"Kau okey? Bukan kelmarin kau pergi jumpa Jaha?" Soal Haina terkejut. Terkejut melihat Lyrine masih sekolah. Takkan kelmarin Jaha tak apa-apakan dia?. Hairan dia. (A/N: Kau nak ada apa-apa kat diakah?😒)
"Aku okey je. Jumpa Jaha? Ya. Aku ada jumpa dia kelmarin. Tapi sekejap je" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Agak tidak selesa bila dipandang begitu oleh mereka.
Ada apa-apa yang pelikkah? Dia tak buat apa-apa yang pelikkan?.
"Jaha pukul Dania dan Aisyah tadi. Gara-gara kau" Tuduh Maira. Mata memandang Lyrine seperti Lyrine ni hantu disiang bolong. Yang penuh ulat-ulat kecil. Jijik sangatkah?.
"Terukkah?" Dia menyoal dengan rasa bersalah. Biarpun dia rasa dia bukan punca masalah ni, namun dia tetap rasa bersalah sebab dia yang terima cabaran kawan sekelasnya dan pergi cuba mainkan Jaha kelmarin. Tapi dia dah cakap kat Jaha kan yang dia serius dengan perasaan dia kelmarin? Takkan dia masih fikir niat dia tak betul? Dan cuma nak mainkan dia?.
Tapi dia tak tahu pula Jaha tu agak teruk juga samsengnya, sampai memukul kawannya hari ini.
"Pipi Dania bengkak. Rahang dan gusi. Ditampar kiri kanan oleh Jaha. Aisyah pula perutnya ditendang." Kata Wani. Dia memandang Maira sebelum ke arah Lyrine. Tsk. Pasti kerana wajah pelajar baru ni yang terlalu comel dan cantik. Budak bandar katakan. Kulit pun putih mulus.
Terbesar terus mata Lyrine. Seteruk tu?!. biar betul. Seramnya!.
Meremang terus bulu tengkuknya. Terbayang kalau kelmarin Jaha benar-benar lakukan apa yang diugutnya kepada dia!.
"Kamu ni makin melampau dah Jaha. Tahun ini ialah tahun terakhir kamu sekolah kat sini. Tapi kamu masih nak buat hal! Pukul perempuan pula tu!"
Kedengaran suara Pengetua kat dalam kelas.
Lyrine memandang ke tingkap terus. Mahu melihat Jaha yang berdiri dengan tangan disilangkan di dada. Mata merenung tajam pengetua lelaki yang dah ada uban kat kepala itu.
"Hal ni tak ada kena mengena dengan Tuan Pengetua" Dingin sekali suaranya menjawab.
"Ini sekolah Jaha! Semua yang berlaku kat dalam sekolah ini ada kaitan dengan saya sebagai pengetua dan semua cikgu-cikgu!" Tegas Tuan pengetua. Menggeleng melihat sikap tak peduli Jaha yang dingin berdiri tak kisah apa yang dikatakan kepadanya.
Buat mulutnya sahaja mahu menegur.
"Kalau ibubapa mereka datang. Kamu akan dibuang sekolah baru padan muka!"
Kata cikgu perempuan yang memandang menyampah ke arah Jaha. Dia tak suka dengam pelajar ini sejak dia mula mengajar disekolah ini setahun yang lalum Setiap minggu akan ada sahaja kereta polis datang ke sekolah. Buat malu sekolah betul. Kutu masyarakat!. Hairan dia kenapa pelajar ketua buat masalah itu tidak dibuang sekolah selama ini?!.
Jaha mengangkat kepala memandang guru perempuan itu.
"Kau nak berhenti mengajar dari sekolah ni? Aku boleh tolong masukkan kau kat ICU"
"Jaha!" Tegur Cikgu Musa.
"Okey. Okey. Saya diam"
Jaha membuat gaya menzip mulutnya.
"Kamu Azrul. Sebagai ketua pengawas kenapa tak halang Jaha dari bergaduh hari ini?!" Kali ini semua pandangan mata memandang ke arah ketua pengawas yang bernama Azrul. Yang tadi berdiri tegak sahaja dibelakang Jaha. Begitu juga Zai dan Haziq, buat muka tak tahu. Tak bersalah. Kalau boleh mereka nak jadi halimunan sekarang. Banyak gila cikgu yang datang pagi ni.
Ada yang pasang perangkap kat merekakah hari ni?. Mereka tak dapat menghalang diri mereka untuk berfikir ke arah itu.
Azrul menggaru kepalanya sebelum menjawab. " Saya dah tolong hentikan Jaha dari belasah teruk hant...pelajar perempuan tu."
"Kamu itu ketua pengawa.."
"Jap, jap. Sebelum tu saya nak buat pembetulan, boleh tak cikgu?" Azrul mencuba memotong sambil menggaru kepalanya.
"Apa dia?!" Kata Tuan Pengetua. Memandang tajam ke arah anak buahnya itu. Memberi amaran jangan buat hal.
Namun Azrul buat-buat tidak nampak isyarat Tuan Pengetua itu dan terus meluahkan apa difikirannya. "Saya dilantik jadi Ketua pengawas bukan atas kehendak saya. Semua tahu juga saya ialah geng Jaha. Kaki gaduh sejak sekolah rendah. Jawatan ni diberi kepada saya untuk memastikan kalau Jaha tumbuk orang, saya mesti hentikan dia kalau Jaha hampir nak belasah teruk pelajar tu. Jadi saya dah buat tugas saya tadi dengan benar. Tiada yang pengsankan? Masuk ICU pun tiada." Dia memberi senyuman manisnya yang membuat Jaha berpaling ke arahnya. Tersengih. Dua-dua tak buat hal menyakitkan hati para guru itu memang tak sah.
"Azrul!" Marah terus Tuan Pengetua dengan apa yang keluar dimulut anak buahnya itu. Yang merupakan salah seorang pelajar cemerlang di SMK Seri ini.
"Aku dah kata. Azrul patutnya tak payah masuk campur. Tengok, dua-dua dah naik hantu" Bisik Zai kepada Haziq.
"Aku hampir lupa yang Azrul tu hampir sama seperti Jaha juga dulu. Ni pasti sebab dia selalu dinobatkan jadi pelajar cemerlang setiap tahun, buat aku lupa!" Balas Haziq. Juga turut berbisik.
"Apa yang kamu berdua bisikkan tu?! Masih tak nak gerak ke bilik disiplin sekarang ?!"
Zai dan Haziq tersentak terus. Dua-dua memandang ke arah Jaha dan Azrul yang sedang menunggu mereka berdua dengan kening terangkat. Dan tersengih ke arah mereka berdua. Sebelum keduanya memandang pula Tuan Pengetua yang merenung mereka berdua seperti nak telan mereka sahaja.
"Hehehe..."
Cepat-cepat mereka mengejar langkah Jaha dan Azrul. Mereka dibawa oleh Cikgu Musa ke bilik disiplin.
"Tsk! Mereka makin melampau, Tuan Pengetua. Jaha tu harus dibuang sekolah sepatutnya!"
Kata Cikgu Nora. Suara begitu tegas sekali dan semangat.
"Betul tu, Tuan Pengetua. Kalau Jaha tak diberhentikan. Semua pelajar kat sekolah ini akan mengikut jejaknya" Sokong cikgu lelaki yang lain.
"Mereka dah ikutpun. Dah lama dah" Kata Cikgu Harun. Guru lama disekolah ini. Dia sudah menyaksikan zaman kegilaan Jaha dan gengnya semasa Tingkatan 1 hinggalah 5 sekarang. Memang dah lali dah dia.
Tuan Pengetua pula mengeluh panjang. Bukan dia tak nak berhentikan ketua bermasalah itu. Tetapi dia tak boleh ah..! Tsk...