webnovel

Lukisan Cinta Kita

I dont know how to write synopsis?. So just read it okey? Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar baru iaitu Lyrine yang dicabar oleh rakannya untuk membuat pelajar lelaki senior mereka yang merupakan seorang ketua samseng, yang sering terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar samseng sekolah lain yang datang menyerang pelajar sekolah mereka. Ketika menyahut cabara rakannya, Lyrine tidak menyangka yang dia akan jatuh cinta pandang pertama kepada pelajar samseng itu setelah menatap matanya yang begitu tajam. Menusuk terus ke lubuk hatinya. Dia sering tertanya. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Jaha yang penampilan dahlah selekeh. Kemas lagi rasanya pengemis tepi jalan!. Rambut panjang hampir sama panjang dengan rambutnya...tsk...tsk...what a weird taste Lyrine Jaha pula ialah seorang pelajar samseng yang hebat dalam seni pertahanan diri. Yatim piatu dan tinggal sendiri. Dia amat panas baran, mudah marah dan kaki tumbuk. Dia tidak pernah peduli sama ada orang yang dibelasahnya itu tua, budak atau perempuan. Baginya semua itu sama sahaja. Hidupnya berjalan egitu lancar dengan melakukan benda yang sama sahaja selama beberapa tahun ini, namun berubah dengan kehadiran gadis comel yang begitu obses sekali memgekorinya dan mengintipnya... Namun yang dia hairan. Walau semarah manapun dia dengan pelajar baru yang mengaku jatuh cinta pandang pertama dengannya itu, dia tidak sampai hati untuk memukulnya. Cukup sekadar menengking... ( Perhatian: Cerita ini ada angst yang akan berlanjutan dalam tempoh yang panjang dalam hidup watak utama)

Ghost_Sinker · 青春言情
分數不夠
21 Chs

Chapter 17

"Banyak kerjalah kalau macam tu. Kenapa tak buang kat padang sekolah diorang balik" Rungut Bad. Tidak setuju. Baginya buang balik kat sekolah pelajar tu lagi bagus. Senang dan tak buang masa.

Haziq memandang Bad dengan muka putus asa. "Tu samakan level kita dengan mereka. Dan menyusahkan pekerja sekolah diorang tu. Kalau buang kat kawasan halaman rumah diorang lagi menarik. Biar ibubapa mereka tahu apa yang mereka lakukan kat padang sekolah kita. Hehehe" Haziq ketawa geli hati bila terbayang riaksi wajah pelajar samseng itu jika plan mereke berjaya.

"Kenapa tak tumbuk je" Sampuk Aizad yang duduk di meja depan mereka. Dia baru datang dan join sekali mendengar apa yang Jaha dan Haziq katakan tadi.

"Tu pun ada dalam list kita juga." Kata Jaha sambil menongkat dagunya dengan tangan. Rambut panjangnya yang terlepas dari ikatan getah sayur jatuh di dahinya. Terus ada niat nak gunting rambut yang mengganggu itu. Namun terasa sayang pula. Dah bagus mukanya macam orang utan sekarang, nanti masa dah gunting pendek rambutnya dah semakin turun level pula muka macam cacing. Sakit jantung nanti orang ketika melihat dia😏.

"Humph! Baguslah. Aku pun nak bagi makan sampah kat mulut diorang. Cis. Masa aku lewat datang sekolah minggu lalu, Cikgu Musa denda kami semua pungut sampah di padang. Terkejut aku dengan sampah bau busuk yang kena buang kat padang kita tu" Ujar Aizad. Tidak dapat menahan dirinya dari menceritakan kenangan pahitnya memungut sampah di padang minggu lalu.

"Aku hairan juga. Kat mana ye mereka dapat sampah sebanyak itu? Dahlah busuk macam bangkai" Kata Kamal yang duduk di meja belakang mereka.

"Mungkin kat lori sampah." Gurau Haziq.

"Kat tempat pembuangan sampah. Kat hujung kampung merekakan ada lombong pembuangan sampah" Kata Jaha. Dia mengetuk-ngetuk jari telunjuknya di atas meja dia yang menghasilkan irama.

"Eh? Sejak bila pula kampung-kampung kat sini ada tempat pembuangan sampah?" Hairan Kamal. Tidak pula dia tahu info itu. Dahinya dikerutkan untuk memaksa otak 'pintar' nya mengingat, mana tahu dia pernah dengar tapi dah lupa. Tapi setahu dia memang tiada lombong pembuangan sampah kat sini!.

"Tu bukan pembuangan sampah besar-besaran tu. Itu yang tempat penduduk kampung hantar sampah tu kumpul satu kali, supaya mudahkan pekerja lori sampah untuk ambio sampah tu semua. Jadi aku rasa memang kat sana diorang curi sampah tu"

"Sanggup juga ye diorang korek sampah kat sana" Mahu senget bibir Aizad bila terbayang sekumpulan pelajar lelaki samseng menyelongkar sampah waktu malam. Lepas tu curi sampah tu dalam kuantiti yang banyak. Dahlah tu ada sampah yang busuk sangat. Wek! Tak terbayang dia.

Kamal pula terdiam seribu bahasa. Berabis dia korek segala memori dia di otaknya tadi untuk melihat sama ada memang kat kampung sebelah-sebelah mereka itu ada Lombong pembuangan sampah atau tak. Tapi tak sangka pula Lombong pembuangan sampah yang Jaha maksudkan itu ialah tempat pengumpulan sampah seperti yang terdapat kat Pekan yang 1km jauh dari sekolah mereka tu!. Cis! Buat penat otaknya sahaja..!

"Ahah tulah. Kalah pengemis. Pengemis pun bersih lagi mungkin. Dahlah hari tu masa aku pergi check tempat tu. Aku ada nampak bangkai anjing dan ayam mati kena langgar" Jaha mengongsi pula pengalamanya semasa memeriksa asal sampah yang dibuang ke padang sekolah mereka itu.

"Yang kau palui sangat pergi check tempat tu kenapa?" Ternganga terus mereka. Mata memandang Jaha seperti melihat orang yang wayar dah terlebih putus. Kalau masih ada yang tak putus tu pun, pasti dah berselerak dan bergulung semua!. Tu yang buat dia boleh terfikir nak buat benda tak terfikir oleh akal fikiran orang normal tu!.

"Lah mana aku tahu petang tu aku akan berjodoh dengan bangkai anjing dan ayam tu! Kalau aku tahu ada bangkai, pasti lusa dia baru aku datang masa lori sampah tu dah ambil sampah lama!"

"Patutpun kau sakit perut masa kita makan malam tu kat rumah kau" Kata Bad. Teringat kenangan pahit dia dan Jaha cirit-birit setelah makan malam di rumah Jaha. Hampir sahaja nak terkeluar usus perutnya kerana dah tak ada apa yang nak di keluarkan lagi!.

Pap! Bahunya dipukul oleh Haziq. " Tu sebab malam tu makanan yang Jaha hidang kat kita dah basi! Jangan ingatkan aku kenangan mengerikan mendengar kau berdua bergilir-gilir masuk tandas tu!"

Jaha menggaru belakang kepalanya. Dia pun rasa janggal ketika teringat kejadian dia dan Bad cirit-birit hari itu. Tapi nak buat macam manakan? Setahu dia, perut diakan perut besi dan aluminium! Mana mungkin lelaki sakit perut setakat makan makanan yang dah basi!. Hari itu dia tiada jodoh je dengan makanan basi tu.....😒😒( A/n: Keep denying, keep denying 🙄)

"Pfft. Sakit perut? Mana dah perut besi dan aluminium slogan kita tu?" Kata Aizad yang menahan ketawanya. Takut kalau terkeluar ketawanya, Jaha baling pula kamus di meja Haziq itu kat dia. Nayah muka handsomenya.

"Dah lari terbang kat langit" Kata Haziq slambe. Nada memang nak menyindir kawannya yang tidak mahu mengaku mempunyai perut yang 'delicate' itu.