webnovel

Love After Met

"Bagi saya, bintang ni umpama manusia yang paling bermakna dalam hidup saya. Sinaran cahaya yang terang , membuatkan saya ingat dekat orang yang saya sayang." "Ceh, ayat google eh? hahaha" Sara gelak selepas mendengar kata-kata dari Akif. "Ish, awak pergi masuk rumah, tidur lagi bagus" "Bagi saya pula, bintang ni membawa sinar harapan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kalau malam tu ada bintang, adalah harapan, kalau tak ada bintang pula bukannya tak ada harapan. Tapi mungkin harapan seseorang tu tak dapat jadi realiti atas sebab-sebab tertentu." Pendapat Sara tentang bintang.

Haqi_11 · 科幻
分數不夠
9 Chs

Bab 5 : Bintang

Love After Met

Semakin dekat kereta itu menghampiri. Sara mengerutkan dahinya.

"Pip pip". Bunyi hon dari kereta Honda Civic berwarna kelabu.

"Eh, tu kereta Akif kan?" Sara tertanya - tanya. Dengan perlahan pintu kereta tersebut dibuka oleh pemiliknya. Ternyata tekaan Sara itu benar. Akif keluar dari kereta tersebut.

"Cik Sara, ada yang saya boleh bantu? " Akif bertanya sambil tersengeh-sengeh.

"Awak ikut saya eh? " Sara bertanya semula.

"Mana ada, saya cuma...."

"Cuma apa? Ha, saya tahu, awak risaukan saya kan. Lepas tu awak curi - curi ikut saya sebab awak su... "

"Su apa? "

"Tak ada apalah. Sekarang ni kereta saya rosak. Macam mana saya nak sampai kampung sebelum Asar ni."

"Kalau nak tunggu orang datang baiki memang lambatlah. Saya cuba call kawan saya datang sini dan bawa kereta awak pergi bengkel."

"Pastu, saya nak naik apa?"

"Tumpang kereta saya."

Akif segera menghubungi rakannya untuk menghantar kereta Sara ke bengkel.

"Dah jom pergi."

"Kereta saya macam mana?"

"Alahai, tak hilangnya. Masuklah kereta,tadi kata nak sampai cepat sebelum Asar. Banyak pula concelang dia ni".

Sara pun terus masuk ke dalam kereta. Terlalu risau akan keretanya yang dibiarkan di tepi jalan sehingga diambil oleh kawan Akif, mulutnya tidak berhenti membicarakan tentang keselamatan keretanya itu.

"Awak, betul ke selamat biarkan kereta saya kat situ?" Sara bertanya soalan yang sama berulang kali.

"Haih, kalau saya kata selamat, selamatlah. Awak nak risau sangat macam ikan tak cukup air ni dah kenapa?" Akif menjawab sambil menyindir.

"Bukan apa tau, saya sayang kereta macam sayang boyfriend saya juga". Sara bersuara lagi.

"Eh, sejak bila awak ada boyfriend? Miera kata awak tak pernah ada boyfriend".

Sara mendiamkan diri. Begitu juga Akif, tidak mengeluarkan apa-apa perkataan lain lagi. Hampir 3 jam di atas jalan raya, Akif dan Sara pun selamat tiba di Pahang, kampung halaman Sara. Suasana pilu menyelubungi halaman rumah kampungnya. Sara masuk ke rumah melalui pintu belakang.

"Assalamualaikum". Sara memberi salam.

"Waalaikumsalam". Ibu Sara menjawab salam.

"Ibu sihat ?" Sara menanyakan keadaan ibunya.

"Alhamdulillah sihat. Pergi tukar pakaian cepat, kita gerak ke masjid".

Selesai sudah urusan pengebumian arwah Pak Usu. Langit mula bertukar jingga dan matahari sudah terbenam menunjukkan sudah masuk waktu maghrib. Akif sedang leka duduk di tangga rumah ibu Sara dipanggil oleh Sara.

"Akif".

"Ya, ada apa cinta hati?" Akif bergurau.

"Ish dia ni. Tak dengar ke dah azan tu, telinga awak rosak eh?" Sara bertanya kepada Akif.

"Ouh nak suruh saya solat la ni eh?" Akif bertanya dengan sengaja.

Sara pergi mengambil wudhu tanpa menjawab pertanyaan Akif itu. Mak Ija (ibu Sara) dan Sara membentangkan sejadah di ruang tamu untuk solat berjemaah. Akif baru sahaja siap mengambil wudhu.

"Eh, kenapa tak solat lagi ni?" Akif bertanya.

"Tunggu awaklah" Sara menjawab.

"Ouh. Saya dah siap ambil wudhu, solatlah".

"Akif, kamukan lelaki". Mak Ija berkata kepada Akif.

"Iye Mak Cik, kenapa?"

"Haih budak bertuah ni, macam mana nak kahwin kalau tak nak jadi imam dalam solat?" Mak Ija berleteh.

Sara tersengeh mendengar leteran ibunya itu sementara Akif pula tunduk , berasa malu.

"Dah ii, cepat jadi imam. Lepas solat ni , nak makan pula". Mak Ija meminta Akif menjadi imam.

Akif menghembus nafas keluhannya. Tanpa sebarang kata-kata lain, dia pun mengetuai solat maghrib. Malam yang indah dengan kemunculan bintang-bintang yang menyinari langit pada waktu itu menarik perhatian Akif yang suka melihat pemandangan malam. Sedang asyik melihat bintang, Sara pun datang kepadanya.

"Apa awak buat kat sini?" Tanya Sara kepada Akif.

"Tengok bintang." Jawapan singkat dari Akif.

"Heh, bintang?"

"Ha iyela, bintang. Kenapa, lelaki macam saya tak boleh tengok bintang ke?" Akif bertanya.

"Takdelah, saya cuma rasa pelik je. Jaranglah jumpa lelaki yang suka tengok bintang ni. Kenapa awak suka sangat tengok bintang?"

"Bagi saya, bintang ni umpama manusia yang paling bermakna dalam hidup saya. Sinaran cahaya yang terang , membuatkan saya ingat dekat orang yang saya sayang."

"Ceh, ayat google eh? hahaha" Sara gelak selepas mendengar kata-kata dari Akif.

"Ish, awak pergi masuk rumah, tidur lagi bagus"

"Bagi saya pula, bintang ni membawa sinar harapan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kalau malam tu ada bintang, adalah harapan, kalau tak ada bintang pula bukannya tak ada harapan. Tapi mungkin harapan seseorang tu tak dapat jadi realiti atas sebab-sebab tertentu." Sara memberi pendapatnya tentang bintang.

"Tapikan kalau harapan yang kita taruh terhadap seseorang, misalnya cinta, selalunya akan jadi realiti atau tak?" Tanya Akif kepada Sara.

"Kenapa awak tanya macam tu?" Sara bertanya semula.

"Tak ada apalah, lupakan je." Akif terus masuk ke rumah selapas memberi jawapan yang menimbulkan tanda tanya kepada Sara.

Sara hanya mengangkat bahu dan masuk ke rumah juga untuk tidur. Matahari sudah terbit , menandakan suasana gelap bertukar cerah, pagi. Akif keluar bersama Sara dan mak Ija ke pasar pagi untuk membeli barangan dapur untuk dimasak.

"Mak Ija, harini saya belanja beli barang dapur tau." Kata Akif kepada Mak Ija.

"Susah-susah kamu je Akif. Kamu kan tetamu Mak Ija."

"Alaa, tak apalah Mak Ija. Ada rezeki kita kongsi." Akif berkata lagi.

Mereka tiba di Pasar Segar Sentosa. Sebelum keluar dari kereta, Akif selalunya akan memastikan semua barangan pentingnya seperti telefon dan dompetnya dibawa.

"Lamanya dalam kereta Encik Akif oiiii." Sara bersuara dari luar kereta.

"Saya lupa bawa dompet sayalah. Macam mana ni?" Akif dalam keadaan malu.

"Macam mana nak belanja Mak Ija ni?" Mak Ija mengusik Akif.

"Ha tulah, orang check barang sebelum gerak tadi bukannya dah sampai baru nak check." Sara membebel.

Akif hanya menundukkan kepalanya.