Litany terpegun. Cepat-cepat dia menghubungi Al semula, namun kali ini panggilan tidak lagi bersambung.
Litany benar-benar bingung. Jangan-jangan ada perkara buruk berlaku. Pelbagai andaian menerpa ke dalam kotak fikiran nya. Andai kata semua ini benar, apa patut dia buat? Tubuhnya menggigil bila terfikirkan pelbagai sangkaan buruk.
Di hadapannya, dia melihat seorang lelaki yang baru saja keluar dari pintu tandas. Litany mengetap bibir. Kedua-dua belah tangannya diramas berkali-kali. Rasa resah dan gelisah saling berbaur dalam dirinya.
Tanpa berfikir panjang, dia segera menerpa masuk ke dalam tandas lelaki. Beberapa orang lelaki yang berada di dalam terpegun melihat gadis itu menjengah masuk. Mata Litany meneliti setiap wajah, namun kelibat Al langsung tidak kelihatan. Dia semakin resah. Seorang lelaki warga asing yang ada di situ disapanya.
"Sorry ur guys, i'm looking for a boy, Do you see him?"
"What a boy?"lelaki itu bertanya.
"Malaysian, black hair, very tall and good looking,"jelas Litany mendeskripsikan wajah Al.
Ketiga-tiga lelaki itu saling berpandangan sesama sendiri. Beberapa saat berlalu, lelaki-lelaki itu sekadar menggeleng-geleng.
Litany keluar dari tandas itu dengan wajah lesu. Punah harapan nya mahu bertemu Al. Hatinya bergetar entah kenapa. Dia memandang suasana sekeliling yang dipenuhi dengan bunyi hiruk pikuk manusia. Saat itu juga dia benar-benar tidak berdaya. Seolah-olah hidupnya kosong. Kehilangan Al benar-benar membuatkan fikiran nya runsing.
"Dia mungkin merayap kat mana-mana. Nanti tahulah dia cari Tany," ujar daddy Arsen ketika dia menelefon lelaki itu.
Seperti biasa daddy Arsen akan mengambil mudah setiap kebimbangan yang dirasakannya.
"Tapi dad, Al tak pernah buat macam ni. Dah dekat lima jam dah dia hilang. Tany risau dad,"ujar Litany dengan suara tersekat-sekat. Jika diikutkan hati, dah menangis dia kat situ.
Daddy Arsen diam. Lelaki itu menghela nafas kasar.
"Tany dah cuba cantact handphone dia?"
"Dah dad. Dah banyak kali Tany cuba tapi dia tak angkat."
"Jangan-jangan Al sengaja main-main kan Tany tak. Lagipun ni bukan first time dia buat hal." Nada suara lelaki itu berbaur tuduhan.
Litany menarik nafas panjang.
"Dad, Tany tahu Al takkan buat macam tu. Tany kenal Al tu dad. Tany bimbangkan benda lain,"keluh Litany sebaik teringat kan apa yang bermain di fikiran ketika ini.
"Apa dia?"
Litany mengambil nafas sesaat dua sebelum mula menyambung kata-katanya.
"Arin bimbang ada sesuatu yang tak baik berlaku dad. Macamana kalau Al ditimpa malang?'
Daddy Arsen terdiam agak lama. Barangkali sedang memikirkan kemungkinan kata-kata putrinya itu.
"Kamu tunggu sedikit masa lagi. Kalau dia tak muncul-muncul juga, call daddy semula. Daddy ada meeting sekejap lagi. Nanti kita cakap semula." Putus lelaki itu akhirnya.
"Kita report polis dad?"cadang Litany.
"Belum cukup 24 jam sayang, macamana nak report?"sahut daddy Arsen.
"Habis takkan nak tunggu selama tu, entah apa dah jadi pada Al kalau kita tunggu lebih lama," nada suara Litany meninggi. Meningkah kata-kata daddy Arsen.
"Tany kena sabar sayang. Dad yakin Al tu tak hilang seperti yang Tany sangkakan tu. Tunggu dia balik sekejap lagi. Okeylah, daddy dah kena pergi, meeting dah nak mula,"ujar lelaki itu lalu memutuskan talian.
Litany terkedu. Hampir tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh daddy Arsen.
Isssshhhh meeting dia tu lebih penting kut daripada kitorang. Daddy selalu buat endah tak endah perkara macam ni. Tak boleh ke meeting dia tu tunda lain hari. Geram dengan sikap sang ayah.
_______________________________________________________
Litany memeluk tubuhnya di bangku kecil yang terperosok di satu sudut. Udara dari alat penghawa dingin di balai polis itu benar-benar membuatkan tubuhnya menggigil kesejukan. Hampir tiga jam lamanya Litany menanti di situ. Dia bagaikan makanan sejuk beku yang sedang menjalani transformasi pengawetan.
"Sejuk?" Tanya seorang pegawai wanita di situ.
Litany hanya menggeleng. Menafikan kesejukan yang dirasakannya, meskipun sesiapa sahaja akan perasan dengan wajah dan bibir comel nya itu yang mula pucat membiru. Namun walaupun begitu wajah nya yang cantik nya sama sekali tidak terusik. Tetap cantik.
Tiba-tiba pegawai wanita itu menghampiri Litany lalu menyelimuti tubuhnya dengan sehelai selimut tebal. Dia mendongak kan wajah. Pegawai wanita itu tersenyum.
"Terima kasih,"ucap Litany lemah.
Pegawai wanita itu memandang nya dengan wajah simpati.
"Belum cukup 24 jam. Awak tak boleh failkan kes ni,"nasihat pegawai wanita itu.
Litany merenung wajah pegawai wanita itu dengan pandangan sayu.
"Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Tak boleh ke cik lakukan sesuatu?"rayu Litany.
Pegawai wanita itu terdiam. Dia memandang ke arah Litany sambil melepaskan keluhannya.
"Saya dah hubungi pihak Kedutaan Malaysia. Saya rasa mereka boleh bantu awak," ujar pegawai wanita itu lagi.
Litany terdiam. Kenapa mereka harus menunggu sehingga pihak Kedutaan Malaysia Sampai? Tak boleh ke pihak polis Manila terus je cari Al yang entah dah apa nasib sekarang ni. Pelbagai pertanyaan berlingkar di fikiran Litany.
"Dia adik saya dan sekarang dia hilang. Apa lagi yang cik tak faham?"tukas Litany sedikit geram.
Litany sanggup menunggu sehingga berjam-jam di balai polis itu, namun apa hasilnya? Dah jadi macam ayam beku kat freezer adelah. Pegawai-pegawai polis itu seperti sengaja tidak mahu membantunya mencari Al.
Pegawai wanita itu terdiam buat seketika. Barangkali turut merasakan bahang kemarahannya yang mula menular. Namun belum sempat pegawai wanita itu mahu m ngatakan sesuatu, deringan telefon dia atas meja berbunyi minta diangkat.
Pegawai wanita itu memandang gadis itu sebentar sebelum menjawab panggilan. Selang beberapa minit bercakap-cakap, pegawai wanita itu memandang nya semula.
"Someone want to see u,"ujar pegawai wanita itu lalu mempersilakannya masuk ke suatu ruangan.
Litany tergamam. Who want to see me? Walaupun fikirannya dihimpit pelbagai persoalan, namun dia memaksa dirinya mengekori langkah pegawai wanita itu ke sebuah bilik.
Pegawai wanita itu membukakan pintu lalu menyuruh Litany memasuki bilik kecil itu. Dia hanya menurut. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, pintu di belakangnya dikatup rapat sebelum dikunci. Litany tergamam lalu berpaling. Panik kerana menyedari pegawai wanita tadi tidak mengikuti nya masuk.
Hei apa dah ni. Tinggalkan aku sorang-sorang kat dalam ni. Ke aku kene tipu eh. Ish takkan lah. Hati nya berbisik dengan perasaan takut.
"Cik Litany....."
Tiba-tiba telinga nya menangkap suatu suara menyebut namanya dengan lancar.
Eitts jangan hantu sudah katanya dalam hati. Dengan tubuh menggigil ketakutan, dia menoleh ke hadapan
And....
Bersambung 😁
.
.
.
.