Saat ini di bilik tetamu yang ditempati oleh Alwiz, lelaki itu ralit melihat susun atur di dalam bilik itu.
Susun atur di bilik itu nampak kemas dan menarik dengan lukisan-lukisan dinding terhias pada setiap sudut.
"Pasti Encik Arsen salah seorang peminat seni lukisan," ujar Alwiz. Matanya masih ralit memerhatikan bingkai-bingkai lukisan di hadapannya.
Hana yang baru masuk ke dalam bilik itu melihat ke arah yang sama. Melihat mata lelaki itu yang begitu asyik menatap lukisan-lukisan itu, dia tersenyum.
"Sebenarnya kakak ipar saya yang sukakan seni lukisan, bukan abang saya," jelas Hana. Minuman yang dibawanya dari dapur di tingkat bawah tadi diletak di atas meja kecil berhampiran tingkap.
Alwiz tiba-tiba berpaling.
"Jadi lukisan-lukisan ni Puan Meralid yang lukis"? soal Alwiz lagi.
Hana tergamam. Bagaimana lelaki itu boleh tahu nama Meralid? Selalunya orang lebih mengenal Meralid dengan nama Aria. Aneh!
"Macam mana kau boleh tahu nama kakak ipar saya? Tany yang beritahu ke?" tanya Hana hairan.
"Dia pernah sebut dulu tapi dia tak beritahu yang ibunya pandai melukis." ujar lelaki itu sambil terus mengamati setiap lukisan itu.
Lukisan-lukisan itu seolah-olah tampak hidup. Seakan-akan lukisan Meralid itu bernyawa. Setiap lukisan itu benar-benar mampu menyampai kan perasaan sebenar pelukisnya.
'Sebenarnya saya tahu semua tentang keluarga ni lebih-lebih lagi gadis yang kau anggap anak buah.' bisik hati Alwiz.
Alwiz tiba-tiba terpandang sebuah potret berbingkai biru salji yang terhias di atas meja tepi katil. Dia mengambil potret itu lalu merenung pada satu wajah yang tersenyum manis di paparan foto. Hana berpaling.
"Itulah ibu Litany" jelas Hana sambil tersenyum.
Litany yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik itu tergamam melihat potret Aria ada di tangan Alwiz.
Tanpa disedari, dia segera bertindak merampas potret itu dari tangan Alwiz. Alwiz ikut tergamam dengan tindakan drastik gadis itu. Apalagi Hana.
"Tany sayang, kenapa buat macam tu? Biarlah Alwiz tengok gambar ibu," pujuk Hana.
"Mm....maaf Tany tak sengaja. Tany cu...cuma ttak...tak biasa orang lain sentuh gambar ibu." sedikit bergetar suara Litany. Memang dia tak biasa jika gambar ibu nya disentuh sembarangan oleh orang lain.
Alwiz tiba-tiba menghampiri Litany lalu mengusap kecil kepalanya. Pandangan mata lelaki itu seakan-akan tembus ke wajahnya. Dia tiba-tiba kaku menatap wajah lelaki itu yang begitu hampir.
"I'm your fiance right? So from now on saya akan berkongsi hidup dengan kau. Walaupun dia dah pergi tapi aku tetap mencintai kau sampai bila-bila," bisik lelaki itu di telinga Litany.
Litany tergamam. Pandangan romantis Alwiz membuai perasaan. Hampir dia terlupa pada adiknya serta ancaman Alwiz yang tidak berpenghujung. Sehinggalah dia mendengar kata-kata Alwiz yang seterusnya.
"Jika kau lakukan ini lagi, aku tak pasti kalau adik kau still allive or not," ancam Alwiz dalam bahasa Tagalog. Namun nada suara lelaki itu lembut dan perlahan.
Wajah Litany berubah pucat lesi. Bibirnya terketar-ketar sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.
Wajah Alwiz tersenyum memandang nya. Tapi hanya dia seorang sahaja yang memahami bahawa senyum lelaki itu hanya pura-pura. Netra biru laut nya sudah berkaca-kaca menatap tepat ke arah anak mata Hazel lelaki itu.
"Hmm tak sangka Alwiz pun fasih berbahasa Tagalog," tiba-tiba Hana menyampuk.
Alwiz melarikan anak matanya seraya tersenyum.
"Saya dah lama berada kat Filipina"
"Hmm seronok dengar anak-anak muda bercakap Tagalog di rumah ni. Sejak Aria meninggal, dah lama tak dengar bahasa tu lagi,"
"Aria?" Alwiz bertanya dengan wajah berkerut .
"Oops maaf Aria tu Meralid. Aria meninggal sewaktu Litany dan Al masih kecil lagi. That why Litany selalu lawat pusara ibu dia di Hearty Valley." cerita Hana apa adanya.
Alwiz terdiam mendengar bicara Hana. Matanya dipalingkan ke arah potret wajah Meralid yang sedang tersenyum.
"Dia cantik orangnya," komen Alwiz.
Kemudian mata Alwiz dialih semula ke arah Litany.
"Mata kau mirip dengan ibu kau sayang. Cantik dan bersinar-sinar seperti bintang Sirius di dada langit bahkan secantik warna laut dalam." bisik Alwiz seraya merenung sepasang mata yang sangat mempesona itu.
Litany menarik nafas panjang. Dia menentang pandangan mata lelaki itu dengan wajah berkerut. Bintang Sirius? Laut dalam? Aneh!
Kenapa dia seperti pernah mendengar ungkapan seperti itu diucapkan di hadapannya. Namun menjalar rasa rindu sekaligus sakit seperti ditusuk sembilu saat mendengar kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu. Tapi entah kenapa. Dia tidak faham dengan perasaan nya kala ini.
Pernahkah dia mendengar kata-kata itu. Tapi di mana ya?
Wajah yang jelas berkerut seolah-olah sedang cuba mengingat sesuatu itu mencuri perhatian Alwiz. Senyum kecil nya tadi kini kian memudar. Berganti dengan senyuman tawar.
Tepat anak mata gadis itu ditatap nya. Cuba memasuki dunia gadis itu.
"Kau tidak akan pernah dapat mengingatnya selagi masalah lalu belum selesai. Kau dan kami saat ini sudah kian jauh. Kenapa? Kerana mereka tidak ingin kau kembali tersakiti sayang.
Biarlah untuk saat ini kita seperti ini tanpa memori diantara kita. Jangan sampai perasaan itu kembali menguasai mu kerana aku tidak sanggup melihat kau kembali seperti yang lalu. "
Alwiz lalu berpaling pergi.
Litany yang seolah-olah baru tersedar dari sebuah mimpi panjang hanya terkelip-kelip melihat Alwiz yang menjauh pergi.
Suara siapa tadi? Dia dapat mendengar dengan jelas ada suara yang tidak asing di fikiran. Litany melirik ke arah Hana yang santai seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Litany menghela nafas. Mungkin saja dia terlalu penat sehinggakan berhalusinasi seperti itu.
.
.
.
.
.