Pusat Dagangan Manila, Filipina.
Tepat pukul 12.00 tengah malam. Bunyi siren amaran berbunyi. Agak nyaring. Bunyi yang datang itu mengejutkan hampir berpuluh-puluh pengawal keselamatan di Tradewinds Centre Metro Manila yang berseragam warna kelabu. Kesemuanya segera berkejar ke sana ke mari cuba mengesan onar apakah yang sedang berlaku. Di tangan masing-masing sudah tersisip dengan senjata masing-masing.
Dalam masa yang sama, beberapa orang lelaki bergerak pantas bagaikan angin lalu menyusup masuk ke dalam bangunan itu tanpa disedari sesiapa pun.
Beberapa orang pengawal keselamatan dari arah berlawanan bertembung di hadapan sebuah pintu besi yang terbuka luas. Masing-masing memandang di antara satu sama lain d Ngan wajah terkejut.
Pistol di genggaman masing-masing dikemaskan. Salah seorang dari pengawal meluru ke dalam bilik itu. Beberapa saat kemudian dia melangkah keluar semula dengan wajah pucat.
"Scroll tu dah hilang,"beritahu pengawal itu terketar-ketar. Yang lain-lain ternganga.
"Cepat! Kita kejar pencuri itu. Mungkin dia masih ada di dalam bangunan ni," salah seorang nya memberi arahan.
Teman-temannya yang lain setuju lalu mengekorinya. Namun tiba-tiba langkah lelaki yang memberi arahan tadi terhenti. Dia berpaling ke arah lelaki yang mula-mula melaporkan kecurian itu.
"Maklumkan pada Tuan Zark. Dia harus tahu tentang semua ini,"saran nya lalu bergerak pantas ke suatu arah, diekori pengawal-pengawal yang lain. Lelaki yang diarahkan itu hanya mampu mengangguk.
Di sebuah lorong, sepasang kaki melangkah tenang di sebalik kekecohan yang melanda kompleks dagangan itu. Seperti tidak terjejas apa-apa dengan peristiwa itu, lembaga berpakaian serba hitam itu terus melangkah menyusuri ruang legar kompleks. Sebahagian wajahnya ditutup untuk mengelak dari difokus oleh CCTV.
Sekumpulan pengawal melintasinya. Namun seorang pengawal terakhir terhenti sebaik sahaja menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang. Lelaki itu menoleh. Matanya berkerut memandang kelibat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
Lelaki itu memegang sebilah pedang yang memancarkan cahaya kemerah-merahan diselang-selikan dengan pancaran cahaya putih terang yang menyilaukan mata.
Belum sempat pengawal itu mahu memanggil teman-temannya yang sudah jauh di hadapan, lelaki berpakaian serba hitam itu tiba-tiba melompat tinggi ke arah pengawal itu. Hulu pedangnya ditakik pada pangkal bahu lelaki malang itu menyebabkan lelaki itu terhumban jauh ke hadapan. Lelaki yang berpakaian serba hitam itu tersenyum sinis.
"Heh terlalu lemah. Inikah yang dinamakan manusia" suara lelaki itu amat perlahan sehingga tidak terdengar oleh sesiapa pun. Namun kata-kata nya terdengar seolah-olah memperlekeh kan.
Sebaik menyedari kehilangan temannya, salah seorang dari pengawal-pengawal itu berpatah balik. Namun sebaik sahaja dia melihat sekujur tubuh terlentang tidak bernyawa dan dipenuhi dengan darah di hadapannya, dia tergamam.
Serentak itu, satu bayangan hitam melintas di belakangnya. Dia berpaling dengan wajah cemas. Pistol di tangan dihala sesuka hati dengan tangan yang terketar-ketar. Namun tiada sesiapa pun di hadapannya.
Sekilas bayangan itu muncul lagi dari sisi. Kali ini pengawal itu sudah histeria. Si pengawal segera menghalakan muncung pistol nya lalu mula menembak sesuka hati tanpa mempedulikan sasarannya. Bunyi hentaman peluru yang bertalu-talu menarik perhatian lebih ramai pengawal di aras itu. Kesemuanya berkejar ke arah bunyi yang datang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Lelaki berpakaian serba hitam itu hanya mampu tersenyum melihat sikap pengecut pengawal keselamatan itu. Dengan lompatan sederhana tinggi, dia mendarat betul-betul di hadapan pengawal itu. Pengawal itu terkejut besar lalu terjatuh di atas lantai aras itu.
Haisssh jatuh sebijik macam nangka busuk aku tengok. Sempat lelaki berpakaian serba hitam itu mengejek.
Bunyi bising yang datang dari arah belakang membuatnya berpaling. Bunyi tapak kaki pengawal-pengawal TCMM itu menghala ke arahnya.
Lelaki itu sabar menanti sehingga kelibat-kelibat pengawal itu muncul. Dengan mudah dia dikepung. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi cemas, sebaliknya renungan tajamnya singgah di setiap wajah lelaki-lelaki di hadapannya. Pedang di tangan nya digenggam erat. Tanda sudah bersedia.
Beberapa das peluru meluncur laju ke arah tubuhnya. Dengan cepat dia mengelak lalu menghalakan pedangnya ke arah peluru-peluru yang datang bagaikan malaikat nyawa.
Beberapa butir peluru mengenai bilah pedangnya lalu menghasilkan geseran api yang kuat, sebelum melantun kembali ke arah pengawal-pengawal itu. Beberapa orang pengawal rebah terkena peluru yang datangnya dari muncung pistol mereka sendiri.
Pengawal-pengawal yang lain tidak menunggu lama untuk menyerang. Serentak berpuluh-puluh pengawal menerpa ke arah lembaga itu. Cuba menyerangnya dengan tangan kosong. Namun setiap satu serangan dapat dielaknya dengan mudah.
Tubuhnya dihayunkan ala-ala seorang ahli gimnas sebelum melancarkan tendangan padu ke tubuh pengawal-pengawal itu. Meskipun bilangan pengawal yang menyerangnya lebih ramai, namun kemenangan seolah-olah berpihak padanya.
Dari aras tiga bangunan itu, dua kelibat tubuh sedang ralit memerhatikan pertarungan ramai melawan satu itu. Walaupun pada mata kasar,pertarungan itu seperti tidak adil dan berat sebelah, namun mereka hanya memerhatikan tanpa niat mahu ikut campur.
"Perlu kita bantu dia Vlad?"tanya salah seorang lelaki yang memakai hoody bertopi.
"Tak perlu! Dia boleh melakukannya tanpa kita. Tingkat kekuatan nya dalam bertarung lebih tinggi daripada kita. Arahan yang kita jalankan mudah sahaja. Kita dapatkan scroll tu sementara dia pulak alihkan perhatian pengawal dari kita," ujar pula lelaki yang bertubuh sedikit lampai dan mempunyai sebelah telinga yang bertindik tiga.
Lelaki yang bertindik itu kelihatan ralit menyaksikan pertarungan antara temanya dengan pengawal-pengawal di kompleks dagangan itu. Dari penilainnya, pertarungan itu memang berat sebelah. Tapi bukan kerana temanya itu menghadapi berpuluh-puluh pengawal di kompleks itu sendirian, tapi kerana teknik pertahan lelaki itu sepuluh kali ganda jauh lebih hebat berbanding lawan-lawan yang dihadapinya.
Libasan senjata di tangan lelaki berpakaian serba hitam itu dengan mudah berjaya menjatuhkan satu per satu lawannya. Lelaki yang memakai hoody bertopi tadi mengukir senyuman.
Bingo!
Seperti yang dijangkakan. Dia tahu setakat mana tahap kemahiran temannya itu.
Lelaki berpakaian serba hitam itu tiba-tiba menoleh. Bagaikan menyedari kehadiran dua lelaki yang sedang memerhatikannya dari tingkat tiga. Namun sepasang mata yang bersinar tajam itu lebih tertumpu pada lelaki bertubuh lampai bersubang yang sedang memandangnya. Lelaki itu hanya tersenyum memerhatikannya.
"Now our turn," arah lelaki bertubuh lampai dan bersubang tadi lalu segera melompat pergi diikuti lelaki yang memakai hoody bertopi itu.
______________________________________________________
Mcmna oky tak. Kalau ada perkataan typo tu sorry sket. Keyboard ni ha yang bermasalah. Lain yang aku taip lain pula yang kuar.😔.