulis. Dah seperti Jaha itu ada di depan matanya.
"Muka kacak. Kulit dia kuning langsat. Tinggi pula aku paras bahu dia saja, ketinggian lelaki idaman!. Suara nyaring seperti komander. No. Lagi nyaring dari tu. Sampai nak pekak telinga dengan suaranya tadi. Walaupun kacak tapi penampilannya agak selekeh. Lagi selekeh dari pengemis yang sempat saya nampak kat bandar. Gaya macam ada seperti penagih dadah juga....."
Lyrine berhenti menulis. Ni dia tengah tulis tentang lelaki yang dia jatuh cinta atau orang yang dia benci ni?.....
Tuk...tuk....tuk....
Lyrine aku tak sangka ini ialah ciri-ciri lelaki kau suka?! Jerit hati Lyrine.
"Samseng. Pelajar samseng. Kuat bergaduh. Ditakuti semua pelajar perempuan. Ketua samseng. selalu bertumbuk dengan pelajar samseng sekolah lain....."
Lyrine : "....."
Dia no comment terus selepas itu setelah melihat perkataan 'samseng', 'bertumbuk' dan 'bergaduh' itu.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti menulis. Takut nanti dia semakin menghentuk kepalanya di meja, jadi bodoh pula otaknya. Baik dia belajar! Taklah susah otaknya berfikir mengenai lelaki yang disukainya.
"Ya Allah. Perangai dia....buat aku speechless! Besok aku mesti tengok dan perhati bagaimana kelakuan dia. Manatau aku suka dia sekejap je bila dah tengok semua keburukan yang mamat tu ada?"
Jaha yang sedang makan dengan kawan-kawannya tiba-tiba bersin. Tersembur terus airnya.
"Setan apa yang tengah mengata aku kat belakang ni?!" Bentaknya. Sebab dia tersedak dengan air yang diminumnya.
"Ada jugakah setan yang nak cakap baik pasal kau kat belakang?" Soal Bad hairan.
Buk! Bahunya ditumbuk terus oleh Jaha.
Zai dan Haziq main game. Malas mahu ambil peduli dengan hal sekeliling mereka. Takut sel otak mereka mati kalau mencuba menyampuk!.
Kalau ada kesalahan ejaan sila abaikan atau bagitahu ye...kadang-kadang typo itu amat setia dengan saya?